pengerusi

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, dapat saya menyampaikan sedikit tinta kata di Laman Web MADA bagi tahun 2017 ini.

Dikesempatan ini, elok sekiranya saya mulakan tinta kata ini dengan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh kakitangan MADA di atas usaha gigih kalian di dalam menjalankan ibadah kerja dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab demi memastikan peningkatan taraf hidup peladang-peladang serta peningkatan hasil padi berada di tahap yang cemerlang di sepanjang tahun 2016 yang telah pun berlalu.

Kini kita telah pun memasuki tahun 2017. Dan saya menjangkakan tahun ini adalah merupakan 365 hari yang penuh mencabar. Memetik satu ucapan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di mana beliau telah menggariskan perkara yang perlu ditumpukan oleh penjawat awam bagi memastikan kelestarian serta kelangsungan pentadbiran kerajaan yang lebih berkesan dan memelihara kesejahteraan dan keselamatan rakyat; antara perkara tersebut adalah berfikir secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan.

Apa yang dimaksudkan dengan melaksanakan tugas secara kreatif dan inovatif itu adalah kita perlu menggunakan segala potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan sekali-kali tidak mengambil jalan mudah. Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga MADA supaya bersedia menambah serta mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme, agar kita sentiasa bersiap siaga sepenuhnya demi menempuh segala cabaran di dalam tugas dan tanggungjawab kita sebagai anggota-anggota MADA.

Saya amat berharap, segala kejayaan yang telah dikecapi pada tahun-tahun sebelum ini akan dapat dipertingkatkan lagi kesatu tahap yang lebih cemerlang dan mampu dibanggakan oleh semua warga MADA.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA, Pengurus Besar & Kumpulan Pengurusan, Pegawai-pegawai serta Kakitangan MADA yang telah memberikan komitmen yang positif di dalam menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan di dalam Kawasan Muda.

Setinggi-setinggi perhargaan juga dititipkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Agensi-agensi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perlis dan semua rakan-rakan MADA yang bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian dan industri asas tani di Kawasan Muda.

Sekian.

Yang Berhormat Dato’ Wira Othman Bin Haji Aziz,
Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Pengerusi MADA.

 

Accessibility
Close