|
Soalan
Lazim / Frequently Ask Question (FAQ)
|
| Soalan
1 : |
Apakah
jenis tanaman yang diberikan fokus utama MADA? |
| |
Tanaman yang diberi fokus penekanan utama
oleh MADA ialah tanaman padi. |
| |
|
| Soalan 2 : |
Impak
pengeluaran hasil padi sejak MADA ditubuhkan? |
| |
Sebelum MADA ditubuhkan,
hasil padi yang dikeluarkan pada tahun 1965 ialah 3.4 tan/ha melalui
penanaman setahun sekali. Namun, setelah MADA mula beroperasi pada
tahun 1970, penanaman secara dua kali setahun ( double cropping)
berjaya dilakukan dengan jayanya. Ini dibuktikan apabila hasil padi
pada musim 1/2005 mencatatkan pengeluaran 6.1 tan/ha dengan peningkatan
sebanyak 79.41%. |
| |
|
| Soalan 3 : |
Selain
tumpuan kepada tanaman padi, adakah MADA mempunyai sebarang projek/program
lain? |
| |
MADA turut melibatkan
diri dalam aktiviti bukan padi melalui Projek Bukan Padi seperti
tanaman mempelam , ternakan akuakultur dan juga ternakan lembu fidlot.
Selain itu, MADA turut berkecimpung di dalam projek pembangunan
industri dan keusahawanan seperti kratangan dan pembuatan kuih-kuih
tradisional. Projek bukan padi merupakan salah satu usaha murni
MADA untuk membantu petani meningkatkan pendapatan mereka selain
daripada menyambut baik usaha Kerajaan untuk melibatkan diri di
dalam keselurahan rantai nilai ( Total Value Chain). |
| |
|
| Soalan 4 : |
Berapakah
luas kawasan pentadbiran MADA dan adakah kawasan pentadbiran MADA
sama dengan kawasan pentadbiran negeri? |
| |
Keluasan kawasan
MADA yang merangkumi Bandar Kangar hingga ke Pekan Guar Chempedak
ialah 126,155ha. Keluasan kawasan tanaman padi ialah 96,558ha. Kawasan
pentadbiran MADA adalah tidak sama dengan kawasan pentadbiran negeri. |
| |
|
| Soalan 5 : |
Adakah
MADA mempunyai teknologi tertentu untuk meningkatkan hasil? |
| |
Terdapat dua teknologi
yang digunakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi iaitu:
a) Sistem Pertanian Tepat
Mengamalkan penggunaan
input mengikut keperluan tanaman, masa, lokasi dan pada kadar yang
bertepatan.
b) Sistem Pemantauan dan Ramalan
Hasil Padi
Melalui penggunaan
teknologi remote sensing dan GIS dapat memberi maklumat secara ’near
real -time’
dengan menggunakan data satelite Radarsat yang berupaya memberi
maklumat-maklumat tanaman
padi untuk keseluruhan kawasan Muda. |
| |
|
| Soalan 6 : |
Adakah
semua empangan di negeri Kedah di bawah kendalian MADA? |
| |
Tidak. Empangan yang
di bawah kendalian MADA ialah Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan
Ahning. Takungan Empangan Muda disalurkan ke takungan Saiong untuk
dilepaskan bagi kegunaan pengairan melalui Sg. Pedu/Sg. Padang Terap
ke kawasan Muda. Manakala Empangan Ahning berfungsi untuk bekalan
air domestik. Empangan Beris yang terletak di Sik adalah di bawah
seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran. |
| |
|
| Soalan 7 : |
Apakah
strategi MADA untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh memandangkan
peladang di kawasan MADA kebanyakkannya telah berumur? |
| |
Untuk mengatasi masalah
kekurangan tenaga buruh, MADA telah merancang dan menggunakan pelbagai
pendekatan untuk mengatasi masalah tersebut. Melalui program Estet
padi yang dilancarkan baru-baru ini, ianya berkonsepkan pengurusan
ladang secara berpusat yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan.
Melalui cara ini, penggunaan tenaga buruh dapat diminimakan. Selain
itu, penggunaan jentera sepenuhnya digunakan daripada proses menabur
benih, pembajaan, kerja-kerja meracun dan juga kerja-kerja menuai.
|
| |
|
| Soalan 8 : |
Memandangkan
MADA merupakan kawasan jelapang padi yang terbesar di utara, berapakah
sumbangan padi MADA kepada jumlah pengeluaran padi Negara? |
| |
MADA menyumbangkan 40% daripada jumlah
pengeluaran padi Negara. |
| |
|
| Soalan 9 : |
Bagaimanakah
untuk melibatkan diri di dalam program MADA /menjadi usahawan MADA? |
| |
Untuk melibatkan
di dalam program-program MADA, seseorang itu haruslah menjadi ahli
PPK, pernah mempunyai penglibatan di dalam aktiviti keusahawanan
dan harus mempunyai minat yang mendalam di samping keazaman yang
kuat untuk berusaha. |
| |
|
| Soalan 10 : |
Berapakah
jumlah peladang di dalam kawasan MADA? |
| |
MADA mempunyai 48,000 peladang di dalam
kawasan MADA. |
| |
|
| |