PERTUBUHAN PELADANG JAYA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012

 

image_gallery image_gallery-1
image_gallery-2 image_gallery-3
 image_gallery4

 

Nama : Pertubuhan Peladang Kawasan MADA F-IV Sungai Limau Dalam
Alamat : Pusat Khidmat Tani MADA F-IV, Sungai Limau Dalam, 06910 Yan, Kedah.
Pengerusi : Dato’ Haji Ismail Bin Arshad
Pengurus Besar : Puan Shahroni Binti Haji Othman @ Abdullah
Bilangan Ahli : 1,870 orang
Bilangan Unit Peladang : 19 Unit Peladang
Modal Saham : RM 563,117
Kredit Kepada Ahli : RM 522,094.23
Simpanan Ahli : RM 53,416
Pendaftaran : 18 Februari 1982

 

LATAR BELAKANG
  • Kawasan pengendalian PPK MADA F-IV Sungai Limau Dalam meliputi 3 buah Mukim iaitu Mukim Sala Besar, Mukim Dulang dan Mukim Sungai Daun dengan keluasan seluas 3,590.60 hektar dimana penggunaan tanahnya diliputi oleh kawasan tanaman padi sebanyak 97%, manakala selebihnya adalah tanaman lain sebanyak 3%.
  • Aktiviti utama bagi penduduk di kawasan pengendalian PPK adalah tanaman padi dan kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah pesawah.
  • PPK MADA F-IV Sungai Limau Dalam mempunyai seramai 1,870 orang ahli dimana peratusan sebanyak 95.4% merupakan ahli berbangsa Melayu, 4.4% adalah ahli berbangsa Cina dan 0.2% selebihnya adalah ahli bangsa lain. Purata modal saham bagi ahli di PPK ini pula adalah sebanyak RM 301.20 seorang.
  • PPK MADA F-IV Sungai Limau Dalam dipengerusikan oleh Dato’ Haji Ismail Bin Arshad. PPK ini ditadbir oleh barisan anggota pengurusan yang cekap di bawah kepimpinan Puan Shahroni Binti Haji Othman @ Abdullah. PPK ini turut melaksanakan mesyuaratmesyuarat utama seperti Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah, Mesyuarat Agung dan Pengurusan PPK serta lain-lain mesyuarat yang melibatkan Unit Peladang dan ahli.
  • PPK menjalankan kesemua 10 perkhidmatan kepada ahli peladang dan nilai perkhidmatan yang dicapai mencecah RM 6,323,431.
AKTIVITI EKONOMI
Pada tahun 2011, PPK telah melaksanakan 12 buah projek yang meliputi projek pertanian, bukan pertanian dan juga pertanian lain. Jumlah pendapatan PPK pada tahun 2011 adalah sebanyak RM 4,980,103 yang mana meliputi pendapatan gerakan dan bukan gerakan seperti berikut :
  • Kerja kontrak pertanian
    Projek ini merupakan projek utama PPK dengan pendapatan sebanyak RM 752,973 setahun. Bilangan pekerja yang terlibat ialah seramai 5 orang.
  • Estet padi
    Projek ini menyumbang pendapatan sebanyak RM 1,898,855 setahun. Projek ini melibatkan keluasan tanah seluas 261 hektar dengan pekerja seramai 20 orang.
  • Perkhidmatan pengangkutan
    PPK menjalankan perkhidmatan pengangkutan dengan pendapatan sebanyak RM 290,907 setahun.
  • Pengedaran baja
    Pekerja yang terlibat dalam projek pengedaran baja adalah seramai 12 orang. Pendapatan bagi projek ini adalah sebanyak RM 238,039 setahun.
  • Memproses jerami padi
    Sebanyak 1,410 bongkah dihasilkan setahun dengan pendapatan sebanyak RM 146,622. Pekerja yang terlibat adalah seramai 5 orang.
  • Ladang benih
    Seluas 16.7 hektar ladang benih diusahakan oleh PPK dengan pendapatan sebanyak RM 127,899 setahun yang melibatkan seramai 17 orang pekerja.
  • Ternakan lembu
    PPK mempunyai sebanyak 40 ekor lembu dengan pendapatan sebanyak RM 84,062 setahun.
  • Bekalan ladang/input pertanian dengan pendapatan sebanyak RM 83,255 setahun.
  • Jentera dan mekanisasi
    PPK menguruskan kerja-kerja kontrak pertanian melalui 13 buah jentera yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM 66,259 setahun.
  • Pengeluaran cuka
    Sebanyak 7,214 liter dihasilkan setahun bagi projek pengeluaran cuka dengan pendapatan sebanyak RM 43,288 setahun.
  • Sayur fertigasi dengan pendapatan sebanyak RM 7,566
  • Vermikompos dengan pendapatan sebanyak RM 4,863
  • Dan termasuk pendapatan bukan gerakan sebanyak RM 1,232,515
Sepanjang tahun 2011, PPK telah berjaya mewujudkan seramai 56 orang usahawan di kalangan ahli peladang dalam bidang tanaman, ternakan, akuakultur dan juga pemprosesan.
INOVASI DAN KREATIVITI
1. Peralatan Pemprosesan Cuka Nipah
  • Penukaran Daripada tong penapis biasa kepada sistem atau Ultrafiltration.
  • Sistem Ultrafiltration adalah sistem penapisan untuk menapis cuka nipah daripada keledak atau bendasing. Sistem ini juga dapat menjernihkan cuka nipah menggunakan filter dan mambran yang paling kecil iaitu 0.001 micron.
2. Peralatan Pemadam Kebakaran
  • Pengubahsuaian tangki minyak yang telah digunakan kepada tangki air sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kebakaran di gudang jerami atau lain-lain premis.
  • Pada asalnya tangki tersebut merupakan tangki minyak diesel yang tidak digunakan lagi. Pegawai telah mengubahsuai tangki ini untuk digunakan di gudang jerami dan lain-lain premis sebagai alat pemadam api.
3. Jentera Mengangkut Rumput Untuk Projek Lembu
  • Pengubahsuai jentera pembajak lama kepada jentera pengangkut rumput.
  • Pengubahsuaian yang dilakukan ialah enjin engkol kepada starter, penambahan bateri untuk menghidupkan enjin dan penambahan treler.
  • Pada asal ianya merupakan sebuah traktor dua roda yang telah rosak. Dengan inisiatif pegawai PPK telah membaiki dan mengubahsuai traktor 2 roda tersebut sebagai pengangkut rumput ternakan di ladang lembu PPK.
4. Traktor Trek
  • Pada asalnya merupakan traktor 4 roda yang telah diubahsuai dengan menggantikan tayar getah kepada besi (traks).
  • Pengubahsuaian terpaksa dilakukan disebabkan tayar getah tidak lagi sesuai di sesetengah tanah sawah akibat tanah yang jerlus. Dengan pengubahsuaian tersebut telah dapat mengatasi masalah pembajakan ditanah jerlus.
SUMBANGAN KEPADA AHLI
  • Sepanjang tahun 2011, sebanyak 1,870 orang ahli telah mendapat faedah yang mana PPK telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 92,246 iaitu 24% dari Tabung Kumpulan wang bagi membiayai kebajikan ahli.
  • PPK turut mengadakan kursus dan latihan, pemasaran kepada ahli, pembiayaan dan bantuan kepada ahli serta simpanan kepada ahli.
PENCAPAIAN DAN ANUGERAH
PPK pernah menerima anugerah-anugerah berikut :
  • Johan (Produk Baru – Cuka Nipah) dalam Pertandingan Hasil2 Pertanian Sempena MAHA INTERNATIONAL & HPPNK 2010.
  • Johan dalam Kategori Kesihatan Showcase SAtu Daerah Satu Industri (SDSI) Negeri Kedah Darul Aman
PERANCANGAN MASA HADAPAN
  • Menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran petani-petani kepada tahap yang lebih tinggi.
  • Mewujudkan satu kawasan riadah beserta tempat makan (food court)
  • Mengenalpasti sumber-sumber baru yang berpotensi dari unit-unit ahli untuk dimajukan sebagai satu projek bagi satu unit
  • Menganjur dan menggerak aktif ahli.
  • Menganjur dan memaju ahli-ahli ke arah menjadi usahawan tani di pelbagai bidang.
  • Menyertai usahasama denga usahawan-usahawan di kawasan dan luar kawasan dalam pelbagai bidang

 

 

Accessibility
Close