mekanikal

 

LATAR BELAKANG

Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal (BME) merupakan salah satu daripada sepuluh (10) bahagian dalam organisasi MADA yang telah diwujudkan melalui penyusunan semula carta organisasi MADA pada 16 November 2015. Fungsi utama Bahagian ini adalah memastikan pengurusan dan perlaksanaan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta program pembangunan modal insan mengikut keperluan organisasi. Selain itu, Bahagian ini juga memastikan pengurusan penyenggaraan aset mekanikal dan elektrikal MADA dilaksanakan seperti yang dirancang di dalam memenuhi keperluan organisasi.

 

Bahagian ini meliputi enam cawangan iaitu:

  1. Cawangan Hidromekanikal
  2. Centre Of Excellence M&E
  3. Cawangan Kejuruteraan Elektrik
  4. Cawangan Automotif
  5. Cawangan Pembangunan Teknikal
  6. Cawangan Mekanisasi Dan Automasi

Cawangan Hidromekanikal berperanan bagi merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan dan penyenggaraan kepada aset pengairan dan saliran seperti pam bergerak, stesen pam galak (booster pump), pintu air (alator dan tandop) serta lain-lain pemasangan mekanikal termasuk komponen hidromekanikal di tiga (3) buah empangan.

Centre Of Excellence M&E diwujudkan bertujuan untuk merancang dan melaksanakan kajian terhadap isu dan teknologi dalam bidang mekanisasi dan automasi di MADA serta merancang dan melaksanakan rekacipta dan inovasi kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di MADA.

Cawangan Kejuruteraan Elektrik ditugaskan untuk merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan kejuruteraan elektrik dan penyenggaraan kepada aset stesen pam elektrik, pintu air, empangan dan lain-lain kelengkapan elektrik MADA.

Cawangan Automotif berperanan untuk merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada aset Automotif MADA selain menyediakan keperluan dokumentasi (insurans, cukai jalan, permit dan pemeriksaan PUSPAKOM) kenderaan dan jentera MADA serta khidmat logistik Bahagian.

Cawangan Pembangunan Teknikal diwujudkan dengan tujuan untuk merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada semua aset  mekanisasi dan automasi MADA selain membantu dalam melaksanakan program kajian dan inovasi dalam bidang mekanisasi dan automasi MADA.

Cawangan Mekanisasi Dan Automasiberfungsi untuk merancang,mengurus dan melaksana  program kompetensi, bimbingan dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal termasuk aktiviti mekanisasi dan automasi pertanian.

VISI

Menjadi organisasi peneraju pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam industri padi di Kawasan Muda.

MISI

i.        Melaksanakan pemindahan teknologi mekanisasi dan automasi kepada golongan sasar.

ii.       Memberikan perkhidmatan mekanikal dan elektrikal yang komprehensif dan sistematik.

iii.      Melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan, kompeten dan berinovasi.

OBJEKTIF

i.  Menyediakan perkhidmatan penyenggaraan kepada semua aset mekanikal dan elektrikal  MADA.

ii.  Melaksanakan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam kawasan MADA.

iii.  Melaksanakan pembangunan modal insan kepada golongan sasar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan               elektrikal industri padi.

iv.  Melaksanakan program kajian dan inovasi kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dalam memajukan industri              padi MADA.

v.  Menyediakan khidmat nasihat kepada lain-lain bahagian MADA dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan                 elektrikal.

FUNGSI DAN TUGAS

i.  Memastikan pengurusan dan perlaksanaan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta         program pembangunan modal insan mengikut keperluan organisasi.

ii.  Memastikan pengurusan penyenggaraan aset mekanikal dan elektrikal MADA dilaksanakan seperti yang                     dirancang di dalam memenuhi keperluan organisasi.

iii.  Memastikan perkhidmatan sokongan dijalankan dengan cekap, sistematik dan mapan bagi memenuhi keperluan        semasa organisasi.

PIAGAM PELANGGAN

Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan pakar dan penyenggaraan yang profesional dan berkualiti.

 

Untuk itu kami akan :-

  • Mematuhi jadual penyelenggaraan tahunan yang kami sediakan dengan sepenuhnya.
  • Mengambil tindakan ke atas laporan kerosakan dalam tempoh tidak melebihi 2 hari bekerja dari tarikh diterima.
  • Merancang dan melaksanakan projek pembangunan dengan peruntukan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menyediakan dokumen kontrak yang ditandatangani dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tawaran kontrak.
  • Menyelesaikan urusan penawaran perolehan secara sebut harga dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.

 

GAMBAR

alorchangileh

Rajah 1:Komponen Mekanikal dan Elektrikal di Tandop A Terusan Alor Changileh

pammada

Rajah 2: Komponen Mekanikal dan Elektrikal Stesen Pam MADA

kawmuda

Rajah 3:Kajian Keupayaan Jentuai Baru MCH 1250 di Kawasan Muda

psdt

Rajah 4:Projek Public Service Delivery Transformation (PSDT) – Amphibious Excavator

mrtc

Rajah 5: Kursus Penyelenggaraan dan Pemanduan Traktor Kelas F di Pusat Latihan

                                                Kejenteraan Pertanian MRTC

RUJUKAN

3.0    CAWANGAN-CAWANGAN DI BAWAH BAHAGIAN

  1. CAWANGAN HIDROMEKANIKAL
  2. CENTRE OF EXCELLENCE M&E
  3. CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
  4. CAWANGAN AUTOMOTIF
  5. CAWANGAN PEMBANGUNAN TEKNIKAL
  6. CAWANGAN MEKANISASI DAN AUTOMASI
  7. KHIDMAT SOKONGAN

 

3.1        OBJEKTIF CAWANGAN

 

OBJEKTIF

CAWANGAN HIDROMEKANIKAL

 

a)   Merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada aset pengairan dan saliran seperti pam           bergerak, stesen pam galak (booster pump), pintu air (alator dan tandop) serta lain-lain pemasangan mekanikal         termasuk komponen hidromekanikal di tiga (3) buah empangan.

b)   Merancang, mengurus dan melaksana program rekabentuk serta naiktaraf sistem hidromekanikal pintu air,                stesen pam dan empangan.

c)   Merancang, mengurus dan melaksana kerja-kerja pemeriksaan berjadual/tidak berjadual, audit keselamatan,             pemasangan pam, komponen hidromekanikal pintu air dan 3 buah empangan.

d)   Mengurus Bilik Lukis dan rekod yang berkaitan dengan Cawangan.

e)   Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk                   program latihan.

f)   Menentukan kapasiti stesen pam dan memastikan prestasi stesen pam berada pada tahap optimum.

 

OBJEKTIF

CENTRE OF EXCELLENCE M&E

a)   Merancang dan melaksanakan kajian terhadap isu dan teknologi dalam bidang mekanisasi dan automasi di                  MADA

b)   Merancang dan melaksanakan rekacipta dan inovasi kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di MADA

c)   Melaksanakan program pengembangan terhadap kajian, rekacipta dan inovasi yang telah dijalankan

d)   Menjadi tempat rujukan dalam bidang mekanisasi dan automasi industri padi di MADA dari segi bank data dan          khidmat nasihat teknikal

e)   Membina dan menjalin hubungan dengan rakan strategik yang mampu menyumbang kepada kemajuan bidang          kejuruteraan mekanikal dan elektrikal industri padi

f)   Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk                   program latihan.

 

OBJEKTIF

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

 

a)     Merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada aset stesen pam elektrik, pintu air,                    empangan dan lain-lain kelengkapan elektrik MADA.

b)      Merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan kejuruteraan elektrik.

c)      Merancang, mengurus dan melaksana perolehan komponen elektrikal.

d)      Mengurus Bilik Lukis dan rekod yang berkaitan dengan Cawangan.

e)      Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk                  program latihan.

f)       Menentukan kapasiti dan memastikan prestasi stesen pam berada pada tahap optimum

g)      Menyediakan khidmat nasihat  berhubung dengan kejuruteraan elektrik di MADA.

 

OBJEKTIF

CAWANGAN AUTOMOTIF

 

a)    Merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada aset Automotif MADA.

b)   Merancang, mengurus dan melaksana operasi logistik untuk memberi khidmat sokongan kepada  Bahagian                  Mekanikal Dan Elektrikal.

c)    Merancang, mengurus dan melaksana perolehan kenderaan MADA.

d)   Merancang, mengurus dan melaksana keperluan dokumentasi (insurans, cukai jalan, permit dan pemeriksaan            PUSPAKOM) kenderaan MADA.

e)    Mengemaskini, analisa dan dokumentasi rekod penyenggaraan kenderaan MADA.

f)     Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk                   program latihan.

 

OBJEKTIF

CAWANGAN MEKANISASI DAN AUTOMASI

a)  Merancang, mengurus dan melaksana program penyenggaraan kepada semua aset  mekanisasi dan automasi               MADA.

b)   Merancang, mengurus dan melaksana perolehan aset mekanisasi dan automasi MADA.

c)   Mengurus, mengemaskini, analisa dan dokumentasi rekod berkaitan jentera pertanian dan jentera berat.

d)   Membantu Cawangan Pembangunan Teknikal dalam menyediakan tenaga pengajar yang kompeten untuk                    program latihan.

e)    Membantu dalam melaksanakan program kajian dan inovasi dalam bidang mekanisasi dan automasi MADA.

 

OBJEKTIF

CAWANGAN PEMBANGUNAN TEKNIKAL

 

a)    Merancang,mengurus dan melaksana  program kompetensi, bimbingan dan khidmat nasihat kepada golongan           sasar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal termasuk aktiviti mekanisasi dan automasi                           pertanian.

b)    Mengurus dan melaksana program latihan kemahiran MADA Rice Training Centre, Cawangan Latihan MADA             dan lain-lain agensi.

c)    Menguruskan persijilan/perlesenan bagi golongan sasar dalam operasi jentera.

d)    Mengurus, mengemaskini, analisa dan dokumentasi rekod  pengajaran dan pembelajaran.

e)    Mengurus dan mengemaskini rekod aset alih di Bahagian Mekanikal dan Elektrikal mengikut tatacara Pekeliling         Perkhidmatan.

f)     Memperkasakan pengurusan dan pelupusan aset alih Bahagian Mekanikal dan Elektrikal mengikut tatacara                 pelupusan aset alih kerajaan.

 

OBJEKTIF

KHIDMAT SOKONGAN

 

a)    Menguruskan perkhidmatan sokongan mengikut arahan dan peraturan termasuk pekeliling-pekeliling kerajaan         dan arahan kewangan MADA.

b)    Menjalankan tugas-tugas penyeliaan dan kawalan perbelanjaan mengikut arahan dan peraturan dari semasa ke         semasa.

c)    Mengurus perkhidmatan setor mengikut arahan dan peraturan Pekeliling Kerajaan termasuk urusan perolehan,        penyimpanan, pengeluaran dan pelupusan stok.

d)    Mengurus dan melengkapkan keperluan dokumentasi yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan                 setor.

Accessibility
Close