PROGRAM PEMBANGUNAN INSTITUSI PELADANG

1. Prestasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) merupakan sebuah entiti yang memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli pertubuhan yang berdaftar dan peladang-peladang setempat. Terdapat 10 perkhidmatan utama yang diberikan oleh PPK dan ianya seperti jadual berikut :


Sehinga tahun 2016, bilangan keanggotaan 27 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA adalah seramai 50,441 orang berbanding 49,761 (tahun 2015). Peningkatan bilangan keanggotaan ini menunjukkan keyakinan keluarga tani di Kawasan Muda terhadap pengurusan PPK dalam menjaga kebajikan anggotanya. Perbandingan bilangan anggota PPK MADA bermula pada tahun 2013 hingga 2016 seperti carta yang tertera :


Pada tahun 2016, nilai modal saham yang direkodkan bagi keseluruhan 27 PPK MADA adalah berjumlah RM16,863,510 (belum beraudit). Jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, nilai saham ini telah meningkat 4.95% iaitu peningkatan sebanyak RM 795,639. Perbandingan modal saham PPK MADA bermula tahun 2013 hingga 2016 adalah seperti berikut:


Keuntungan bersih (belum beraudit) yang dicatatkan oleh keseluruhan 27 PPK MADA pada tahun 2016 adalah sebanyak RM8,543,478. Keuntungan ini diperolehi hasil daripada perniagaan yang diusahakan oleh PPK seperti kerja-kerja kontrak, perusahaan stesen minyak, pembekalan benih dan semaian, Projek Estet Padi, pengangkutan, jualan barang bekalan ladang, kejenteraan ladang dan mekanisasi, sewaan dan lain-lain. Perbandingan keuntungan bersih PPK MADA bermula tahun 2013 hingga 2016 adalah seperti berikut :


2. Program dan Aktiviti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA
Pada tahun 2016, terdapat 2 program utama yang dilaksanakan oleh PPK MADA dan ianya adalah seperti berikut:

I. Pemilihan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Penggal 2016 – 2019 Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Menggunakan Sistem e- Undi

Setiap Pertubuhan peladang (PP) diterajui oleh barisan Ahli Jemaah pengarah (AJP) yang dipilih melalui undian di dalam Mesyuarat Agung. Sistem e-Undi ialah sistem pembuangan dan pengiraan undi yang menggunakan aplikasi komputer sebagai alternatif kepada sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballot paper). Pembangunan rekabentuk sistem yang mudah dan mesra pengguna, memberi banyak kemudahan kepada pengundi. Ianya dibina sedemikian rupa setelah mengambil kira faktor usia, kesihatan dan tahap kecekapan pengguna.

Lantaran itu, PPK MADA mengambil inisiatif buat julung kalinya pada tahun 2016 mengadakan pemilihan AJP dalam Mesyuarat Agung PPK menggunakan sistem e-Undi. Bermula dengan pemilihan AJP oleh PPK H-II, Kepala Batas sehinggalah 26 PPK MADA yang lain Kedah dan Perlis turut mennggunakan teknologi ini dalam pemilihan AJP PPK masing-masing.

Dengan menggunakan sistem e-Undi, proses pengundian dilihat berjalan dengan lebih lancar dan cepat berbanding dengan menggunakan kertas undi serta masalah undi rosak juga tidak berlaku. Keputusan sesuatu undian dapat dikeluarkan dengan segera kerana ianya adalah satu sistem undian masa nyata ‘realtime’.

Sistem ini merupakan alternatif baru bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini dan berupaya menjimatkan masa sekaligus meminimumkan kos di masa hadapan.

II. Kursus Kepimpinan dan Motivasi GO EXTRA MILES Kepada Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Peladang Muda PPK MADA
Kursus Kepimpinan dan Motivasi GO Extra Miles ini merupakan kursus yang telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melalui Bahagian Pengurusan Institusi Peladang (BPIP) buat julung kalinya pada tahun 2016 kepada Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda yang baru dilantik bagi penggal 2016 – 2019. Penganjuran kursus ini adalah satu langkah inisiatif pihak MADA untuk memperkemaskan pemimpinpemimpin peladang muda dengan lebih mantap dan mampan sejajar dengan kehendak kerajaan bagi melahirkan pemimpin peladang yang berjiwa besar dan mempunyai pengetahuan dinamik kelas pertama.

Seramai 54 orang peserta yang mengikuti kursus ini yang keseluruhannya berumur 40 tahun ke bawah. Program kursus selama 3 hari 2 malam yang diadakan di Institut Kemajuan Pekebun Kecil, Padang Rengas Perak juga merupakan satu Program Engagement dengan golongan sasar yang menjadi KPI Pengurus Besar MADA untuk melahirkan AJP Peladang Muda yang berpengetahuan luas dan mempunyai idea-idea global kepada pembangunan PPK yang lebih cemerlang dan terbilang. Objektif pelaksanaan kursus ini ialah seperti berikut :

– Melahirkan AJP muda yang berpengetahuan luas dan memiliki peribadi yang bersepadu dari segi Rohaniah, Akhliah dan Jasmaniah. Kombinasi factor tersebut penting bagi sesebuah komuniti masyarakat memandangkan AJP Peladang Muda merupakan penggerak kepada anjakan paradigma, sosial dan ekonomi PPK.
– Menyuntik semangat untuk melahirkan kepimpinan dan motivasi kepada AJP Peladang Muda dalam pengurusan organisasi bagi mentransformasikan PPK masing-masing ke arah sebuah organisasi yang mantap.
– Mendedahkan AJP Peladang Muda dengan perkongsian kisah-kisah kejayaan sesebuah organisasi yang mempunyai kesepakatanserta kesepaduan idea dan pandangan dalam membuat keputusan dengan penuh kepercayaan bersama.

Accessibility
Close