Lawatan PUSPANITA MOA ke Pusat Kraftangan dan Industri Asas Tani MADA


image_gallery

PUSPANITA Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melawat di Pusat Kraftangan dan Industri Asas Tani MADA, bertempat di Jalan Jenun, Pendang, Kedah pada 22 Disember 2014.

Lawatan tersebut diketuai oleh Pengerusi PUSPANITA Kementerian, Ybhg. Datin Rohani binti Mustaffa dengan disertai bersama 39 orang ahli-ahlinya.

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bagi mendapatkan pendedahan tentang program dan aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut, terutamanya bagi membantu golongan sasar dalam meningkatkan pendapatan melalui pelaksanaan aktiviti tambahan yang mampu menjana pendapatan.

image_gallery (1)

Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang program Pembangunan Industri Asas Tani  MADA yang dijalankan, terutamanya yang berasaskan pertanian, perikanan dan lain-lain yang berkaitan.

image_gallery (2)

Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus (Pertanian) Wilayah III MADA, Puan Azilah binti Ahmad. Turut mengiringi dalam lawatan tersebut adalah ahli-ahli PUSPANITA MADA yang diketuai oleh Pengerusi PUSPANITA MADA, Puan Hajjah Raidzoh binti Mohd Akhir.

Accessibility
Close