Terletak di kawasan seluas 40 hektar di Tobiar, Daerah Pendang, Kedah, Ladang Mempelam Tobiar telah ditanam dengan 18,000 pokok mempelam dari varieti Chokanan.
Anda boleh menikmati kelazatan buah mempelam segar dan hidangan istimewa pulut mempelam berserta minuman jus mempelam segar terus di ladang di samping menikmati keindahan dan ketenangan suasana ladang yang menghijau.

 

24

2526

Ladang ini juga dibuka untuk pelbagai aktiviti seperti lawatan ladang (samada berjalan, berbasikal maupun menaiki trem), petikan buah, memancing di kolam, latihan hands-on, dan kemudahan mesyuarat. Di samping itu pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah dari atas menara tinjau di ladang ini.

27

2829

Untuk maklumat dan tempahan sila hubungi Hj Azhar +6012-4526464

Accessibility
Close