[Back]

Taklimat Program Agroprenuer Muda MADA


Satu taklimat berkenaan Program Agropenuer Muda telah diadakan pada 11 Mac 2014. 100 usahawan muda telah hadir di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA untuk mendengar taklimat tersebut.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi MADA, Encik Zulkifli bin Romli dan wakil Pengarah Unit Agropreneur Muda Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Mohd Hafizi bin Zakaria.

Para usahawan muda diberi penerangan secara terperinci berkaitan program ini yang bakal memberi peluang dan sumber pendapatan kepada mereka.