Ladang Nipah Kipli
Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kampong Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis telah diusahakan dengan lebih 2,000 pokok nipah yang mengeluarkan air nira nipah yang manis dan terkenal dengan khasiatnya.
Ladang ini juga tersedia pondok-pondok rehat dan buaian-buaian di celah-celah deretan pokok nipah untuk anda bersantai di samping menenangkan fikiran ataupun untuk bermuhasabah diri.

 
30

31

32

Cubalah rasai Laksa Kuala Perlis yang terkenal dan juga ketam sawah yang boleh direbus segar untuk hidangan tengahari, minum petang maupun untuk sarapan pagi.
Anda juga boleh menikmati air kelapa muda yang manis bersama hirisan isi kelapa muda yang lembut dan segar. Ladang ini juga menyediakan kemudahan tapak perkhemahan untuk aktiviti berkumpulan.
Kunjungan ke Ladang Nipah Kipli akan membantu membebaskan anda dari permasalahan diri anda di samping merubah anda menjadi seorang insan yang tenang serta berfikiran luas dan terbuka.

3334

353637

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Kipli +6012-565-7969

Accessibility
Close