Guna
Semula Air
 Skim Pengairan Muda mempunyai sistem saliran yang sempurna dan sesuai
untuk sistem saliran pertanian yang efisen. Sistem saliran ini berpotensi
untuk dibangunkan melalui pengenalan kepada sistem pam guna semula
air saliran untuk tujuan Pertanian.
Melalui penyiasatan dan perancangan yang rapi, pada tahun 1984 satu
sistem penggunaan "electrical submersible pumps", telah
dilaksanakan di Kawasan Muda. Program ini membolehkan air saliran
diguna semula untuk kawasan pengairan yang strategik.Sehingga kini
keseluruhan kapasiti pam guna semula adalah 1200 kaki padu sesaat
yang dibina di 24 stesen. Keseluruhan pam guna semula ini dapat
menyumbangkan 17% daripada pelepasan air empangan tanpa memberi
impak terhadap alam sekitar.
|