Rangkaian Jalan Ladang

Rangkaian jalan ladang yang sempurna merupakan elemen penting bagi melengkapkan sistem pengairan dan saliran. Projek pembangunan jalan ladang perlu dilakukan secara berterusan bagi memudahkan penghantaraan input dan hasil ladang, lalulintas jentera ladang dan perhubungan antara desa dan bandar.

Pembinaan jalan ladang di sepanjang taliair dibina serentak dengan pembinaan taliair dan parit. Tanah korekan semasa pembinaan taliar dan parit digunakan untuk pembinaan jalan ladang tersebut.

Kawasan Muda mempunyai kira-kira 2000 km jalan ladang utama dan sekunder. Jalan Ladang di Kawasan Muda terdiri daripada tiga (3) jenis seperti berikut:

JALAN LADANG

2 3

  Jalan Ladang “Crusher Run”           Jalan Ladang Tanah Merah               Jalan Ladang Premix

Masih terdapat sebilangan besar rangkaian jalan ladang yang masih kurang sempurna. Bagi mengatasi masalah ini, MADA telah merancang dalam RMKe 9 untuk mengujudkan rangkaian jalan ladang yang sempurna, sentiasa berfungsi dan selamat digunakan walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk.

Accessibility
Close