PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI PADI

Negeri Kedah dan Perlis adalah terkenal dengan kawasan tanaman padi sehinggakan digelar jelapang padi negara. Kawasan yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ini adalah seluas 130,282 hektar dimana 100,685 hektar adalah kawasan pasel padi. Keluasan pasel padi ini merangkumi dua(2) buah negeri iaitu Negeri Kedah (82,968 hektar) dan Negeri Perlis (17,717 hektar). Keluasan pasel tanaman padi Kawasan Muda mewakili 35.13% daripada keluasan pasel padi negara. Kedudukan terperinci keluasan Kawasan Muda berbanding keluasan lain-lain jelapang di Malaysia adalah seperti berikut :-

Keluasan tanaman padi di Kawasan Muda adalah yang terbesar di Malaysia maka, bagi memastikan perjalanan pengurusan dan pentadbiran MADA berjalan dengan lancar, MADA dibahagikan kepada empat (4) wilayah iaitu, Wilayah I (Perlis), Wilayah II (Jitra), Wilayah III (Pendang) dan Wilayah IV (Kota Sarang Semut). Maklumat terperinci keluasan kawasan MADA adalah seperti berikut :-


Dalam usaha memastikan pengeluaran hasil padi di Kawasan Muda dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. MADA sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan aktiviti tanaman padi melalui program-program Pembangunan Industri Padi. Program ini dilaksanakan saban tahun dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam aktiviti tanaman padi seperti pengurusan, teknologi, pembangunan infrastruktur, agronomi dan program sokongan yang lain. Maklumat terperinci Program Pembangunan Industri Padi yang dilaksanakan sepanjang tahun 2016 adalah seperti berikut :-

A. PENGURUSAN TANAMAN PADI
i. Tanaman Padi Di Kawasan MUDA
a. Aktiviti Penanaman Padi Bagi Keseluruhan Kawasan Muda
Setiap Wilayah MADA dipertanggungjawabkan untuk merancang, menyelaras, membantu dan memantau setiap pelaksanaan yang dijalankan di lokaliti-lokaliti. Selain itu, lokaliti-lokaliti ini turut membantu memberi khidmat nasihat, tunjuk ajar dan bantuan kepada peladang-peladang. Ini adalah antara cara bagi mencapai misi yang telah disasarkan iaitu memaksimumkan pendapatan peladang. Maklumat terperinci keluasan bertanam bagi setiap lokaliti dalam Kawasan Muda adalah seperti berikut :-


b. Prestasi Dan Pencapaian Aktiviti Tanaman Padi Bagi Keseluruhan Kawasan Muda
Prestasi dan pencapaian aktiviti penanaman padi dalam Kawasan Muda dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya sumber air yang mencukupi, pembekalan input yang cukup, sistem pengairan dan saliran yang baik dan penanaman padi yang menepati masa. Selain itu, ia turut dibantu oleh aktiviti pengembangan yang berkesan oleh pegawai-pegawai MADA. Pada setiap musim pihak MADA memantau prestasi aktiviti tanaman padi dan ini adalah salah satu cara bagi memastikan pencapaian kapasiti tanaman padi dalam Kawasan Muda berada pada tahap yang tertinggi. Prestasi dan pencapaian diukur berdasarkan indikator berikut :-

1. Kepadatan Dan Keluasan Tanaman Padi Bagi Keseluruhan Kawasan Muda
Bagi Tahun 2016 kepadatan yang dicapai ialah 201,239 hektar (199.9%) bagi dua musim tanaman. Keluasan tanaman padi pada Musim 2/2015 ialah seluas 100,636 hektar dan keluasan tanaman padi Musim 1/2016 adalah seluas 100,603 hektar. Pada tahun 2016 masih terdapat 131 hektar kawasan yang tidak ditanam padi. Maklumat kepadatan tanaman Tahun 2016 adalah seperti berikut :-


2. Purata Hasil Kasar Dan Pengeluaran Padi Bagi Keseluruhan Kawasan Muda
Prestasi purata hasil kasar pada Tahun 2016 berbanding Tahun 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 478 kg (7.7%). Pada tahun 2016 purata hasil yang dicatatkan ialah 6.194 tan/hektar manakala pada Tahun 2015 purata hasil yang dicatatkan 5.725 tan/hektar. Maklumat terperinci adalah seperti berikut :-


Tren hasil Musim Utama 2/2015 dan Luar Musim 1/2016 bagi tahun 2016 didapati lebih stabil berbanding Musim Utama 2/2014 dan Luar Musim 1/2015 bagi tahun 2015. Bagi Tahun 2016 capaian hasil bagi Musim Utama dan Luar Musim adalah hampir seimbang, ini membantu menyumbang kepada peningkatan produktiviti padi negara.


Statistik hasil menunjukkan hasil pada tahun 2016 adalah yang tertinggi berbanding tahuntahun sebelumnya. Perbezaan pengeluaran padi bagi tahun 2016 dan 2015 adalah sebanyak 125,557 tan.

Bagi Tahun 2015 capaian hasil bagi Musim Utama dan Luar Musim adalah tidak seimbang, ini disebabkan pada Musim 2/2014 berlaku serangan karah dan bencana (banjir dan rebah).

3. Pendapatan Peladang Tahun 2016
Pendapatan tahunan bagi peladang MADA dibuat berdasarkan maklumat Penyiasatan Pengeluaran Padi Musim Utama setiap tahun. Musim Utama dipilih sebagai asas bagi mengira pendapatan tahunan bagi Kawasan Muda kerana ia adalah “standard” yang telah ditetapkan oleh Urusetia Peringkat Kebangsaan supaya selaras dengan lain-lain jelapang di Malaysia. Beberapa andaian telah dibuat bagi memastikan anggaran pendapatan peladang dalam Kawasan Muda tahun 2016 bersesuaian dan menggambarkan realiti sebenar punca pendapatan peladang MADA.

Sebagai kawasan jelapang padi utama Malaysia, pendapatan peladang MADA telah dipecahkan kepada kategori utama iaitu :
– Pendapatan daripada pertanian (Padi dan Pertanian Bukan Padi)
Pendapatan daripada pertanian pada tahun 2016 didapati meningkat iaitu dari RM28,006 kepada RM28,882.00. Peningkatan sebanyak RM 876.00 (3.13%).
– Pendapatan Bukan Pertanian Pendapatan Bukan Pertanian pada musim ini didapati sama bagi kedua-dua tahun iaitu RM1,710.00 pada tahun 2015 kepada RM 1,437.00 pada tahun 2016. Penurunan adalah sebanyak RM273.00 (-16.0%).

Pendapatan keseluruhan pada tahun ini berbanding tahun 2016 meningkat iaitu dari RM 29,443.00 kepada RM 30,319.00. Peningkatan yang berlaku adalah sebanyak RM876.00. Maklumat pendapatan adalah seperti berikut :-


ii. Program NKEA EPP 10 – Pengukuhan Produktiviti Tanaman Padi di Kawasan Muda
a. Latar Belakang Program NKEA EPP 10
Pelaksanaan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 mula dilaksanakan pada tahun 2011 di Kawasan Muda di bawah Program Transformasi Kerajaan bagi menangani tiga (3) isu utama iaitu kepadatan infrastruktur yang rendah, saiz ladang tidak ekonomik dan peladang yang berusia dalam meningkatkan pencapaian hasil padi.


Oleh yang demikian Entry Point Project 10 (EPP 10) : Pengukuhan Produktiviti Tanaman Padi Di Kawasan Muda merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan peladang-peladang di Kawasan Muda. Tindakan yang akan dilaksanakan di bawah EPP 10 adalah :
– Menggalakkan penanaman padi berskala komersial dengan mewujudkan kontrak pengurusan sawah yang standard dan insentif kewangan bagi membolehkan pengusaha sawah menyumberluarkan pengurusan sawah mereka.
– Meningkatkan kepadatan infrastruktur ladang ke tahap minima 30 meter/hektar.
– Meningkatkan penglibatan peladang dalam keseluruhan rantaian nilai padi.

Melalui penglibatan peladang di bawah program NKEA EPP 10 ini, para peladang akan mendapat manfaat melalui peningkatan hasil dan seterusnya menambah pendapatan dimana hasil bersih diperoleh sepenuhnya oleh peladang dengan kos yang optimum, bayaran insentif dalam tempoh yang dipersetujui, insentif lain seperti dividen daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan bayaran upah kepada peladang-peladang yang mendaftar untuk bekerja di bawah PPK yang mengusahakan ladang.

b. Pencapaian Tahun 2016
3. Pelaksanaan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Bagi Tahun 2016

Pelaksanaan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 telah bermula pada Musim 2/2011. Sehingga tahun 2016, keluasan projek telah mencapai 30,623.179 hektar (Carta 7) berbanding sasaran kumulatif iaitu 30,000 hektar (102%) yang melibatkan penglibatan seramai 16,595 orang peladang di 551 projek. Prestasi keluasan dan bilangan peladang yang bersetuju menyertai Projek Estet Padi NKEA EPP 10 bagi tahun 2016 adalah seluas 5,296.660 hektar dengan penglibatan seramai 2,383 orang peladang.


Prestasi keluasan dan bilangan peladang bagi Kumpulan A, B, C, D, E dan F yang telah menyertai Projek Estet Padi NKEA EPP 10 mengikut Wilayah bagi tahun 2011 sehingga 2016 adalah seperti berikut:-


Purata hasil Projek Estet Padi NKEA EPP 10 bagi tahun 2016 adalah 6.315 tan/hektar iaitu dengan mengambilkira pencapaian purata hasil bagi Musim 2/2015 iaitu 6.305 tan/hektar dan Musim 1/2016 iaitu 6.325 tan/hektar. Pencapaian purata hasil tahun 2016 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.628 tan berbanding tahun 2015. Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan hasil di projek adalah disebabkan pengurangan serangan perosak dan penyakit serta pengurusan tanaman padi yang baik di kawasan projek. Selain itu program pengembangan yang dijalankan melibatkan kempen peningkatan hasil padi kepada badan pengurusan projek turut membantu menambahbaik pengurusan projek di bawah seliaan PPK.

Prestasi purata hasil Projek Estet Padi NKEA EPP 10 mengikut Wilayah bagi tahun 2012 sehingga 2016 adalah seperti berikut :-


Bagi menyokong ke arah pelaksanaan Program NKEA EPP 10 maka pihak Kerajaan telah menyalurkan peruntukan di bawah Komponen Insentif Kerajaan dan Komponen Modal Operasi Ladang. Peruntukan insentif diberikan kepada peladang yang telah bersetuju menyertai dan menyerahkan hak pengurusan sawah kepada PPK yang bertindak sebagai operator yang mengendalikan projek. Manakala peruntukan modal operasi ladang pula diperuntukkan sebagai dana tambahan kepada PPK yang berperanan sebagai operator yang mengendalikan pengurusan persawahan projek.

Jumlah keseluruhan peruntukan insentif yang telah disalurkan bagi tempoh 2011 hingga 2016 pada kadar RM2,000.00 sehektar bagi tempoh 5 musim atau RM1,000.00 sehektar bagi tempoh 10 musim adalah sebanyak RM219,446,883.00. Peruntukan insentif penyertaan projek yang telah disalurkan kepada peladang pada tahun 2016 adalah sebanyak RM36,888,132.00 juta iaitu dengan kadar RM2,000 sehektar untuk tempoh 5 musim atau RM1,000 sehektar untuk tempoh 10 musim. Penyaluran insentif ini adalah kepada peserta bagi Kumpulan D, E dan F sahaja. Bagi peserta projek Kumpulan F penyaluran insentif telah disalurkan kepada peserta yang terlibat pada satu kadar sahaja iaitu RM1,000.00 sehektar bagi tempoh 10 musim.

Jadual di bawah menunjukkan nilai insentif yang telah diagihkan mengikut tahun bermula dari 2011 sehingga tahun 2016.


Manakala peruntukan modal operasi ladang sebanyak RM52,412,136.40 telah diperuntukkan bermula tahun 2011 hingga 2016 kepada PPK bagi membantu melancarkan pelaksanaan operasi persawahan dan pengurusan Projek Estet Padi NKEA EPP 10. Jadual di bawah menunjukkan nilai modal operasi ladang yang telah diperuntukkan mengikut tahun bermula dari 2011 sehingga tahun 2016.

Accessibility
Close