TERMA & SYARAT
Syarat-syarat
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda(MADA) serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses
atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.
Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan
dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan
dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai
pelanggan, dan kami, pihak MADA bagi akses atau penggunaan laman
web ini.Penggunaan atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya
akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa pihak MADA tidak
bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung
atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau
exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk
kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang
lain akibat daripada:
| (1) |
penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan
perkhidmatan ini; |
| (2) |
kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan
pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan
atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi
atau daripada laman web ini; |
| (3) |
akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran
atau data anda; |
| (4) |
kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
|
| (5) |
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.
|
Pautan
Pihak MADA boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain.
Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak
ketiga dan oleh itu, pihak MADA tidak mempunyai kawalan ke atas
laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa
pihak MADA tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar
tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas
sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan
di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju
bahawa pihak MADA tidak bertanggungjawab, secara langsung atau
tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang
disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan
dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan
atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau
sumber tersebut.Penamatan
Pihak MADA boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan
atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan
pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis
atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Pihak MADA boleh
juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif,
iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan
laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu.
Anda bersetuju bahawa pihak MADA tidak bertanggungjawab kepada
anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada
perkhidmatan tersebut.
Perubahan kepada Syarat-syarat
Perkhidmatan
Pihak MADA mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian,
pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila
masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun,
dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web
atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana pihak MADA mendapati
perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah
syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu
kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan
meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui
sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan
yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses
secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau
diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan
anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau
penambahan kepada syarat-syarat ini.Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Pihak MADA mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan
(atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara
atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis.
Anda bersetuju bahawa pihak MADA tidak bertanggungjawab kepada
anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian,
penggantungan atau penamatan.