Guna Semula Air

Skim Pengairan Muda mempunyai sistem saliran yang sempurna dan sesuai untuk sistem saliran pertanian yang efisen. Sistem saliran ini berpotensi untuk dibangunkan melalui pengenalan kepada sistem pam guna semula air saliran untuk tujuan Pertanian.

2 1

 

 

 

 

 

Pengairan penting bagi hasil yang baik dalam bidang pertanian. MADA memenuhi keperluan ini dengan Skim Pengairan Muda.

Melalui penyiasatan dan perancangan yang rapi, pada tahun 1984 satu sistem penggunaan “electrical submersible pumps”, telah dilaksanakan di Kawasan Muda. Program ini membolehkan air saliran diguna semula untuk kawasan pengairan yang strategik. Sehingga kini keseluruhan kapasiti pam guna semula adalah 1661 kaki padu sesaat yang dibina di 62 stesen. Keseluruhan pam guna semula ini dapat menyumbangkan 17% daripada pelepasan air empangan tanpa memberi impak terhadap alam sekitar.

3

Accessibility
Close