Empangan

Sistem takungan empangan merangkumi tiga kolam takungan iaitu Kolam Takungan Muda, Pedu dan Ahning. Empangan Muda dan Pedu dibina dalam tahun 1969 di bawah Skim Rancangan Pengairan Muda bertujuan untuk memberi air pengairan ke Kawasan Muda seluas 96,000 ha. bagi membolehkan tanaman padi dua kali setahun dijalankan. Manakala Empangan Ahning dibina pada tahun 1989 oleh Jabatan Kerja Raya dengan tujuan utama untuk pembekalan air domestik dan industri.

Pada tahun 1991 Empangan Ahning telah diserahkan kepada MADA bagi menjalankan kerja-kerja operasi dan penyenggaraan disebabkan oleh air dari Empangan Pedu dan Ahning akan mengalir ke satu saluran sungai hantaran yang sama untuk sampai ke ‘Pelubang Bifurcation’ di mana air akan diagihkan ke Wilayah I dan II melalui Terusan Utara dan ke Wilayah III dan IV melalui Terusan Tengah dan Selatan.

Memandangkan Empangan Muda mempunyai kawasan tadahan yang luas (984 km2) dan takungan yang rendah (160 juta m3) maka air dari Empangan Muda dialirkan ke Empangan Pedu yang m empunyai takungan yang tinggi (1073 juta m3) melalui Terowong Siong sepanjang 6.8 km untuk takungan dan perlepasan. Air untuk tujuan pengairan ke Kawasan Muda dilepaskan melalui Empangan Pedu dan Ahning.

Pengendalian dan penyenggaraan Empangan Pedu, Muda dan Ahning adalah di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air.

Empangan Pedu

1

Data Teknikal Empangan Pedu

Maklumat Umum
 Empangan Simpanan 1073 x 106 m3
 Surutan Berguna 97.56 m to 67.07 m MSL
 Luas Takungan 52 sq. km
 Kawasan Tadahan 171 sq. km
Empangan
 Jenis Model Rockfill with upstream asphaltic concrete membrane
 Asas C ‘glomerate, kuarzit, syal
 Ketinggian Maksimum 61 meter
 Panjang Di Atas 220 meter
 Kelebaran Asas 213 metre
 Huluan Cerun 1 in 1.7
 Cerun Hilir 1 in 1.5
 Huraian Membran Asphaltic 10 cm tebal
Alur Limpah
 Reka Bentuk Bagi Banjir 280 m3 / sec at 100.15m MSL
 Huraian Limpahan tumpahan di Batang
 Panjang Rabung 38.1 meter
 Aras Rabung 97.56 m MSL
Penarik Balikan
 Reka Bentuk Penarik Balikan 141.6 m3 / sec
 Melalui Paip 2 x 2.6 m dia.
 Dikawal Oleh Pengatur cakera jet berongga dengan injap-injap pengawal kupu-kupu
Pembangunan
 Pengorekan 80,000 m3
 Isian Batu 700,000 m3
 Konkrit 20,000 m3
 Peneguhan 1,000 tons

Empangan Muda

2

Data Teknikal Empangan Muda

Maklumat Umum
 Takungan Simpanan 160 x 106 m3
 Surutan Berguna 100.6 m to 82.3 m MSL
 Luas Takungan 15.5 sq. km
 Kawasan Tadahan 984 sq. km
Dam
 Jenis Model Konkrit banir ambursen dengan alur limpahan
 Asas Kuarzit, batu lumpur
 Ketinggian Maksimum 37 meter
 Panjang Di Atas 250 meter
 Kelebaran Asas 55 meter
Huluan Cerun 1 in 1
 Cerun Hilir 1.9 : 1
 Huraian
28 buttresses @ 6.7 m pusat-pusat, 0.76 m to 1.07 m tebal, menghadapi kepingan 0.6 m to 1.52 m thick
Alur Limpah
 Reka Bentuk Bagi Banjir 2,000 m3 / sec at 105.18 m MSL
Huraian Spill-over dam
 Panjang Rabung 93 meter
 Aras Rabung 100.6 m MSL
Penarik Balikan
 Reka Bentuk Penarik Balikan 45.3 m3 / sec
 Melalui Paip 2 x 1.4 m dia.
 Dikawal Oleh Pengatur cakera jet berongga dengan injap-injap pengawal kupu-kupu
Pembangunan
 Pengorekan 30,000 m3
 Konkrit 46,000 m3
 Peneguhan 1,500 tons

Empangan Ahning

3

Data Teknikal Empangan Ahning

Maklumat Umum
 Simpanan Takungan 275 x 106 m3
 Surutan Berguna 113 m to 73 m MSL
 Luas Takungan 12 sq. km
 Kawasan Tadahan 122 sq. km
Empangan
 Jenis Model Isian batu dengan konkrit muka
 Asas
 Ketinggian Maksimum 74 meter
 Panjang Di Atas 270 meter
 Kelebaran Asas 188.5 meter
 Huluan Cerun 1 in 1.3
 Cerun Hilir 1 in 1.3
 Huraian
Huluan konkrit muka 300 mm thick
Alur Limpah
 Reka Bentuk Bagi Banjir 840 m3 / sec at 117 m MSL
 Huraian Rabung ogi ke dalam Kah Ing. Sungai
 Panjang Rabung 52 meter
 Aras Rabung 113 m MSL
Penarik Balikan
 Reka Bentuk Penarik Balikan 2 x 6 m3 / sec
 Melalui Paip 2 x 1.5 m dia.
 Dikawal Oleh Injap cakera kon dengan injap-injap pengawal kupu-kupu
Pembangunan
 Isian Batu 770,000 m3

Terowong Saiong – Intake & Outfall

5 4

Saiong Tunnel menghubungkan Empangan Muda and Empangan Pedu, untuk membenarkan air dikutip dari kawasan tadahan Muda untuk dipindahkan dan disimpan dalam Empangan Pedu. Ia merupakan sebuah terowong konkrit yang dilapisi seksyen “ladam” 4.48 m tinggi dan 4.42 m luas, lebih kurang 6.8 km panjang. Pintu kawalan diperuntukkan di kedua-dua “Intake and Outfall”,bahagian terakakhir terowong dan akses kepada terowong dapat dilalui menerusi kedua-dua pintu pagar.

Accessibility
Close