pengairan

 

LATAR BELAKANG

Sejak pelaksanaan Projek Rancangan Muda dan penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada tahun 1970, Bahagian Kejuruteraan telah diwujudkan untuk member segala perkhidmatan kejuruteraan kepada MADA bagi melaksanakan pembangunan sosio ekonomi dalam Kawasan muda.

Bahagian Perkhidmatan Pengairan dan Saliran merupakan salah satu daripada sepuluh bahagian dalam MADA. Bahagian ini ditubuhkan pada 16 Mac 2007 sejajar dengan Penyusunan Semula Carta Organisasi MADA. Asal usul Bahagian ini adalah Cawangan Pengurusan Air di bawah Bahagian Kejuruteraan MADA sebelum penstrukturan semula organisasi.

Bahagian ini meliputi tiga (3) cawangan iaitu :-

  • Cawangan Pengurusan Air
  • Cawangan Hidrologi
  • Cawangan Khidmat Sokongan

 

alator      tando

Alator Pelubang                                         Tandop Pasang Surut Sungai Kedah, Ampang Jajar

Cawangan Pengurusan Air diwujudkan adalah bertujuan untuk pembekalan air pengairan untuk penanaman padi. Antara fungsi-fungsi cawangan ini adalah merancang dan menetapkan Jadual Penanaman Padi MADA serta mengurus dan mengagihkan sumber air secara cepat, tepat dan berkesan. Cawangan ini turut berfungsi sebagai pengendali bagi program perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 di Ibu Pejabat MADA, Wilayah dan 27 Lokaliti. Selain dari itu, cawangan ini mengurus dan menyalurkan air berlebihan dari kawasan tadahan sungai serta memantau dan menyampaikan maklumat banjir. Cawangan ini secara langsung memberi khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraan kepada perkhidmatan wilayah dan member ulasan teknikal bagi permohonan tanah kerajaan dan pembahagian lot tanah.

airmentah

Cawangan Hidrologi diwujudkan adalah bertujuan untuk pusat perolehan data hidrologi melalui rangkaian telemetri dan manual dengan memperolehi, mengumpul dan menggunakan data hidrologi untuk pengurusan air. Cawangan ini juga berfungsi untuk membangunkan sistem dan stesen perolehan data hidrologi. Berfungsi juga sebagai menyenggara sistem dan stesen perolehan data. Selain dari itu, cawangan ini merupakan berfungsi untuk membuat pemantauan kualiti air pengairan dengan merangkumi tugas pengambilan sampel-sampel air dan seterusnya membuat analisa ke atas kualiti air pengairan.

hidrologi

Cawangan khidmat Sokongan lebih bertindak sebgai pelaksana khidmat pentadbiran bagi Bahagian. Di mana cawangan ini berfungsi menguruskan pentadbiran am, pengurusan perjawatan bahagian. Cawangan ini juga menguruskan perihal kewangan Bahagian secara keseluruhan.

 

MISI

  • Mengekalkan kesinambungan penanaman padi dua kali setahun di Kawasan Muda.
  • Mengurus sumber air dengan cepat, tepat dan berkesan.
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur bagi membangunkan sumber-sumber air yang baru di Kawasan Muda.
  • Menjalankan kajian bagi mengenalpasti akan sumber-sumber air baru yang boleh digantikan di Kawasan Muda.
  • Mengendalikan dan menyenggara sistem pengairan dan saliran utama MADA ke tahap kesempurnaan fungsi.

 

Visi

  • Menjadi peneraju dalam pembangunan dan pengendali sistem pengurusan air bagi penanaman padi.

 

Fungsi Utama

  • Memberi segala perkhidmatan pengairan dan saliran air kepada MADA untuk melaksanakan penanaman padu dua (2) kali setahun dalam Kawasan Muda.
  • Merancang/mengkaji cadangan pembangunan sumber air untuk menambahkan bekalan air bagi memenuhi keperluan yang sentiasa meningkat di dalam kawasan Muda.
  • Mengagihkan air yang berlebihan (flood routing) di utara Negeri Kedah dan selatan Negeri Perlis.
  • Menyediakan khidmat nasihat pengairan dan saliran kepada Wilayah MADA, Agensi/ Jabatan Kerajaan dan Swasta.

 

Objektif

  • Mengguna empat (4) sumber air (hujan, aliran sungai, air saliran gunasemula, air empangan) mengikut keutamaan.
  • Memastikan takungan empangan melebihi 500,000 ekar kaki bagi memulakan musim pertama setiap tahun.
  • Membolehkan kepadatan tanaman padi tahunan Kawasan muda melebihi 196%.
  • Menjammin bekalan air mentah yang berterusan untuk kegunaan domestik dan industri di utara Negeri Kedah (termasuk Pulau Langkawi) dan Negeri Perlis.

 

PIAGAM PELANGGAN

Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan pengurusan pengairan dan hidrologi yang profesional dan berkualiti. Untuk itu kami akan :-

  • Menyediakan Jadual Penanaman Padi bagi musim pertama bulan Februari/ Mac dan musim kedua pada bulan Julai/ Ogos setiap tahun.
  • Mengendalikan Sistem Pengurusan Air MADA berpandukan sistem kualiti MS ISO 9001:2000
  • Memastikan bekalan air mentah yang mencukupi dan berterusan untuk kegunaan domestic dan industry di utara Negeri Kedah (termasuk Pulau Langkawi) dan Negeri Perlis
  • Memantau dan melaporkan kemajuan aktiviti penanaman padi di kawasan Muda setiap minggu.
  • Menyediakan ulasan teknikal terhadap permohonan tanah kerajaan/surat rayuan dalam masa dua (2) minggu.
  • Memastikan sistem telemetri dan komunikasi radio MADA bagi perolehan data berada pada kadar waktu 98% berfungsi.
  • Mengurus bayaran pesanan kerja penyenggaraan dan pembangunan dihantar untuk pembayaran dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas penerimaan penyata tuntutan.
  • Memastikan data-data taburan hujan, paras air dan takungan empangan dikemukakan sebelum jam 0900 untuk kegunaan Bahagian setiap hari termasuk cuti minggu.
  • Mengambil contoh-contoh air di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan pada setiap hari Selasa dan dihantar untuk analisa pada hari Rabu.
  • Menjalankan operasi pengujian kualiti air bagi Program Pemulihan Kualiti Air Sungai Kedah pada tempoh pengoperasian kemasukan air masin dua (2) kali setahun mengikut jadual.
  • Menyediakan Pesanan Kerajaan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan.
  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan kewangan dan memastikan bahawa setiap bil tuntutan dijelaskan dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan.
  • Memastikan semua urusan surat menyurat direkod/ dihantar melalui GOE dalam tempoh satu (1) hari.

 

1. CAWANGAN PENGURUSAN AIR

tandop-psng

infrastruktur

infrastruktur1

airmentah

pengairanpadi

pam

radiofon

banjir

sungai

2. CAWANGAN HIDROLOGI

telemetri

telemetri1

stesen-hujan

stesen-parasair

pembukaanpintu

webpage

mesin

Accessibility
Close