Program Pembasmian Kemiskinan MADA

Program pembasmian kemiskinan bukanlah satu agenda baru kepada MADA kerana semenjak penubuhan MADA lagi program ini dilaksanakan selaras dengan matlamat utama penubuhan MADA iaitu untuk Memajukan Kesejahteraan Hidup Sebilangan Besar Penduduk Desa. Program-program sebegini juga merupakan satu bentuk program sosial untuk membantu masyarakat di dalam kawasan Muda selain daripada tumpuan utama MADA iaitu aspek penanaman padi.

Penentuan status golongan sasar samada Miskin Tegar atau Miskin adalah berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) seperti berikut ;

Kategori

PGK (RM)

Pendapatan Perkapita Isi Rumah (RM)

Miskin Tegar

460

110

Miskin

760

190

 

 

 

 

 

 

 

Kini, program-program sebegini kian diberi penekanan oleh pihak kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak selari dengan dasar 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah telah diumumkan sebagai salah satu bidang tumpuan. Di bawah teras ini, setiap golongan sasar yang layak diberi bantuan akan menerima faedah yang sewajarnya bagi memastikan matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat ini dapat dicapai. Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan peneraju kepada NKRA ini.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menjadikan agenda nasional ini sebagai salah satu program pelaksanaan di bawah Petunjuk Prestasi Utama YB Menteri bermula pada tahun 2009 sehinggalah kini dan dijangkakan program ini akan diteruskan pelaksanaannya sehingga tahun 2015. Sebagai agensi di bawah MOA, MADA telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pemberian bantuan kepada golongan sasar Miskin Tegar dan Miskin yang tersenarai di dalam sistem e-Kasih melalui Program Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPGS) pada tahun 2009 sehingga 2010 dan juga Program AZAM Tani bermula pada tahun 2011 sehingga kini. Pelbagai kategori projek yang bersifat quick win telah dilaksanakan oleh para peserta di bawah program ini seperti pertanian, perniagaan, jahitan, pemprosesan makanan dan sebagainya.

 

Pencapaian MADA di bawah Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPGS)

Tahun
Pencapaian MADA di bawah Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPGS)
Pencapaian MADA (Bilangan Orang)
MOA
MADA
2009

2,000

150

189 (126%)

2010

3,000

300

359 (120%)

 

 

Pelaksanaan Program Dalam Tempoh Semasa (Program AZAM Tani)

Program ini mula dilaksanakan oleh MADA pada tahun 2011 dan diteruskan sehingga tahun 2013 di mana program ini merupakan salah satu komponen projek di bawah KPI Pengurus Besar MADA. Program AZAM Tani merujuk kepada program pemberian bantuan kepada golongan sasar untuk melaksanakan projek-projek yang berasaskan kepada bidang pertanian seperti perkhidmatan pertanian, perniagaan kecil, pemprosesan makanan, nelayan, ternakan, tanaman dan sebagainya.

Program AZAM Tani merupakan salah satu daripada komponen Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) yang diterajui oleh KPWKM dengan kolaborasi bersama beberapa kementerian dan agensi seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (AZAM Tani), Kementerian Sumber Manusia (AZAM Kerja) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AZAM Niaga dan AZAM Khidmat)

 

Pencapaian MADA di bawah Pelaksanaan AZAM Tani

Ringkasan sasaran dan pencapaian program KPI Menteri oleh MADA daripada tahun 2009 sehingga 2011 adalah seperti berikut ;

Tahun
Sasaran Peserta (Bilangan Orang )
Pencapaian MADA (Bilangan Orang)
MOA
MADA
2011

8,000

600

611 (102%)

2012

4,000

200

204(102%)

2013
3,500
250
Dalam Pelaksanaan

 

 

Peruntukan Kewangan Bagi Projek AZAM Tani

Sumber peruntukan yang diterima oleh MADA dalam melaksanakan Program KPI Menteri mulai tahun 2009 sehingga 2011 adalah seperti berikut ;

Tahun

Sumber Kewangan

Jumlah Peruntukan (RM)

2011

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

4,655,280

2012

1,200,000

2013

2,000,000

JUMLAH KESELURUHAN

7,855,280

\

Accessibility
Close