industripadi

LATAR BELAKANG

Bahagian Industri Padi (BIP) bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan system pengurusan berpusat Estet Padi NKEA , pengembangan pertanian dan pemindahan teknologi terkini, pemantauan benih padi yang berkualiti tinggi serta pengedaran Baja Skim Subsidi di dalam kawasan Muda. Pengurusan Bahagian ini di ketuai oleh Pengarah Bahagian Industri Padi yang bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA.

Bahagian ini terdiri daripada empat (4) cawangan iaitu :

1.  Cawangan Pengembangan

  • Seksyen Perlindungan Tanaman
  • Seksyen Promosi Teknologi
  • Seksyen Agronomi & Kualiti Pengeluaran Padi

2.  Cawangan Pengurusan Input Pertanian

  • Seksyen Kesuburan Tanah
  • Seksyen Bekalan Input

3.    Cawangan Estet Padi

  • Seksyen Pengurusan Estet Padi
  • Seksyen Pembangunan Estet Padi
  • Seksyen Operasi Pemantauan

4.  Cawangan Loji Benih

VISI BAHAGIAN INDUSTRI PADI

Menjadi sebuah bahagian yang menggerakkan pembangunan industri padi dan sosio- ekonomi masyarakat tani di dalam kawasan Muda.

MISI BAHAGIAN INDUSTRI PADI

  • Mentransformasikan industri padi ke tahap moden, cekap, mapan dan kompetitif.
  • Membantu meningkatkan hasil pengeluaran padi dalam kawasan Muda.
  • Membangun dan memajukan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 ke tahap yang mapan.
  • Memperkemaskan program pengembangan pertanian, pemindahan teknologi baru dan aktiviti tanaman padi di kawasan Muda.

OBJEKTIF BAHAGIAN INDUSTRI PADI

  • Meningkatkan purata hasil padi dalam Projek NKEA sebanyak 7.1 tan sehektar dan keseluruhan Kawasan Muda sebanyak 7.0 tan sehektar pada tahun 2016 dan seterusnya kepada 10 tan sehektar di keseluruhan Kawasan Muda menjelang tahun 2020.
  • Pengeluaran benih padi sah sebanyak 24, 000 m/ tan setahun iaitu 85% daripada keperluan MADA sepanjang tahun 2010.
  • Mewujudkan 20, 000 hektar Estet Padi di Kawasan Muda menjelang tahun 2010.
  • Menjalankan program peningkatan kesuburan tanah.
  • Program pengembangan dan pemantauan rumpai dan perosak padi bagi mengurangkan serangan kurang 10% semusim.

FUNGSI UTAMA BAHAGIAN :-

1)  CAWANGAN PENGEMBANGAN

Cawangan Pengembangan berperanan sebagai perancang dan pelaksana kerja-kerja pengembangan pertanian, pemindahan teknologi baru dan pemantauan aktiviti tanaman padi di kawasan Muda. Di samping itu cawangan pengembangan juga turut merancang dan melaksanakan program demonstrasi, kursus dan latihan berkaitan tanaman padi kepada peladang.

2)  CAWANGAN PENGURUSAN INPUT PERTANIAN

Cawangan Pengurusan Input Pertanian ditubuhkan bagi menyelaras dan mengawasi pembekalan serta pengedaran input pertanian ke peringkat Pertubuhan Peladang kawasan (PPK) MADA. Selain itu, cawangan Pengurusan Input Pertanian juga hendaklah menyelaras dan memantau kawasan-kawasan yang bermasalah bagi penanaman padi dalam kawasan Muda.

3)  CAWANGAN ESTET PADI

Ditubuhkan untuk meyelaras dan memantau semua aspek berkaitan Penubuhan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 secara berpusat di samping menyelaras operasi, pembangunan dan pengurusan dalam Projek Estet Padi di dalam kawasan Muda.

4)  CAWANGAN LOJI BENIH

Ditubuhkan bagi memantau operasi loji benih berkualiti bagi pencapaian kuota pengeluaran benih padi sah dan penyelarasan pembangunan fizikal melibatkan naik taraf, baikpulih dan penyenggaraan asset-aset alih dan sistem pemprosesan benih padi. Selain itu, cawangan loji benih juga memantau program mesin dan jentera baru untuk tanaman padi di kawasan MADA.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memodenkan Sistem Pengurusan Ladang :

o   Pengurusan Estet Padi

o   Mekanisasi Perladangan

  • Meningkatkan Produktiviti dan Memajukan Lain-lain Faktor Pengeluaran :

o   Projek Peningkatan Hasil 10 Tan/ Hektar

o   Pemulihan Tanah Bermasalah

o   Pemulihan Tanah Masam

o   Pengedaran Baja Skim Subsidi Baja Padi Kerajaan Persekutuan dan Skim Insentif Pengeluaran Padi

o   Pengeluaran Benih Bermutu

o   Pengurusan Perosak Bersepadu

  • Memperkemaskan Sistem Pengembangan Pertanian dan Pemindahan Teknologi Terkini :

o   Pengurusan Tanaman ( Agronomi, Penyakit dan Perosak)

o   Pengembangan ICT Dalam ‘Forecasting’

o   Pemantauan Estet Padi

  •  Meningkatkan Usaha- usaha Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) :

o   Penyelidikan dan Pembangunan Bidang Padi

o   Menjalankan Usahasama Dengan Lain- lain Agensi Dalam dan Luar Negara serta swasta bagi                                            menjalankan kajian- kajian

AKTIVITI- AKTIVITI BAHAGIAN INDUSTRI PADI

  • Menjalankan kerja- kerja pengembangan pertanian, pemindahan teknologi baru, pemantauan aktiviti amalan agronomi, tanaman padi dan plot kajian.
  • Demonstrasi serta menjalankan kursus dan latihan kepada peladang.
  • Merancang dan melaksanakan pengurusan tanaman padi secara Estet Padi.
  • Merancang dan melaksanakan Program Peningkatan Hasil Padi 10 Tan sehektar menjelang tahun 2010.
  • Merancang dan melaksanakan ladang pengeluaran benih padi yang berkualiti dan loji benih
  • Menyelaras dan mengawasi pembekalan input pertanian serta pengedaran ke peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan MADA
  • Merancang dan melaksanakan program-program transformasi pertanian kepada peladang-peladang di Kawasan Muda.
  • Memantau semua aktiviti-aktiviti tanaman padi termasuk amalan agronomi, kawalan rumpai, kawalan perosak dan penyakit.
  • Merancang dan menjalankan program analisis tanah, kualiti air dan status kesuburan tanaman di peringkat lading bagi mengenalpasti kesesuaian teknologi baru dan mengamalkan ‘precision farming’ dalam meningkatkan hadil padi kepada  tan 10 sehektar.
  • Menjalankan projek contoh dan plot-plot demonstrasi dengan kerjasama antara agensi-agensi penyelidikan dan pihak swasta.

KELUASAN TANAMAN PADI MENGIKUT WILAYAH MADA

BIL.

WILAYAH

KELUASAN (HEKTAR)

1

  Wilayah I (Kangar)

20, 073

2

  Wilayah II (Jitra)

32, 595

3

  Wilayah III (Pendang)

22, 681

4

  Wilayah IV (Kota Sarang Semut)

25, 336

  JUMLAH

100, 685

KELUASAN TANAMAN PADI MENGIKUT LOKALITI

PPK/ (NAMA PPK)

KELUASAN (HEKTAR)

A- I (Arau)

4,433

B- I (Kayang)

3,496

C- I (Kangar)

2,500

D-I (Tambun Tulang)

3,972

E- I (Simpang Empat)

5,672

WILAYAH I (KANGAR)

20,073

A-II (Kodiang)

3,331

B-II (Sanglang)

4,099

C-II (Kerpan)

3,855

D-II (Tunjang)

4,021

E-II ( Kubang Sepat)

3,878

F-II (Jerlun)

3,523

G-II (Jitra)

3,134

H-II (Kepala Batas)

2,647

I-II (Kuala Sungai)

4,107

WILAYAH II (JITRA)

32,595

A-III (Hutan Kampung)

4,734

B-III (Alor Senibong)

3,297

C-III (Tajar)

3,615

D-III (Titi Haji Idris)

5,356

E-III (Kobah)

3,148

F-III (Pendang)

2,532

WILAYAH III (PENDANG)

22,682

A-IV (Batas Paip)

3,432

B-IV ( Pengkalan Kubur)

2,339

C-IV ( Simpang Empat Kangkong)

3,702

D-IV ( Permatang Buluh)

3,759

E- IV (Bukit Besar)

4,493

F-IV (Sungai Limau)

3,597

G-IV (Guar Chempedak)

4,013

WILAYAH IV (KOTA SARANG SEMUT)

25,335

JUMLAH KESELURUHAN MADA

100,685

PURATA HASIL KASAR TAN/ HA TAHUN 2013- 2014

graf2014

graf

PELAKSANAAN NKEA PERTANIAN EPP 10 :

PENGUKUHAN PRODUKTIVITI TANAMAN PADI DI KAWASAN MUDA

1.    PENGENALAN

Rancangan Pengairan Muda adalah projek pembangunan terbesar yang telah dilaksanakan pada tahun 1960an bertujuan untuk memastikan aktiviti penanaman padi dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun.  Pembangunan Rancangan Pengairan Muda ini telah berjaya meningkatkan pengeluaran padi negara dan pendapatan peladang. Walaubagaimanapun, pencapaian purata hasil padi di Kawasan Muda adalah masih rendah berbanding dengan kawasan penanaman padi utama yang lain di Malaysia. Keadaan ini berlaku disebabkan terdapat 3 isu utama yang telah dikenalpasti iaitu :

a)   Kepadatan infrastruktur ladang yang rendah dimana secara purata 18 meter sehektar.
b)   Produktiviti ladang yang rendah disebabkan oleh purata saiz ladang yang tidak ekonomik bagi setiap peladang            iaitu 2.12 hektar.
c)   Purata umur peladang yang kurang produktif iaitu 60.2 tahun.

Selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme – ETP) yang telah diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai usaha komprehensif pihak Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 maka 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (National Key Economic Area – NKEA) telah diwujudkan. Salah satu daripada 12 NKEA tersebut ialah NKEA Pertanian dimana pihak MADA telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Projek Permulaan Ke-10 (Entry Point Project – EPP 10) iaitu Pengukuhan Produktiviti Penanaman Padi Di Kawasan Muda.

Pelaksanaan EPP 10 ini menyasarkan peningkatan pendapatan per kapita rakyat daripada RM 23,700 setahun kepada RM 48,000 setahun menjelang tahun 2020. Bagi menjayakan EPP 10, kerajaan telah memperakui peruntukan pembangunan bagi tahun 2011 hingga 2020 sebanyak RM 2.7 bilion untuk tujuan:

a)  Peningkatan kepadatan infrastruktur tersier daripada purata 18 meter sehektar kepada 30 meter sehektar untuk        128 blok pengairan (61,569.3 hektar) dengan peruntukan sebanyak RM 2.2 billion.
b)  Mewujudkan estet padi seluas 50,000 hektar menjelang tahun 2020 atau 5,000 hektar setahun dimana projek           ini diuruskan secara berpusat oleh satu entiti komersil dengan kos keseluruhan RM 0.5 billion.
c)   Penglibatan dalam keseluruhan rantaian nilai industri padi.

EPP 10 ini menetapkan sasaran purata hasil bersih adalah 8 tan sehektar melalui penggunaan varieti padi berhasil tinggi dan teknologi yang terkini dan dijangka mampu menyumbang  pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak RM     1 bilion menjelang tahun 2020.

2.    SKOP PEMBANGUNAN EPP 10

Skop Asal
a)    Pembangunan infrastruktur tersier (bagi kawasan blok pengairan yang belum memiliki infrastruktur tersier).
b)    Insentif kerajaan kepada peladang yang menyertai Projek Estet Padi.
c)    Pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk diaplikasi di kawasan Projek Estet Padi.

Peluasan Skop
a)    Pembinaan Pusat Belian Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk membolehkan peladang terlibat                   dalam pemasaran hasil padi.
b)    Seed Grant (modal pusingan untuk pelaksanaan operasi ladang).

3.    PERANCANGAN PELAKSANAAN EPP 10

Bil

Skop Pelaksanaan

Sasaran (2011-2020)

Komponen Terlibat

a)

Pembangunan Infrastruktur Tersier

128 blok pengairan

–     Rekabentuk

–     Kerja-Kerja Ukur

–     Pengambilan Balik Tanah

–     Pembinaan Sistem Tersier

–     Pemulihan dan Penambahbaikan Infrastruktur

b)

Bayaran Insentif Kerajaan Bagi Penyertaan Projek

50,000 hektar

 –     Bayaran insentif pada kadar RM 2,000 sehektar                                         selama 5  musim atau RM 1,000 sehektar selama 10                                 musim.

c)

 

Pusat Belian Padi PPK

 

13 buah

 –     Penyediaan Tapak

–     Pembinaan Pusat Belian Padi

–     Pemasangan Peralatan dan Sistem Penimbang

4.    MODEL PELAKSANAAN EPP 10
Terdapat 3 model pengurusan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 yang telah diperkenalkan iaitu Model Bayaran Pengurusan, Sewa Tetap dan Perkongsian Keuntungan. Sehingga tahun 2015, pihak MADA telah melaksanakan konsep Model Bayaran Pengurusan (99.9%) dan Model Sewa Tetap (0.1%).

a)    Model Bayaran Pengurusan (Management Fee)
Konsep : Pemilik tanah/penyewa akan menyerahkan hak pengurusan operasi persawahan kepada Badan Pengurusan Projek PPK melalui satu perjanjian. Seterusnya Badan Pengurusan Projek PPK akan menguruskan operasi persawahan dengan mengenakan bayaran upah pengurusan kepada pemilik tanah/penyewa sebanyak RM70 bagi setiap metrik tan hasil bersih yang diperolehi di tanah mereka.

Status Pelaksanaan :  Kaedah model bayaran pengurusan telah dipilih sebagai permulaan kerana lebih mudah diterima peladang tanpa mengubah struktur jaringan pengusaha tanaman padi, pemberi perkhidmatan (broker) dan pengilangan. Jumlah keseluruhan keluasan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 di bawah model ini dari tahun 2011 sehingga 2015 seluas 25,295.157 hektar dengan penglibatan seramai 14,174 orang peladang.

b)    Model Sewaan Tetap (Fixed Rental)
Konsep : Badan Pengurusan Projek PPK akan menguruskan tanah dengan kadar bayaran sewa tertentu kepada pemilik tanah.

Status Pelaksanaan : Pendekatan model ini dilaksanaan adalah dengan menyewa sawah seluas 31.362 hektar yang pada asalnya merupakan kawasan tanah bermasalah yang tidak diusahakan di kawasan Kg. Alor Setul, PPK B-III, Alor Senibong dengan kadar sewaan sebanyak RM 1,737.50 sehektar atau RM 500.00 serelung bagi tempoh 10 musim (5 tahun). Program pemulihan infrastruktur telah dilaksanakan di kawasan ini bagi memastikan operasi persawahan, sistem pengairan dan saliran di kawasan projek ini dapat dijalankan dengan sempurna oleh Badan Pengurusan Projek PPK B-III, Alor Senibong.

c)    Model Perkongsian Keuntungan (Profit Sharing)
Konsep : Badan Pengurusan Projek PPK akan menguruskan tanah dan berkongsi hasil dan kos operasi ladang dengan pemilik tanah/penyewa.

Status Pelaksanaan : Model ini belum dilaksanakan di Kawasan Muda.

5.    ENTITI YANG TERLIBAT DALAM EPP 10
Pelaksanaan NKEA EPP 10 di MADA melibatkan entiti PPK sebagai pengusaha Projek Estet Padi. 27 buah PPK MADA telah bertindak sebagai badan pengurusan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 yang menguruskan operasi persawahan.

6.    PESERTA YANG TERLIBAT DALAM EPP 10
(Syarikat Peneraju/ Outgrowers- sekiranya ada)

Tiada penglibatan syarikat peneraju.

7.    STATUS PELAKSANAAN TERKINI EPP 10
a)    Status Pembangunan Infrastruktur Tersier Sehingga Tahun 2015 :

Komponen

Prestasi Fizikal

Catatan

Bil. Blok Pengairan Siap

Peratus Siap

Kerja Ukur

128

100%

·     Melibatkan ukur topografi/grid.
Rekabentuk

103

80%

·     Baki 25 blok pengairan (20%) dalam peringkat penyediaan                              laporan akhir rekabentuk dan dijangka siap pada Februari 2016.
Pengambilan Balik Tanah (LA)

6

5%

 ·     Pelaksanaan secara berperingkat dan dijangka siap pada tahun                       2018.
Pembinaan

1

0.8%

·     Kerja pembinaan akan dimulakan selepas pengambilan tanah.

·     3 blok pengairan dalam peringkat pelaksanaan.

·     Kerja pembinaan bagi 40 blok pengairan akan ditawar pada tahun                 2016.

·     Baki 84 blok pengairan akan dilaksana secara berperingkat mulai                   tahun 2017 dan dijangka siap pada tahun 2020.

b)    Status Keluasan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 dan Bilangan Peserta Yang   Terlibat Sehingga Tahun 2015 :

Status keluasan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 yang telah dicapai sehingga tahun 2015 adalah 25,326.519 hektar yang melibatkan peserta seramai 14,212 orang peladang. Pencapaian keluasan projek telah mencapai 51% berbanding sasaran 50,000 hektar menjelang tahun 2015. Maklumat terperinci adalah seperti berikut :

Tahun

Sasaran Keluasan Tahunan

(Hektar)

Pencapaian

Keluasan

(Hektar)

Bilangan Peserta

(Orang)

2011

5,000

5,016.385

2,932

2012

5,000

5,062.732

3,028

2013

5,000

5,080.013

2,833

2014

5,000

5,137.489

2,815

2015

5,000

5,029.900

2,604

Jumlah

25,000

25,326.519

14,212

Maklumat terperinci berkaitan status keluasan dan bilangan peserta projek mengikut Wilayah MADA adalah seperti di Lampiran 1.

c)    Status Pemberian Insentif Peserta Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Sehingga Tahun 2015 :

Pemberian insentif ini merupakan salah satu manfaat dan galakan yang diberikan kepada peladang untuk menyertai Projek Estet Padi NKEA EPP 10. Insentif ini diberikan kepada peserta projek pada setiap musim penanaman padi selama 5 musim berturut-turut dengan kadar RM 2,000 sehektar atau selama 10 musim berturut-turut dengan kadar RM 1,000 sehektar.
Sehingga Musim 2/2015, sebanyak RM182.2 juta telah diagihkan kepada peserta projek merangkumi penubuhan projek bagi tahun 2011 (Kumpulan A), 2012 (Kumpulan B), 2013 (Kumpulan C), 2014 (Kumpulan D) dan 2015 (Kumpulan E). Maklumat terperinci adalah seperti berikut :

Tahun

Jumlah Pemberian Insentif

(RM)

2011

(Kumpulan A)

49,650,645.00

2012

(Kumpulan B)

49,980,796.00

2013

(Kumpulan C)

49,621,444.00

2014

(Kumpulan D)

25,474,381.00

2015

(Kumpulan E)

7,502,060.00

Jumlah

182,229,326.00

d)    Status Pencapaian Hasil Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Sehingga Tahun 2015 :
Luar Musim

Perkara

Musim 1/2012

Musim 1/2013

Musim 1/2014

Musim 1/2015

Hasil Kasar

(tan/hektar)

6.12

6.58

5.99

6.52

Musim Utama

Perkara

Musim 2/2011

Musim 2/2012

Musim 2/2013

Musim 2/2014

Hasil Kasar

(tan/hektar)

4.77

5.06

5.96

4.85

Nota:
•Data hasil bermula musim 2/2011 dan 1/2012 adalah berdasarkan kepada prestasi hasil sebenar penuaian (Kajian     CCS belum dilaksanakan).
•Data hasil bagi musim 2/2012 sehingga 1/2015 adalah berdasarkan Kajian Penyiasatan Pengeluaran Padi (CCS)         yang dijalankan oleh MADA.
•Purata hasil pada Musim 2/2014 menurun ke 4.85 tan/hektar disebabkan serangan penyakit karah dan hawar             daun bakteria.

e)    Status Pembinaan Pusat Belian Padi PPK MADA Sehingga Tahun 2015 :

Bil

Pusat Belian Padi

PPK MADA

Tahun

Mula Operasi

Kapasiti Belian Padi

(Tan Semusim)

1

PPK A-I Arau

2010

4,000

2

PPK H-II Kepala Batas

2014

4,000

3

PPK B-III Alor Senibong

2011

4,000

4

PPK B-I Kayang

2015

4,000

5

PPK D-I Tambun Tulang

2015

4,000

6

PPK C-II Kerpan

2015

4,000

7

PPK C-III Tajar

2015

4,000

8

PPK D-III Titi Haji Idris

2015

4,000

9

PPK B-IV Pengkalan Kundur

2015

4,000

10

PPK F-II  Jerlun

Dijangka Mula Operasi Bagi Penuaian

Musim 1/2016

11

PPK E-III Kobah

12

PPK A-II Kodiang

Masih Dalam Proses Pembinaan

13

PPK H-II Kepala Batas

8.    PENUTUP
Program EPP 10 ini dilaksanakan bagi memastikan peladang-peladang di Kawasan Muda terlibat dalam keseluruhan rantaian nilai industri padi yang menyumbang ke arah pencapaian negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Melalui pelaksanaan program ini adalah diyakini bahawa peladang-peladang MADA akan menjadi Tuan Padi Dan Tuan Beras. Secara tidak langsung pelaksanaannya adalah diharapkan akan merintis serta mendorong perubahan  dalam industri padi di negara.

STATUS KELUASAN DAN BILANGAN PESERTA PROJEK ESTET PADI NKEA EPP10 MENGIKUT WILAYAH MADA
TAHUN 2011 HINGGA TAHUN 2015

WILAYAH

TAHUN 2011

TAHUN 2012

TAHUN 2013

TAHUN 2014

TAHUN 2015

JUMLAH

LUAS
(HEKTAR)

BIL. PESERTA
(ORANG)

LUAS
(HEKTAR)

BIL. PESERTA
(ORANG)

LUAS
(HEKTAR)

BIL. PESERTA
(ORANG)

LUAS
(HEKTAR)

BIL. PESERTA
(ORANG)

LUAS
(HEKTAR)

BIL. PESERTA
(ORANG)

LUAS
(HEKTAR)

BIL. PESERTA
(ORANG)

WILAYAH I

1,101.443

724

951.151

655

1,023.020

707

926.900

632

740.285

497

4,742.799

3,215

WILAYAH II

1,479.695

851

1,674.191

920

1,915.593

998

1,815.509

999

2,199.539

1,112

9,084.527

4,880

WILAYAH III

1,124.559

697

1,116.000

629

834.306

422

1,237.478

599

1,035.418

509

5,347.761

2,856

WILAYAH IV

1,310.688

660

1,321.390

824

1,307.094

706

1,157.602

585

1,054.658

486

6,151.432

3,261

JUMLAH

5,016.385

2,932

5,062.732

3,028

5,080.013

2,833

5,137.489

2,815

5,029.900

2,604

25,326.519

14,212

Accessibility
Close