asas-tani

LATAR BELAKANG 

Bahagian ini diwujudkan pada tahun 2006 untuk membangunkan usahawan asas tani di bidang agro-makanan (tanaman, ternakan dan akuakultur) dan usahawan pemprosesan makanan yang menekankan kepada peningkatan pengeluaran produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran global. Sehubungan dengan itu, aspek promosi, pemasaran serta penggunaan teknologi tinggi akan diberi tumpuan kearah mencapai objektif bahagian ini.

Penekanan juga diberi kepada membangunkan industri pemprosesan dan produk nilai ditambah melalui Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani yang bersepadu ke arah meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat tani di Kawasan Muda.

Peranan bahagian ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi menjadikan industri asas tani sebagai satu industri yang berdaya saing seperti yang telah ditetapkan di dalam Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional.

VISI

Menjadi peneraju industri asas tani dan industri bukan padi MADA yang kompetitif.
MISI

Merancang, melaksana, menyelaras, mengawal, memantau dan menilai program – program Industri Asas Tani dan Industri Bukan Padi MADA.
OBJEKTIF

  1. Meningkatkan pendapatan peladang MADA melalui pelaksanaan aktiviti industri asas tani & industri bukan padi.
  2. Membantu penyediaan khidmat sokongan yang melibatkan latihan, pemasaran, pembiayaan dan penggunaan teknologi.
  3. Mewujudkan 3,000 orang Usahawan Tani MADA  sehingga tahun 2020.
  4. Mewujudkan 500 orang Agropreneur Muda sehingga tahun 2020.

3. FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

fungsiutama

terasutama

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI MADA

Terdapat 6 program teras yang dijalankan oleh MADA bagi membangunkan usahawan Tani iaitu :-
1.    PEMBANGUNAN MODAL INSAN

2.    PENINGKATAN KAPASITI PENGELUARAN

3.    PEMODENAN PEMPROSESAN & PENINGKATAN INFRA

4.    PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PRODUK

5.    PROMOSI & PEMASARAN

6.    PENSIJILAN & AKREDITASI

 

I.  PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Membangunkan usahawan tani iaitu usahawan asas tani dan industri asas tani di dalam kawasan Muda dari segi memperkayakan modal insan iaitu  dengan peningkatan tahap pengetahuan dan kecekapan pengusaha mengeluarkan produk  melalui :-

i. Latihan Kemahiran Teknikal (teori dan amali mengikut amalan dan elemen teknologi pemprosesan dan pengeluaran terkini bagi memastikan pemindahan teknologi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan) serta.

ii. Kemahiran Perniagaan melalui latihan pengurusan kewangan, perakauanan, pemasaran, penjenamaan dan komunikasi kepada pengusaha supaya usahawan yang akan dibangunkan mampu berdaya tahan dalam mengurus tadbir perniagaan disamping  membantu meningkatkan pendapatan  mereka dan penduduk kawasan setempat.

kemahirankemahiran1

kemahiran2

kemahiran3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

II.  PENINGKATAN KAPASITI PENGELUARAN

Peningkatan kapasiti dan keupayaan pengeluaran adalah diantara usaha untuk mendapatkan kemahiran, teknik dan teknologi yang baru, dan cara untuk menggunakan kesemua aspek itu untuk memperbaiki operasi perniagaan mereka.

Tahap PKS yang kecil dan sumber yang terhad boleh mengehadkan kemampuan mereka untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan. Secara umum, PKS kurang mempunyai ekonomi mengikut bidangan dan mungkin menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan dan menggunakan teknologi serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja mereka. Oleh itu, geran yang disediakan oleh kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu PKS meningkatan kapasiti dan pengeluaran keupayaan mereka.

pengeluaranpengeluaran1

 

 

 

 

 

 

pengeluaran2pengeluaran3

 

 

III.  PEMODENAN PEMPROSESAN & PENINGKATAN INFRA

Dalam usaha mengwujudkan  usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing, startegi akan diatur untuk mentransformasikan usahawan berpotensi ke arah amalan pemprosesan yang lebih moden dan menepati segala keperluan pensijilan.

Biasanya, saiz premis dan kapasiti alatan pemprosesan memberi kesan kepada keupayaan usahawan untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dalam kuantiti yang lebih ekonomik. Melalui program ini, khidmat nasihat serta sokongan akan diberi kepada usahawan berpotensi untuk mendapatkan keutamaan pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan serta agensi yang mengeluarkan dana untuk pinjaman mudah dan komersial bagi membina, menaik taraf premis pemprosesan dan peralatan yang mematuhi pensijilan dan standard antarabangsa seperti Sijil Halal, GHP/GMP dan HACCP.

prosesanprosesan1

 

 

 

 

 

 

 

prosesan2prosesan3

 

 

 

 

 

 

 

 

IV.  PEMBANGUNAN PRODUK & INDUSTRI

Program Pembangunan Produk & Industri memberi tumpuan dalam membangunkan usahawan industri pemprosesan kearah peningkatan kualiti produk bagi menembusi pasaran yang lebih luas. Antara skop di bawah program ini adalah:-

  • Menjalankan kajian produk baru yang berinovasi dan berimpak tinggi.
  • Mengenal pasti usahawan yang berpotensi menghasilkan produk berkualiti.
  • Menjalankan kerjasama dengan jabatan/agensi penyelidikan untuk pembangunan dan peningkatan kualiti produk.
  • Memperkukuhkan pengetahuan usahawan tentang kualiti dan pembangunan produk melalui pemindahan teknologi secara latihan teknikal dan kemahiran keusahawanan.
  • Meningkatkan pengeluaran melalui pemodenan infrastruktur, mesin dan peralatan
  • Mewujudkan SOP produk-produk berpotensi untuk pengeluaran secara komersial.

 

V.        PROMOSI & PEMASARAN

  • Menyaring dan menguruskan penyertaan usahawan bagi aktiviti promosi yang dianjurkan oleh Bahagian IAT&BP dan MoA bagi mempromosikan produk-produk usahawan MADA di pasaran domestik dan antarabangsa.
  • Menetapkan kriteria yang memenuhi piawaian produk berdasarkan permintaan pasaran dan mempertemukan usahawan dengan agen pemasar.
  • Menubuhkan outlet bagi memasarkan produk-produk pertanian mengikut permintaan penggunaan dengan harga yang berpatutan.

 

VI.  PENSIJILAN & AKREDITASI

Program Pensijilan & Akriditasi bertujuan meningkatkan kualiti dan keselamatan makanan produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melalui galakan kepada usahawan dalam mendapatkan sekurang-kurangnya pensijilan MesTI dan HALAL seterusnya dikembangkan kearah persijilan GMP dan HACCP. Antara skop aktiviti di bawah program ini adalah :-

  • Meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan pensijilan & akreditasi dalam kalangan usahawan.
  • Memastikan usahawan mempunyai sijil pengendalian makanan dan suntikan Thypoid.
  • Memperkukuhkan kerjasama di antara MADA dan jabatan/agensi yang mengeluarkan pensijilan.
  • Memastikan presmis usahawan mengikut spesifikasi pensijilan.

 

4. FUNGSI UTAMA CAWANGAN

Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi mempunyai 3 cawangan iaitu :-

1.    Cawangan Industri Asas Tani :-

i.   Melaksanakan program pemodenan infrasrtuktur dan teknologi pemprosesan.

ii.   Mewujudkan zon industri asas tani berasaskan tanaman, ternakan dan akuakultur di Kawasan Muda.

iii.  Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian secara komersial.

iv.  Melaksanakan program pembangunan Agro-Tourism, Eko-Tourism dan ‘Homestay’ di Kawasan Muda.

v.  Mewujudkan skim bantuan pinjaman dan pembiayaan untuk memajukan usahawan.

2.    Cawangan Industri Bukan Padi :-

i.   Mengurus, menyelia dan melaksanakan program meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti            pertanian bukan padi.

ii.  Mengurus, menyelia dan melaksanakan projek-projek pembangunan bukan padi sebagai projek nukleus.

iii.  Mengurus dan menyediakan laporan-laporan prestasi Rancangan Malaysia Bahagian Industri Asas Tani        & Bukan Padi.

iv.  Mengurus dan menyelia dan melaksanakan perkhidmatan pengembangan pembangunan pertanian               bukan padi.

 

3.    Cawangan Pemasaran :-

i.   Merancang dan menyediakan pelan pemasaran produk-produk segar dan proses keluaran usahawan dan      PPK  MADA.

ii.  Melaksanakan aktiviti pemasaran produk-produk segar dan proses keluaran usahawan dan PPK MADA.

iii.  Menyelaras, menilai dan menambahbaikan perancangan serta pelaksanaan aktiviti pemasaran produk          segar dan proses keluaran usahawan dan PPK MADA.

iv.  Mengurus, menyelia dan melaksankan Program Pembangunan dan Penjenamaan Produk.

 

5. PIAGAM PELANGGAN

Komitmen kami di perkhidmatan Bahagian Industri Asas Tani & Bukan Padi, MADA ialah untuk :-
Cawangan Industri Asas Tani

i.   Memberi perkhidmatan yang cekap, bertanggungjawab dan berkesan bagi memenuhi keperluan “Stakeholder”.
ii.  Menyediakan pelbagai program pembangunan Industri Asas Tani bagi meningkatkan pendapatan petani-petani         di Kawasan Muda.
iii. Menyediakan peluang ke arah melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya maju dalam Industri Asas Tani.
iv. Memastikan projek-projek yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan dan usahawan dipantau dari           semasa ke semasa.

Cawangan Industri Bukan Padi

i.  Memberi perkhidmatan yang cekap, bertanggungjawab dan berkesan bagi memenuhi keperluan “Stakeholder”.

ii.  Menyediakan pelbagai program pembangunan Industri Bukan Padi bagi meningkatkan pendapatan petani-                petani di kawasan Muda.

iii. Menyediakan peluang ke arah melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya maju dalam Industri Bukan Padi.

iv.  Memastikan projek-projek yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan dan usahawan dipantau dari         semasa ke semasa.

Cawangan Pemasaran

i.   Memberi perkhidmatan yang cekap, bertanggungjawab dan berkesan bagi memenuhi keperluan “Stakeholder”.
ii.  Menyediakan pelbagai program pemasaran bagi meningkatkan pendapatan petani-petani di kawasan Muda.
iii. Menyediakan peluang ke arah melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya maju dalam bidang pemasaran.
iv. Memastikan projek-projek yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan dan usahawan dipantau dari          semasa ke semasa.

 

6. DEFINISI USAHAWAN

KATEGORI USAHAWAN

DEFINISI

Usahawan Industri
Asas Tani

Golongan individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti menambah nilai bahan mentah pertanian makanan dan bukan makanan melalui prosesan lanjut untuk menjadikan bahan mentah tersebut sebagai produk boleh dipasar, diguna atau dimakan dan dalam masa yang sama menambah pendapatan  mereka.

Usahawan Asas Tani

Mengusaha dan mengeluarkan produk pertanian asas termasuk tanaman, ternakan, akukultur, agrotourism, jahitan, jerami dan kompos.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7. DEFINISI SEKTOR KEUSAHAWANAN

SEKTOR

DEFINISI

Industri Asas Tani Penghasilan sesuatu produk melalui  pemprosesan bahan-bahan mentah hasil daripada pertanian seperti pisang bagi menghasilkan kerepek pisang dan sebagainya.
Produk Segar Produk-produk tanaman hasil pertanian belum proses seperti jagung, beras, dan sebagainya
Bukan Makanan Penghasilan sesuatu produk jenis bukan makanan melalui pemprosesan bahan-bahan mentah hasil daripada pertanian kepada sesuatu produk yang lain seperti penggunaan jerami padi bagi penghasilan baja kompos.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8. PRESTASI PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI MADA TAHUN 2010 – 2015

1. PENCAPAIAN BILANGAN USAHAWAN TANI TAHUN 2010-2015

BIL.

KATEGORI USAHAWAN

TAHUN

2010

2011

2012

2013

2014

2015

1.

 INDUSTRI ASAS TANI

783

986

1,107

1,148

1,236

1,273

2.

 ASAS TANI

916

940

1,040

1,161

1,288

1,329

JUMLAH BESAR

1,699

1,926

2,147

2,309

2,524

2,602

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.  PENCAPAIAN NILAI JUALAN (RM) USAHAWAN TANI MADA TAHUN 2010-2015

SEKTOR

2010

2011

2012

2013

2014

2015

JUMLAH

INDUSTRI ASAS TANI

39,591,396

48,391,998

67,651,067

70,246,546

99,530,450

109,446,344

434,857,801

PRODUK SEGAR

9,408,088

5,719,025

11,580,698

5,742,153

7,149,049

9,648,585

49,247,598

BUKAN MAKANAN

508,358

2,843,071

3,895,257

5,094,204

6,128,187

3,543,344

22,012,421

Jumlah

49,507,842

56,954,094

83,127,022

81,082,903

112,807,686

122,638,273

506,117,820

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.  PUSAT KRAF TANGAN MADA

  • Projek ini dimulakan melalui peruntukan yang diberi oleh EPU di bawah program Merentasi Sempadan bagi mempelbagaikan penggunaan bahan buangan berasaskan jerami padi.

  • Projek ini dimulakan pada tahun 2008 dengan kerjasama Forest Research Institute Malaysia (FRIM) bagi mengkaji kesesuaian pengeluaran kertas untuk dijadikan produk kraftangan dengan matlamat meningkatkan penggunaan sisa pertanian terutamanya jerami padi.
  • Pada penghujung kajian tersebut, FRIM telah mengenalpasti teknologi yang bersesuaian dan telah membuat syor pembelian mesin untuk tujuan pengeluaran kertas berasaskan jerami.
  • Bagi melaksanakan projek ini secara komersial, MADA sedang membangunkan sebuah pusat pengumpulan dan jualan pelbagai produk kraftangan di seluruh negeri kedah and juga produk-produk Industri Asas Tani.
  • Pusat ini akan dilengkapi dengan pusat jualan, pusat demonstrasi dan ruang pameran bagi memudahkan pengunjung dan pembeli yang berpotensi untuk melihat dengan lebih dekat produk-produk kraftangan yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan di dalam Kawasan Muda.
  • Pusat ini juga akan dilengkapi dengan bengkel demo pemprosesan kraftangan melibatkan kraf berasaskan jerami, mengkuang, sulaman, besi dan juga rekaan kayu.
  • Pusat ini sudah mula beroperasi pada tahun 2012 di Pekan Pendang, Kedah.

9

10. LADANG MEMPELAM CHOK ANAN MADA

Tanaman mempelam merupakan tanaman kedua terpenting yang sedang digalakkan ditanam secara perladangan dan kelompok  di kawasan Muda. Iklim dan topografi di kawasan ini didapati amat sesuai untuk tanaman mempelam kerana terdapat musim kemarau yang panjang yang diperlukan untuk proses berbunga. Ciri-ciri ini memberi kelebihan kepada kawasan Muda berbanding kawasan-kawasan lain. Klon mempelam yang disyorkan ditanam di dalam kawasan Muda adalah klon chok anan (MA244). Klon ini dipilih kerana ianya lebih produktif dan saiz pokok yang rendah membolehkannya mudah diuruskan dan di samping permintaan yang menggalakan di pasaran.

10

 

Bagi tujuan menggalakkan penanaman mempelam chok anan ini, dua program telah dijalankan oleh pihak MADA iaitu :-

i.    Program Kelompok Mempelam

ii.   Projek Ladang Mempelam MoA Inc.

 

Program Kelompok Mempelam 

Objektif pelaksanaan projek mempelam di kawasan Muda adalah bertujuan untuk :-

–      Membaikpulih  kawasan tanaman mempelam yang sedia ada.

–      Membangunkan kawasan-kawasan terbiar di persekitaran kampung

–      Memperkenalkan pengurusan ladang secara berkelompok

–      Meningkatkan pendapatan sampingan peladang.

 

Program yang dijalankan bagi menjayakan program kelompok mempelam adalah seperti :-

–      Menjalankan aktiviti pengagihan bantuan input yang merangkumi anak benih mempelam dan baja.

 

pelam

–      Memberi bantuan peralatan dan pembaikan kecil                            infrastruktur ladang bagi kawasan tanaman yang                              berpotensi.

pelam1

–    Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada peladang             tentang kaedah-kaedah dan teknologi dalam tanaman                     mempelam.

pelam2

 

–       Memberi kursus serta latihan amali dalam bidang teknologi          penanaman mempelam.

–      Menjalankan belian balik buah mempelam dari peserta                   projek dengan kadar harga yang berpatutan.

 

 

 


ladangladang1ladang2

 

Projek Ladang Mempelam MoA Inc.

Satu ladang nukleus yang telah dibangunkan dengan keluasan 42 hektar dan ditanam dengan lebih kurang 18,000 pokok mempelam chok anan (MA 224) di kawasan padang ragut Tobiar Pendang, Kedah. Ianya mula dilaksanakan pada tahun 2001 dan dikendalikan berdasarkan konsep MoA. Inc. yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan, MARDI, FAMA, Bank Pertanian Malaysia dan Jabatan Pertanian. Amalan pengurusan ladang yang terkini yang menepati piawaian Amalan Ladang Baik Malaysia  (SALM) telah diterapkan di ladang ini supaya buah mempelam yang dikeluarkan memenuhi kehendak akreditasi MALAYSIA BEST.

tanamantanaman1

 

 

 

 

 

 

 

Ladang Mempelam MoA Inc  ini telah dibangunkan dalam empat fasa tanaman iaitu :

i.             Fasa I   – 7,236 pokok (18 hektar)        – ditanam pada (Julai 2002 – September 2002 )

ii.            Fasa II – 8,403 pokok (18.7 hektar) – ditanam pada (Mac 2003 – Ogos 2003 )

iii.           Fasa III – 1,820 pokok (4.3 hektar) – ditanam pada (Ogos 2003 – Oktober 2003 )

iv.           Fasa IV – 600 pokok (1 hektar) – ditanam pada (Januari 2007 – Februari 2009 )

 

Antara aktiviti yang dijalankan di Ladang Mempelam MoA Inc. adalah :-

i.      Pusat pengumpulan dan pengedaran buah mempelam.

ii.    Pembangunan dan menaiktaraf infrastruktur ladang bagi menjadikan Ladang Mempelam MoA Inc sebagai satu          destinasi Agrotourism.

 

tanaman2tanaman3

Tapak semaian pokok mempelam chok anan bagi tujuan jualan dan agihan dibawah program kelompok mempelam.

Menyediakan kursus amali teknologi mempelam kepada peserta projek kelompok mempelam.

semaian

 

iii.   Akreditasi ladang

Ladang Mempelam MoA Inc telah mendapat pengiktirafan Sijil Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) pada tahun 2006 dan telah diperbaharui pada awal tahun 2009.

Manakala pengiktirafan untuk kualiti buah yang dikeluarkan telah diperolehi pada tahun 2007 dengan penganugerahan Sijil Malaysia’s Best.

sijilsijil1

 

Accessibility
Close