pengurusanwilayah

LATAR BELAKANG

Bahagian Pengurusan Wilayah MADA diwujudkan selepas penyusunan semula struktur organisasi MADA yang berkuatkuasa pada 16 Mac 2007. Bahagian ini berperanan menyelaras semua urusan pengurusan dan pentadbiran bagi 4 Wilayah MADA dan 27 buah Lokaliti (Kompleks Geraktani). Bahagian ini jugabertanggungjawab dalam memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan berkaitan industry tanaman padi dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan asas projek bukan padi dan industry asas tani serta pembangunan institusi peladang.

Dalam maksud yang lain, Bahagian ini bertindak sebagai pelaksana setiap program yang telah diselaras dan disasarkan oleh setiap Bahagian di Ibu Pejabat dalam menjayakan visi dan misi MADA.

 

VISI

Menjadi agen pelaksana pembangunan industri padi serta menjadi penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang di peringkat Wilayah.

 

MISI

  • Melaksanakan program transformasi industry padi ketahap yang moden, cekap, mapan dan kompetitif di peringkat Wilayah.
  • Mengendalikan sistem pengurusan air yang efisien dan proaktif kepada peladang.
  • Berusaha memaksimakan pendapatan peladang melalui penggunaan teknologi yang bersesuaian, amalan pertanian tepat dan melalui pelbagai sumber yang lain.
  • Membangunkan institusi peladang sebagai entity yang berdaya maju.

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan purata hasil padi di seluruh Kawasan Muda kepada 7.0 metrik tan sehaktar.
  • Menambahkan kawasan baru Projek Estet Padi NKEA seluas 5,000 hektar setiap tahun.
  • Meningkatkan purata hasil padi di Projek Estet Padi NKEA kepada 7.1 metrik tan sehektar.
  • Meningkatkan tanaman padi serentak di setiap blok pengairan melalui kempen pematuhan jadual tanaman padi yang telah ditetapkan.
  • Mengurus air pengairan dan saliran yang lebih berkesan dengan pembentukan Kumpulan Pengguna Air (KPA) di setiap blok pengairan secara berperingkat-peringkat.
  • Meningkatkan pendapatan keluarga tani melalui aktiviti pelbagai ekonomi bukan padi dan industry asas tani.

 

FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

  • Mengurus, menyelia dan melaksanakan perkhidmatan pengembangan pertanian dan pengairan di peringkat lokaliti bagi menjamin penanaman padi dua kali setahun.
  • Mengendalikan sistem pengairan dan saliran bagi menjayakan penanaman padi dua kali setahun.
  • Melaksana semua aktiviti operasi dan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran.
  • Melaksanakan program memodenkan sistem perladangan dan peningkatan hasil padi.
  • Melaksanakan projek pelbagai aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan peladang dan pembangunan usahawan.
  • Membangun dan memajukan institusi peladang.
  • Memajukan ekonomi dan social masyarakat peladang.
  • Mengurus dan membangunkan sumber manusia.
  • Mengurus urusan pentadbiran am dan kewangan Wilayah

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan bekalan air yang mencukupi serta pengagihan yang saksama mengikut jadual tanaman padi.
  • Memastikan masalah kecemasan berkaitan dengan pengairan / saliran diambil tindakan segera.
  • Memastikan setiap permohonan / rayuan / aduan akan disiasat dan dimaklum balas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Memastikan segala infrastruktur pengairan / saliran sentiasa berfungsi dan sempurna.
  • Mewujudkan kumpulan peladang yang menanam padi secara komersial.
  • Memastikan peladang mendapat bekalan input pertanian pada masa yang diperlukan.
  • Memastikan usahawan tani mendapat bimbingan yang sesuai dengan teknologi terkini.
  • Memastikan program transformasi pertanian berkesan kepada golongan sasar.

 

PEMBANGUNAN MODAL INSAN :-

KURSUS PENGAWASAN DAN PERAMALAN ( P & R ) PEROSAK TANAMAN PADI DI KOMPLEKS LATIHAN MADA ALOR SERDANG UNTUK PEGAWAI BARISAN HADAPAN

modal

modal1

modal2

modal3

modal4

modal5

 

Accessibility
Close