[Back]

Lawatan Kerja YAB. Dato’ Seri Hj. Mukhriz ke MADA


image_gallery (16)Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato` Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir telah melakukan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada 3 Februari 2014 di Ibu Pejabat MADA, Alor Setar, Kedah.

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mengetahui cara pengurusan MADA, pencapaian MADA sejak ditubuhkan hingga kini, dan juga matlamat MADA kepada petani.

Beliau berkata MADA merupakan satu agensi yang sangat penting kepada kerajaan negeri kerana MADAimage_gallery (17) adalah penyumbang utama dalam pengurusan padi di Kedah dan seterusnya menjamin bekalan padi negara.

Tambah beliau, bagi memastikan negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Negara, Kerajaan Negeri Kedah kini memberi tumpuan terhadap pembinaan terusan air yang baru yang bertujuan memudahkan petani dalam menguruskan sawah mereka.

image_gallery (18)Beliau percaya dengan pembinaan terusan air baru ini di mana telahpun mendapat
kelulusan dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan juga MADA sebagai agensi pelaksana, maka ianya akan dapat meningkatkan hasil padi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama dalam perhimpunan bersama pegawai-pegawai dan juga peladang-peladang Kawasan MADA sempena lawatan kerja beliau buat pertama kalinya ke MADA sebagai Menteri Besar Negeri Kedah.

Dalam ucapannya, beliau berasa amat berbangga terhadap MADA kerana berjaya mengubah kehidupan petani dan komited dalam menjayakan industri padi selaras dengan gelaran yang diberi iaitu “MADA Pengeluar Padi Negara”

image_gallery (19)Katanya lagi, Kerajaan Negeri Kedah sentiasa menggariskan dan mengekalkan pertanian di Kedah terutamanya padi sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini.

Beliau berharap pegawai-pegawai MADA dapat menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan mengambil berat akan sokongan dan dokongan dari petani untuk mencapai hasrat dalam meningkatkan hasil padi dan juga pendapatan terhadap golongan sasar MADA.

Accessibility
Close