EkoTourism Ulu Muda
Kawasan Hutanhujan Ulu Muda yang merangkumi Hutansimpan Ulu Muda dan Hutansimpan Pedu, adalah warisan yang berusia 150-170 juta tahun terletak di tenggara sempadan Kedah dan Thailand.
3 buah empangan dan tasik terpenting yang berfungsi mengairi Jelapang Padi Malaysia terletak megah di Ulu Muda.

12

3

45

Nikmati kehangatan sang suria dan langit yang biru dalam keindahan hutan hujan Ulu Muda
 
Jelajahi jauh ke dalam Ulu Muda untuk menikmati kekayaan & kepelbagaian biologi yang menjadi kediaman pelbagai mamalia seperti harimau dan gajah dengan kawasan jilatan-garam yang luas. Kawasannya yang terbentang luas juga menjadi rumah kepada pelbagai jenis burung termasuklah burung enggang dan begitu sesuai untuk peminat burung. Ekspedisi memungut madu lebah juga boleh disertai oleh pengunjung dan ianya akan menjadi satu pengalaman seumur hidup yang sukar dilupai.

67

Pemandangan hijau yang aman dan damai dapat dirasai di hutan hujan Ulu Muda
 
MADA telah menyediakan sebuah resort penginapan dengan 14 buah bilik rumah rehat, 14 buah chalet, 2 buah dormitory yang boleh memuatkan 25 orang setiap satu dan juga kawasan perkhemahan.
Pelancongan-eko dan tinjauan boleh diatur dari Muda Resort atau Pusat Informasi Ulu Muda, di mana terdapat bot-bot kecil dan pemandu pelancong yang bersedia untuk membawa pelancong menikmati keindahan dan keunikan eko-pelancongan di Ulu Muda.

8

9

Bersih dan selesa, Pusat Peranginan Muda menawarkan pengunjung tempat penginapan yang sempurna
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Agrotourism MADA +604-7728-255 samb.311,Haji Ariffin Abu +6019-470-4388, Shikin +6012-4604-139 atau 604-7521-779 (Muda Resort)
Accessibility
Close