sumberair

LATAR BELAKANG

  • Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber air merupakan satu daripada sepuluh (10) bahagian yang terdapat di dalam Organisasi MADA telah ditubuhkan pada 13 Mac 2007.
  • Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air diwujudkan bertujuan untuk mengendali tiga (3) buah empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning yang diuruskan oleh pihak MADA serta mengurus tasik dan kawasan tadahan supaya penanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda dapat diteruskan.
  • Bahagian ini juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan Kawasan Muda mendapat bekalan air pengairan yang mencukupi bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi untuk keperluan negara.

 

Bahagian Pengurusan Empangan Dan Sumber Air meliputi tiga cawangan iaitu:

  • Cawangan Pengurusan Empangan

– Seksyen Pengendalian dan Penyenggaraan Empangan
– Unit Empangan Pedu
– Unit Empangan Muda
– Unit Empangan Ahning

– Seksyen Keselamatan Empangan / Tadahan / Kolam Takungan
– Cawangan Pengurusan Tasik dan Kawasan Tadahan
– Cawangan Perkhidmatan Sokongan

 

VISI BPESA

Bahawa BPESA berhasrat untuk menjadi Bahagian yang pakar di dalam bidang Pengurusan Empangan, Pengurusan Tasik dan  Kawasan Tadahan.

 

MISI BPESA

  • Membekalkan air untuk menjayakan tanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda mengikut keperluan termasuk domestik dan industri.
  • Mengendali dan menyenggara empangan, tasik dan kawasan tadahan dengan cekap dan efektif.
  • Memantau keselamatan (safety & security) empangan  serta struktur berkaitan secara berjadual dan mengikut prosedur.
  • Merancang dan melaksanakan penambahbaikan kemudahan empangan.

 

OBJEKTIF

  • Mengendali dan menyenggara kemudahan empangan untuk membolehkan tanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda.
  • Mengurus kawasan tasik dan tadahan bagi menjamin kemampanan dan kelastarian sumber air empangan.

 

FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

  • Mengendali dan menyenggara tiga (3) buah empangan dan kolam takungan Empangan Pedu, Muda dan Ahning serta kawasan tadahan air seluas 1,277 km2 dan jumlah isipadu takungan sebanyak 1,509 Mm3.
  • Mengurus sumber air empangan bagi memenuhi keperluan pengairan di Kawasan Muda serta bekalan air domestik dan industri untuk wilayah Kedah Utara, Perlis Selatan dan Pulau Langkawi.
  • Membekalkan air untuk kegunaan pengairan di Kawasan Muda serta domestik dan industri di Kedah Utara, Perlis Selatan dan Pulau Langkawi mengikut kuantiti yang diperlukan serta menjamin kualiti air bersih dan selamat.
  • Memantau keselamatan empangan (Dam Safety Monitoring) bagi menjamin  empangan sentiasa berfungsi dengan selamat.
  • Memberi nasihat teknikal kepada agensi/jabatan dan pihak swasta serta NGO berkaitan implikasi perancangan projek pembangunan    di dalam kawasan tasik dan tadahan.

 

FUNGSI CAWANGAN PENGURUSAN EMPANGAN

  • Memastikan pelepasan air dari Empangan Pedu, Muda dan Ahning dikendalikan mengikut prosedur.
  • Memastikan infrastruktur dan empangan diselanggara dengan baik.
  • Mengumpul, memproses dan menganalisa data hidrologi yang berkaitan dengan empangan.
  • Melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan pengesanan keselamatan empangan (Dam Safety Inspection).
  • Melaksanakan kerja-kerja perancangan dan pembangunan di kawasan empangan.

 

FUNGSI CAWANGAN PENGURUSAN TASIK DAN KAWASAN TADAHAN

  • Memantau pencerobohan dan pembangunan tidak terancang di dalam tasik dan kawasan tadahan.
  • Mengumpul, memproses dan menganalisa data kualiti air Kolam Takungan Pedu, Muda dan Ahning

 

FUNGSI CAWANGAN PERKHIDMATAN SOKONGAN

  • Melaksanakan pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan Bahagian.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Menjamin Empangan Pedu, Muda dan Ahning sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan selamat.
  • Membekalkan air untuk kegunaan pengairan bagi menjamin kelangsungan tanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda.
  • Memastikan bekalan air mentah yang mencukupi untuk kegunaan domestik dan industri di Kedah Utara, Perlis dan Pulau Langkawi.

 

DATA ASAS EMPANGAN

 

Pedu

Muda

Ahning

Tempoh Pembinaan 1966 – 1969 1966 – 1969 1985 – 1989
Jenis Empangan Rockfill with  asphaltic concrete  membrane (upstream)

 

Concrete ambursen buttress with overflow spillway Rockfill with concrete face (upstream)
Keluasan Takungan 52 km2 15.5 km2 12 km2
Keluasan Tadahan 171 km2 984 km2 122 km2
Kapasiti Takungan 1080 Mm3 154 Mm3 275 Mm3
Kontraktor Kajima -Taisei – Japan (i) Balfour Beaty-Maju Sdn Bhd
Juruperunding Sir William Halcrow Consortium Jurutera Konsultant (SEA) Sdn Bhd. collaboration with Snowy Mountains Eng. Cooperation
Kos Pembinaan RM 60 juta
(Termasuk Terowong Saiong)
RM 80 juta

 

Untuk pertanyaan dan permohonan lawatan kerja ke empangan sila hubungi Bahagian Pengurusan Empangan Dan Sumber Air di talian 04-7728255

empangan

Operasi Pelepasan Air Empangan Pedu

ahning

Operasi Pelepasan Air Empangan Ahning

muda

Limpahan Empangan Muda

muda1

Empangan Muda

PUSAT INTERPRETASI ULU MUDA

Pusat ini terletak di tapak pendaratan ikan Koperasi Nelayan Empangan Muda (KOPAM) Tasik Muda. Tujuan penubuhan Pusat ini adalah untuk menjadi sebuah pusat informatif  Kawasan Tadahan Ulu Muda. Penubuhan Pusat ini hasil kerjasama di antara MADA dan WWF pada tahun 2013. Bahan-bahan pameran bagi Pusat ini adalah hasil sumbangan dari pihak MADA, NGO dan agensi yang berkepentingan dengan Kawasan Tadahan Ulu Muda.

Sasaran kumpulan pelawat adalah dari kalangan murid-murid sekolah, NGO, agensi yang berkepentingan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Unit Empangan Muda di talian 04-7521779 pada waktu pejabat.

ulumuda

Bangunan Pusat Interpretasi Ulu Muda

pameran

Ruang Pameran Pusat Interpretasi Ulu Muda

SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008

Bahagian Pengurusan Empangan Dan Sumber Air telah dipersijilkan dengan Sijil Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 mulai 31 Disember 2009 di bawah skop Operasi, Penyenggaraan dan Pemantauan Keselamatan Empangan Pedu, Muda dan Ahning.

Pelaksanaan kerja operasi, penyenggaraan dan pemantauan keselamatan Empangan Pedu, Muda dan Ahning dilaksanakan mengikut prosedur dan tatacara sepertimana yang terdapat di dalam SPK MS ISO 9001:2008.

Setelah dipersijilkan dengan SPK MS ISO 9001:2008 maka didapati prosedur dan tatacara yang didokumenkan telah berjaya membantu untuk melaksanakan tugas dengan lebih effisien dan dokumen SPK ini telah menjadi sumber rujukan dalam menjalankan tugas harian bagi memastikan empangan berfungsi dan selamat.

Accessibility
Close