DASAR PRIVASI
Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan
dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya
anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi
maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama
dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan
yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan
aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman
web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan Berlaku
jika Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi
ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan
bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai
dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya
meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang
dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas
kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap,
anda akan dikemas kini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan
laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain
di dalam keadaan tertentu. |