peladang

 LATAR BELAKANG 

Bahagian Pengurusan Institusi Peladang yang diwujudkan selepas penyusunan semula struktur organisasi MADA yang berkuatkuasa pada 16 Mac 2007 diberi tanggungjawab untuk menguruskan aktiviti-aktiviti Perniagaantani, Kawalan Kewangan dan Pengurusan Institusi Peladang.  Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Institusi Peladang yang bertanggungjawab kepada Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA.

Bahagian ini meliputi 2 cawangan dan 4 seksyen iaitu:-

i. Cawangan Penyeliaan Kewangan & Perniagaan Tani

  • Seksyen Penyeliaan Kewangan & NKEA
  • Seksyen Pengurusan Perniagaan Tani & Kredit

ii. Cawangan Urusan Pendaftar

  • Seksyen Penyeliaan & Perundangan PPK
  • Seksyen Penyeliaan Korporat
  • Khidmat Sokongan

1.1      VISI

Memajukan institusi peladang sebangai satu entiti yang kompeten, berketrampilan dan menjadi kebanggaan peladang di kawasan MADA.

1.2      MISI

  • Meningkatkan aktiviti perniagaan input pertanian sebagai penyumbang utama kepada pendapatan PPK disamping pengujudan kepelbagaian lain-lain aktiviti perniagaan.
  • Meningkatkan pendapatan PPK melalui pelbagai aktiviti perkhidmatan
  • Meningkatkan saham ahli, simpanan ahli, simpanan tabung-tabung projek Estet Padi dan Unit Peladang sebagai sumber modal kerja dalaman kepada aktiviti perniagaan dan perkhidmatan PPK selain daripada modal luaran.
  • Menjadikan Unit Peladng sebagai satu entiti yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada PPK.
  • Menjadikan koperasi Asas tani yang berdayamaju sebagai Unit Ahli PPK yang berfungsi sebagai ’complementory economy provider’ kepada PPK.
  • Menjadikan PPK sebagai penjana pendapatan kepada peladang melalui pembahagian dividen melebihi 10 peratus setahun.
  • Meningkatkan penggunaan sistem primari perakaunan di Pertubuhan Peladang dengan lebih berkesan.

1.3       OBJEKTIF

  • Meningkatkan pendapatan perniagaan input pertanian secara purata bagi setiap PPK kepada RM0.5 juta menjelang tahun 2010.
  • Menyelaraskan bekalan input-input pertanian pada kos yang kompetatif bagi mengurangkan kos pengeluaran padi pada kadar 10 peratus.
  • Mengujudkan kepelbagaian aktiviti perkhidmatan PPK dengan peningkatan pendapatan di antara 10 hingga 20% setiap tahun.
  • Meningkatkan pemilikan saham dan simpanan pemimpin-pemimpin peladang pada kadar RM1,000.00 seorang dan ahli biasa pada purata RM300.00 seorang menjelang tahun 2010 sebagai modal kerja dalaman untuk perniagaan dan perkhidmatan PPK.
  • Meningkatkan nilai kredit ahli yang dikeluarkan bagi setiap PPK kepada purata RM1.0 menjelang tahun 2010 dengan peningkatan di antara 10 hingga 20% setiap tahun.
  • Membantu meningkatkan pendapatan PPK agar mampu memberi dividen melebihi 10 peratus setahun.
  • Menggerakkan unit peladang sebagai pembekal perkhidmatan kepada PPK.
  • Meningkatkan penyertaan Koperasi Asas Tani yang berdayamaju dalam unit ahli dan berfungsi sebagai pembekal perkhidmatan di bidang perniagaan kepada PPK.
  • Mempastikan laporan akaun bulanan PPK disiapkan pada minggu pertama setiap bulan.

FUNGSI CAWANGAN BAHAGIAN PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG

1. CAWANGAN URUSAN PENDAFTARAN

  • Menyelia dan mengawasi pehngurusan dan pentadbiran 27 buah PPK dan 72 buah SKATA di kawasan MADA
  • Memaju dan membangunkan pergerakan unit ahli.
  • Menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang yang dilibatkan di dalam pengurusan institusi peladang dan memastikan pemakaian peruntukan undang-undang dibuat sepenuhnya.
  • Mengembangkan perjalanan institusi peladang terutamanya pergerakan PP||K dengan meningkatkan penyertaan sepenuhnya peladang-peladang di kawasan MADA.
  • Membatalkan pendaftaran dan memproses kerja-kerja penutupan SKATA yang tidak berdaya maju.

2. CAWANGAN PENYELIAAN KEWANGAN & PERNIAGAAN TANI

  • Merancang dan menyelia aktiviti bagi meningkat prestasi perniagaan PPK.
  • Mempelbagaikan aktiviti perdagangan yang berasaskan pertanian dan bukan pertanian bagi mencapai matlamat berdikari dan membentuk PPK sebagai sebuah badan korporat.
  • Menyelia dan mengawasi pembangunan dan pengurusan anakl-anak syarikat PPK.
  • Merancang dan menyelia perniagaan PPK dalam bentuk usahasama anak-anak syarikat dan projek sub-kontrak.
  • Merancang dan menyelia perniagaan PPK dalam bentuk usahasama anak-anak syarikat dan projek sub-kontrak.
  • Merancang dan menyelia urusan pelaburan dan pembelian harta tetap PPK.

3. CAWANGAN PENYELIAAN KEWANGAN & PERNIAGAAN TANI

  • Perancangan, pembangunan dan pemantauan sistem kewangan PPK
  • Penasihatan Kewangan dan Pengurusan Dana.
  • Pengesanan dan Analisa Projek-Projek.
  • Pengurusan Audit Siasatan.
  • Menyelia dan mempastikan PPK mematuhi kehendak-kehendak Statution dan Sistem.
  • Pengurusan kredit dan simpanan ahli.
  • Merancang dan mengawasi perlaksanaan skim kredit dan simpanan ahli PPK.

1.5       PIAGAM PELANGGAN

           2.5.1   Cawangan Urusan Pendaftar

Membekalkan perkhidmatan berkaitan perundangan mengikut Akta, Peraturan dan perlembagaan dalam tempoh seperti berikut:-

i.  Meluluskan permohonan pembahagian keuntungan PPK dalam masa 2 minggu (14 hari) daripada           tarikh penerimaan surat permohonan

ii. Meluluskan atau memanjangkan permohonan kepada Pendaftar untuk melabur, membeli harta tetap      dan membuat pinjaman luar daripada PPK dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh penerimaan      surat permohonan

iii. Mengambil tindakan di atas usul-usul PPK yang dipanjangkan kepada wakil pendaftar dalam masa         14 hari selepas tarikh akhir Mesyuarat Agung PPK (31 Julai).

iv. Memastikan mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PPK diadakan sebulan sekali mengikut agenda yang         telah ditetapkan.

v.  Memastikan semua mesyuarat dan pemilihan jawatan di PPK diadakan dalam tempoh masa seperti        ditetapkan oleh Pendaftar dan peraturan Pertubuhan Peladang.

2.5.2   Cawangan Penyeliaan Kewangan & Perniagaan Tani

Memberikan perkhidmatan berkaitan Pengurusan Sektor Hartanah dan Perniagaan PPK serta khidmat nasihat untuk kemajuan pertubuhan Peladang di dalam bidang ekonomi seterusnya membaiki taraf hidup Peladang di Kawasan MADA.  Berdasarkan Komitment itu seksyen ini akan memberikan perkhidmatan seperti berikut:-

i. Membuat Kutipan Data hartanah dalam masa 2 minggu (14 hari) dari 27 buah pertubuhan Peladang      di Kawasan MADA.

ii. Menyediakan Laporan berkaitan hartanah Dalam Masa 1 Minggu (7 hari) dari tarikh penerimaan              data.

iii. Mencetak Buku Laporan hartanah dan mengedarkan dalam masa 1 minggu (7 hari).

iv. Membuat Kutipan Data Prestasi Perniagaan PPK setelah menerima lapuran kewangan dari pihak            PPK setiap bulan.

v. Menyediakan Laporan berkaitan prestasi Perniagaan PPK dalam masa 1 minggu (7 hari).

vi. Mencetak Buku Laporan Prestasi perniagaan dan mengedarkan dalam masa 1 minggu (7 hari).

vii. Memastikan mesyuarat berkaitan Perniagaan PPK dijalankan dengan lancar mengikut agenda yang        telah ditetapkan setiap bulan.

viii. Menganalisa harta tetap dan pinjaman luar dalam masa 1 minggu (7 hari).

1. Laporan penutupan akaun kewangan tahunan

 –  sebelum 15 Januari setiap tahun.

2. Teguran-teguran audit

– tidak melebihi 2 teguran setiap PPK.

3. Penghantaran laporan kewangan bulanan oleh PPK ke Ibu Pejabat

–  sebelum 7 hb setiap bulan.

4. Laporan prestasi kewangan PPK disiapkan.

– 15 hb. setiap bulan.

5. Laporan prestasi kewangan PPK kepada pendaftar

–  3 kali setahun

6. Pemantauan tatacara perakaunan dipatuhi oleh PPK

–   4 PPK sebulan.

7. Pemantauan buku wang tunai PPK

– 4 PPK sebulan

8. Pemantauan buku stok, daftar harta dan dokumen kewangan

–   4 PPK sebulan

9. Pemantauan pengurusan kredit dan simpanan ahli

–   4 PPK sebulan.

p

 

 

Accessibility
Close