kraftangan jerami kraftangan jerami

PROJEK PENGELUARAN KRAFTANGAN


Pengeluaran Kraf

Projek ini dimulakan melalui peruntukan yang diberi oleh EPU di bawah program Merentasi Sempadan bagi mempelbagaikan penggunaan bahan buangan berasaskan jerami padi.
Projek ini dimulakan pada tahun 2008 dengan kerjasama Forest Research Institute Malaysia (FRIM) bagi mengkaji kesesuaian pengeluaran kertas untuk dijadikan produk kraftangan dengan matlamat meningkatkan penggunaan sisa pertanian terutamanya jerami padi.
Pada penghujung kajian tersebut, FRIM telah mengenalpasti teknologi yang bersesuaian dan telah membuat syor pembelian mesin untuk tujuan pengeluaran kertas berasaskan jerami.
Bagi melaksanakan projek ini secara komersial, MADA sedang membangunkan sebuah pusat pengumpulan dan jualan pelbagai produk kraftangan di seluruh negeri kedah and juga produk-produk Industri Asas Tani.
Pusat ini akan dilengkapi dengan pusat jualan, pusat demonstrasi dan ruang pameran bagi memudahkan pengunjung dan pembeli yang berpotensi untuk melihat dengan lebih dekat produk-produk kraftangan yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan di dalam Kawasan Muda.
Pusat ini juga akan dilengkapi dengan bengkel demo pemprosesan kraftangan melibatkan kraf berasaskan jerami, mengkuang, sulaman, besi dan juga rekaan kayu.
Pusat ini dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2012 di Pekan Pendang, Kedah.

 

Cadangan Pusat Pengumpulan Dan Jualan Kraf Di Pekan Pendang, Kedah

 
 

 

Produk Kraf Berasaskan Jerami

   
 
 
 

 

Halatuju Projek Pada Masa Hadapan

 Pusat pengumpulan produk kraftangan MADA diharapkan dapat menjadi tumpuan pelancong dalam ataupun luar negara. Pusat ini juga diharapkan dapat menjadi ‘business center' bagi produk-produk pertanian di Negeri kedah.
 Memandangkan Negeri Kedah adalah negeri Jelapang Padi, produk kraftangan berasaskan jerami padi merupakan antara produk yang boleh diketengahkan dengan identiti Kraf Negeri Kedah. Penumpuan harus diberikan kepada industri ini bagi mewujudkan pusat pengeluaran kertas secara komersial