Homestay MADA Kampong Jeruju
Pemanduan bersahaja selama 20 minit dari Bandaraya Alor Setar akan membawa anda ke Homestay MADA kampong Jeruju untuk mengalami kehidupan desa yang mesra dan bersahaja bersama keluarga peladang di mana anda akan tinggal bersama mereka untuk merasai sendiri kehidupan desa seumpama anda berada di rumah anda sendiri.

  

20 buah rumah keluarga peladang telahpun diubahsuai dan dilesenkan untuk menerima pelancong dan pelawat bagi merasai dan mengalami kehidupan sebenar di desa.

 

120 seorang untuk satu malam, anda akan dihidangi dengan pemandangan matahari terbenam diufuk lautan biru yang tenang dan sawah padi yang menghijau bak permaidani di waktu mudanya dan menguning luas di waktu masaknya. Beberapa aktiviti berasaskan alam menanti anda.

 

Pengunjung dapat melakukan aktiviti sukan bersama penduduk kampung seperti memancing, bola sepak kain batik, dan pelbagai lagi. Pengunjung dapat melihat aktiviti adat istiadat perkahwinan pemprosesan kuih tradisional, persembahan kesenian rakyat, demonstrasi membuat wau dan permainan tradisi seperti sepak raga.

 

 

 

  

     

 

Bawalah pulang seribu kenangan indah kehidupan bersama keluarga peladang di Homestay MADA Kampong Jeruju.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Pertubuhan Peladang Kawasan MADA F-II, Jerlun di talian 04-7940263 atau hubungi pegawai seperti nombor telefon yang tertera di bawah :-
  1. Encik Rusli : 013-4600 720
  2. Encik Izzat : 019-5898 983