latar

Pada tanggal 27 Mac 1982 bersamaan 2 Jamadil Akhir, telah berlangsungnya perletakkan batu asas Kompleks Ibu Pejabat MADA yang di sempurnakan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohammad.

Perletakkan batu asas ini telah menjadi lambang pengorbanan dan sumbangan para petani negeri Kedah Darulaman kepada keperluan beras negara. Ia juga menjadi lambang kemegahan hasil usaha gigh serta kerjasama erat antara masyarakat tani dengan seluruh petugas MADA bagi menjayakan tanaman dua kali setahun sejak lebih 46 tahun yang lalu.

LOGO
logoLambang ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah MADA pada 17 Ogos 1972. Biru ialah warna air (pengairan). Bukit-bukit dan empangan menunjukkan sumbernya. Kebiruan itu melambangkan permulaan kegiatan pembangunan. Kuning ialah warna padi masak. Kekuningan itu melambangkan matlamat akhir pembangunan. Cantuman kedua-dua warna biru dan kuning melambangkan percantuman Bahagian Taliair dan Bahagian Pertanian menjadi sebuah Lembaga untuk mencapai matlamat pembangunan sosial dan ekonomi di dalam Kawasan Muda. Jentera menunjukkan usaha petani yang perlu dimodenkan untuk mencapai matlamat tersebut. Lingkaran buah padi di kiri kanan perkataan MADA melambangkan tanggungjawab utama Lembaga dalam pembangunan pertanian bagi mencapai pengeluaran makanan yang bertambah untuk keperluan Negara.

PENUBUHAN
Tun Hj. Abdul Razak Husin selaku imej1Pemangku Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan Balai Besar, Alor Setar Kedah.

Turut hadir menyaksikan perasmian ini di antara lainnya adalah Y.A.B Dato’ Syed Ahmad Syahabuddin Al-Haj (Menteri Besar Kedah), Y.A.B Datuk Syeikh Ahmad B. Hashim (Menteri Besar Perlis), Y.B. Encik Ghazali B. Hj Rawi (Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama) serta Y.B. Tan Sri Abdul Kadir B. Yusoff (Peguam Negara). Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, tahun 1972.

KUASA-KUASA LEMBAGA
imej2Mengikut Seksyen 4(1) Akta 70, Lembaga diberi kuasa :-

i. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi        dan social dalam Kawasan Muda.

ii. Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Mada apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang telah diperuntukkan padanya oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Dalam ucapan pembukaan mesyuarat sulung Lembaga Pengarah di Telok Chengai, Alor Setar pada 8 Julai 1970, Yang Berhormat Tuan Syed Nahar Shahabuddin sebagai Pengerusi MADA yang pertama menyatakan harapan dengan tertubuhnya MADA, dapatlah diadakan satu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar yang bukan sahaja akan menggunakan pengetahuan-pengetahuan pakar mereka, bahkan juga pengetahuan tempatan agar dapat diarahkan satu dasar yang “flexible” untuk menjayakan Rancangan Pengairan Muda.

TUJUAN DITUBUHKAN
imej3 MADA ditubuhkan untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Pertama dengan kos sebanyak RM238 juta. MADA juga diberi tanggungjawab merancang dan melaksana program-program pembangunan pertanian dan program-program peningkatan taraf hidup untuk 63,000 keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.

Memetik ucapan perasmian oleh Allahyrham Tun Abdul Razak katanya, “Oleh sebab kawasan Rancangan Pengairan Muda ini luas maka mustahak ianya dijagai dan ditadbir dengan sempurna dan kehendak peladang-peladang di dengari. Saya dapati pekerjaan ini, tidak akan dapat dijalankan dengan licin jikalau pentadbiran kawasan ini dikelolakan di Kuala Lumpur melalui Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama. Jadi amat mustahaklah kuasa-kuasa pentadbiran kawasan ini diberikan kepada satu badan yang bertanggungjawab yang mempunyai Ibu Pejabatnya di Alor Setar. Dengan itu, saya telah memutuskan iaitu mustahak ditubuhkan satu perbadanan atau “Authority” yang mempunyai seorang Pengerusi daripada Negeri Kedah”.

PENGLIBATAN PELADANG
imej4Pergerakkan Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan Peladang memainkan peranan yang mustahak ke arah pencapaian matlamat Rancangan Pengairan Muda. Dalam menunaikan tugas dan tanggunjawab, MADA sentiasa melibatkan pemimpin-pemimpin peladang mengikut masa dan keadaan. Persatuan Peladang yang pertama ditubuhkan di dalam Kawasan Muda adalah Persatuan Peladang Kubang Sepat. Ianya ditubuhkan pada 27 Julai 1968 di bawah Akta Persatuan Peladang Tahun 1967.

Pada tahun itu hanya hanya 215 orang yang menjadi ahli. Sekarang terdapat 27 buah Persatuan/Pertubuhan Peladang di dalam Kawasan Muda dengan jumlah ahli seramai 26,976 orang dan modal saham sebanyak RM2.96 juta. Pergerakkan Persatuan Peladang ini telah menjadi bertambah kukuh dan lebih berkesan dengan penubuhan Majlis perunding dan Jawatankuasa Penyelaras Persatuan Peladang MADA serta Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd. pada pertengahan tahun 1970 an.

STRUKTUR ORGANISASI MADA
imej5

Bagi mencapai cita-cita penubuhan seperti yang terkandung dalam ucapan perasmian oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, struktur organisasi MADA telah disusun menggabungkan peranan beberapa jabatan yang penting yang berkaitan secara langsung dengan perlaksanaan Rancangan Pengairan Muda. Jabatan Parit dan Taliair serta Jabatan Pertanian di dalam Kawasan Muda masing-masing diserap menjadi Bahagian Kejuruteraan MADA dan Bahagian Pertanian MADA.

Melalui percantuman ini perkhidmatan-perkhidmatan kejuruteraan, pertanian dan pergerakkan Persatuan Peladang telah dapat diselaraskan di bawah satu organisasi yang kukuh seperti mana yang telah ditegaskan oleh Pengurus Besar MADA yang pertama, Encik Mohd Tamin B. Yeop dalam taklimat pembukaan kepada mesyuarat sulung Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA di Telok Chengai, Alor Setar pada 8 Julai 1970.

KOMPLEKS IBU PEJABAT YANG TELAH DIBINA
Satu kawasan seluas 43 ekar di Ampang Jajar Pasang Surut, Lencong Barat, Alor Setar kini telah berdiri dengan kukuh dan megah serta ianya diberi nama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. Ia dijadikan kawasan kompleks Ibu Pejabat MADA seperti yng ditunjukkan dalam Pelan Tataletak.

IBU PEJABAT
ibupejabatSerentak dengan pertukaran Pejabat Pegawai Penyama Projek kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda pada 30 Jun 1970, bangunan sementara Pejabat Pegawai Penyama Projek di Telok Chengai yang diperbuat daripada kayu itu telah menjadi Ibu Pejabat MADA. Ia menempatkan Pejabat Pengurus Besar, Pejabat Pentadbiran dan Pejabat Ketua Bahagian Pertanian.

Pejabat-pejabat tersebut (kecuali Pejabat Ketua Bahagian Pertanian yang telah berpindah ke satu bangunan sementara yang lain di Ampang Jajar) masih lagi menggunakan bangunan sementara yang lama itu sehingga ke hari ini setelah 46 tahun MADA ditubuhkan. Pejabat Ketua Bahagian Kejuruteraan MADA telah menumpang dan seterusnya mengambil alih bangunan sementara peninggalan Pejabat Pengarah Projek Rancangan Pengairan Muda di Jalan Langgar. Kedudukkan pejabat-pejabat Bahagian terpenting yang berjauhan dan kesesakkan ruang pejabat yang dihadapi itu telah menimbulkan kesukaran dari segi melaksanakan program-program pembangunan dan juga operasi.

PERKEMBANGAN
Sebelum 30 Jun 1970, Rancangan Pengairan Muda diletakkan di bawah Pejabat Pegawai Penyama Projek yang dikendalikan daripada Kuala Lumpur. Perlaksanaan kerja-kerja pembinaan prasarana fizikal dan projek-projek perintis menjadi tanggungjawab Jabatan Parit dan Taliair. Jabatan Pertanian dengan menggunakan daya utamanya sendiri telah menjalankan aktiviti-aktiviti pengembangan dan intensif menyediakan peladang-peladang untuk memasuki satu era baru dalam perusahaan tanaman padi dua kali setahun. Jabatan Pertanian juga telah merintis jalan ke arah penubuhan pergerakkan Persatuan Peladang.

imej6

Tanggal 30 Jun 1970 adalah merupakan lambang titik perubahan yang besar dalam sejarah Rancangan Pengairan Muda. Pada hari itu Pejabat Pegawai Penyama Projek dengan rasminya ditukar menjadi sebuah pihak berkuasa menurut undang-undang yang sekarang dikenali sebagai MADA.

Seawal penubuhan, MADA hanya mempunyai 7 orang kakitangan asas terdiri daripada seorang Pengurus Besar, seorang Pentadbir, seorang Jurutera, seorang Ahli Ekonomi, seorang Pegawai Kerani, seorang Pelayan Pejabat, dan seorang Pekerja Buruh. Pergantungan kepada kedua-dua Jabatan Pertanian serta Jabatan Parit dan Taliair terpaksa diteruskan sementara proses pinjaman dan proses pengambilan kakitangan baru sahaja dilakukan. Sekarang bilangan kakitangan MADA dalam semua kumpulan dan lapisan telah banyak bertambah, berjumlah lebih daripada 1850 orang. Tugas dan tanggungjawab juga telah berkembang luas untuk memenuhi matlamat meninggikan taraf hidup masyarakat peladang di dalam Kawasan Muda dan melebihkan pengeluaran makanan untuk keperluan Negara.

Accessibility
Close