MS ISO 9001 : 2008

BAHAGIAN PENGURUSAN EMPANGAN DAN SUMBER AIR
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)

SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 : 2008

Bahagian Pengurusan Empangan Dan Sumber Air (BPESA) telah ditauliahkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi skop Operasi, Penyenggaraan dan Pemantauan Keselamatan Empangan Muda, Pedu dan Ahning pada 31 Disember 2009.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ini melibatkan Seksyen Operasi dan Penyenggaraan Empangan, Seksyen Keselamatan Empangan di Ibu Pejabat MADA (Alor Setar), Pejabat Unit Empangan Muda (Sik), Pejabat Unit Empangan Pedu (Kuala Nerang) dan Pejabat Unit Empangan Ahning (Kuala Nerang).

Penyediaan Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi skop Operasi, Penyenggaraan dan Pemantauan Keselamatan Empangan Muda, Pedu dan Ahning ini merangkumi Satu (1) Manual Kualiti, Tujuh Belas (17) Prosedur dan Tiga Puluh Lima (35) Tatacara.

1314

Accessibility
Close