mada-logo

 

Secara keseluruhanya kesan grafik yang jelas adalah pemaparan huruf “M” yang dihubung terus kepada MADA.
Huruf “M” itu  dibentuk oleh dua butir buah padi yang menggambarkan kegiatan utama MADA di dalam perusahaan penanaman padi.
Huruf “M” juga mempunyai rekabentuk yang menjulang menggambarkan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan dalam serba bidang. Huruf berkenaan mempunyai dua kemuncak yang melambangkan dua matlamat utama MADA, iaitu untuk memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan negara.
Warna-warna kuning, hijau dan biru adalah gabungan warna- warna Negeri Kedah dan Negeri Perlis.
Warna-warna tersebut juga mewakili :
  • Kuning: Melambangkan Kemakmuran.
  • Hijau: Melambangkan Pertanian.
  • Biru: Melambangkan Pengurusan Pengairan.

 

 

 

 

Accessibility
Close