Homestay MADA Kampong Jeruju
Pemanduan bersahaja selama 20 minit dari Bandaraya Alor Setar akan membawa anda ke Homestay MADA kampong Jeruju untuk mengalami kehidupan desa yang mesra dan bersahaja bersama keluarga peladang di mana anda akan tinggal bersama mereka untuk merasai sendiri kehidupan desa seumpama anda berada di rumah anda sendiri.
20 buah rumah keluarga peladang telahpun diubahsuai dan dilesenkan untuk menerima pelancong dan pelawat bagi merasai dan mengalami kehidupan sebenar di desa.

1

2

                          Jeruju Homestay mengalu-alukan pengunjung ke kampung                       Pemandangan indah di Jeruju

Dengan hanya RM120 seorang untuk satu malam, anda akan dihidangi dengan pemandangan matahari terbenam diufuk lautan biru yang tenang dan sawah padi yang menghijau bak permaidani di waktu mudanya dan menguning luas di waktu masaknya. Beberapa aktiviti berasaskan alam menanti anda.
Layarilah lautan biru untuk memancing maupun hanya untuk bersukaria, ataupun anda boleh bersama penduduk desa menyediakan makanan untuk makan malam, ataupun berkunjunglah ke restoran tepi laut untuk menikmati jamuan makan malam yang romantik bersama yang tersayang dengan berlatarbelakangkan pemandangan menarik matahari terbenam di ufuk timur.
Bawalah pulang seribu kenangan indah kehidupan bersama keluarga peladang di Homestay MADA Kampong Jeruju.

3

4

  Alamilah hidup di kampung! Sila datang berkunjung dan nikmati pengalaman menarik di Jeruju Homestay.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi PPK F2 MADA Jerlun
+604-7940-263 atau Rusli +6013-4600-720 atau Izzat +6019-5898-983
Accessibility
Close