Institusi Peladang
Pertubuhan Peladang Kawasan MADA (PPK)
Pertubuhan Peladang Kawasan MADA ditubuhkan pada awalnya dengan nama Persatuan Peladang dan didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang Kawasan 1967. Ia kemudiannya telah ditukarkan kepada nama Pertubuhan Peladang Kawasan apabila Akta Pertubuhan Peladang 1973 diluluskan oleh Parlimen.
Seterusnya
Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn. Bhd. (SPPM)
Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn. Bhd. atau SPPM telah
ditubuhkan pada 28 Jun 1975 dengan saham dibenar sebanyak RM 10
juta. Majoriti pegangan sahamnya sebanyak 86.30% dimiliki oleh 27
buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA dan bakinya oleh Syarikat
Perindustrian dan Perniagaan (MADA) Sdn. Bhd. (SPPI).
Seterusnya
Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM)
Yayasan Pelajaran Persatuan Peladang dan Pertubuhan Peladang MADA telah ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972 dan dilancarkan pada tahun 1983 di Perlis.
Seterusnya |