Sistem Retikulasi

Bagi memudahkan para petani mendapatkan bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi dua kali setahun, pihak MADA telah melaksanakan satu sistem yang dinamakan Sistem Retikulasi. Melalui sistem ini, air takungan empangan akan dilepaskan dari Empangan Pedu dan disalur melalui Sungai Pedu/Sungai Padang Terap dan dari Empangan Ahning menyalur melalui Sungai Padang Sanai/ Sungai Padang Terap. Terdapat beberapa anak sungai yang mengalir di sepanjang Sungai Padang Terap dan Sungai Pedu. Antara yang terbesar ialah aliran dari Sungai Padang Sanai dan Sungai Naka.

Carta pengaliran air di bawah menunjukkan sistem retikulasi bagi keseluruhan sistem pengairan Kawasan Muda.Air dari Empangan Pedu mengambil masa secara purata 19 jam untuk sampai ke alator Pelubang di mana air ini akan dibahagikan kepada Terusan Utara dan Terusan Tengah. Jika terdapat kelebihan aliran anak sungai, air tersebut akan ditakung di ” headpond” di hulu Alator Pelubang. Air yang mengalir ke dalam terusan utama dikekalkan pada paras yang dikehendaki oleh 17 buah alator di tempat-tempat yang tertentu. Jumlah air yang mengalir ke hilir juga dapat dikawal oleh alator-alator ini. Sebagai contoh air dari Pelubang Utara akan disalirkan terus ke Alator Arau melalui Alator Jitra dan Alator Lana Bulu. Di antara Alator Pelubang (Utara) dan Alator Jitra, air akan dibahagikan kepada sistem retikulasi sekunder, iaitu di Jitra Offtake dan seterusnya air akan disalurkan ke control A (Telaga Batu) sehinggalah ke control C (Kubang Sepat)

1

Accessibility
Close