[Back]

Kursus Induksi Umum Siri 1/2010 (13 – 26 Mac 2010)


Kursus Induksi Umum : Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Sokongan 1 Siri I/2010

13 -26 Mac 2010
Muda Resort, Gubir, Sik, Kedah

Pada tanggal 13 Mac 2010, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah Berjaya menganjurkan Kursus Induksi Umum untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Sokongan 1 Siri I bagi tahun 2010. Kursus yang berlangsung selama 14 hari di Muda Resort, Gubir, Sik ini telah tamat dengan jayanya pada 26 mac 2010 yang lalu dengan disertai oleh seramai 44 orang peserta. Semua peserta adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dari MADA dan hanya seorang sahaja peserta dari Jabatan Pertanian, Putra jaya. Para peserta terdiri daripada Pegawai Pertanian (G41), Jurutera (J41), Akauntan (W41), Pegawai Tadbir (N41), Penolong Pegawai Pertanian (G27), Penolong Jurutera (J29) dan Penolong Akauntan (W27).

Tujuan utama kursus induksi ini diadakan adalah untuk ;

  • Memenuhi syarat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991 yang menetapkan semua anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik ataupun yang dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
  • Melahirkan penjawat awam yang berkeyakinan tinggi dan mengetahui keperluan serta hak sebagai penjawat awam.
  • Mewujudkan dan mengeratkan ikatan silaturrahim antara peserta.
Accessibility
Close