PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK)

SEJARAH PENUBUHAN PPK

Sebelum tahun 1967, Persatuan Peladang ditubuhkan oleh peladang-peladang di bawah Akta Persatuan (Societies Act) 1966. Pendekatan Kerajaan pada ketika itu ialah untuk menubuhkan Persatuan Peladang yang diselaraskan penubuhannya oleh kerajaan seperti di Taiwan. Lawatan pertama telah dibuat oleh Menteri Pertanian ketika itu Y.B. Tan Sri Ghazali bin Jawi pada awal tahun 1963. Lawatan kedua disertai oleh 200 orang yang terdiri daripada Pegawai Kementerian Pertanian, Pegawai Jabatan Pertanian dan pemimpin-pemimpin Persatuan Peladang. Selepas daripada lawatan tersebut, kerajaan telah membuat keputusan supaya menubuhkan Persatuan Peladang berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan di Taiwan. Rang Undang-undang Persatuan Peladang dibentangkan di Parlimen dan diluluskan dengan dikuatkuasakan mulai Ogos 1967.

Selepas itu, Persatuan-Persatuan Peladang di kawasan pengairan Muda mula ditubuhkan antara tahun 1968 hingga 1972 di bawah Akta Persatuan Peladang 1967. Persatuan Peladang Kawasan dalam pengairan Muda telah ditubuhkan pertama kalinya pada tahun 1968 iaitu penubuhan Persatuan Peladang Kubang Sepat di mana keahliannya bermula seramai 215 orang dan saham bernilai RM500.00. Pada tahun 1969 sebanyak 13 buah PPK telah ditubuhkan dengan ahli seramai 490 orang bermodal saham sebanyak RM11,375.00 dan telah pun mempunyai harta sebanyak RM 3,459.00 serta memulakan perniagaan dengan isIpadu sebanyak RM787.00.

Pada tahun 1970 sebanyak 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan 16 buah PPK kesemuanya. Sambutan yang diberikan oleh peldang-peladang amat menggalakan sehingga seramai 5,378 orang telah menjadi dan mencarum sejumlah RM 48,255.00 modal saham serta mempunyai harta sejumlah RM226,058.00 dengan isipadu perniagaan pula telah meningkat ke RM52,317.00.

Diakhir tahun 1972, sebanyak 24 buah PPK telah ditubuhkan yang melibatkan jumlah ahli sebanyak 8,195 orang dengan modal saham sebanyak RM83,560.00. Isipadu perniagaan pula meningkat ke RM814,622.00 dan nilai harta yang dapat dikumpul pula melonjak ke RM1.24 Juta.

Pada 21 Jun 1973, kerajaan telah menggubal dan mewartakan Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) khusus untuk menyusun semula Persatuan-Persatuan Peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, Persatuan-Persatuan Peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai Pertubuhan Peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi Unit Ahli kepada Pertubuhan Peladang.

Pada tahun 1974, 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan kesemuanya berjumlah 27 buah PPK di bawah pengurusan dan kawalselia MADA . Sebanyak 24 buah Persatuan Peladang berada di dalam Rancangan Pengairan Muda terdiri daripada 5 di dalam Negeri Perlis dan 19 di dalam Negeri Kedah diletakkan di bawah kendalian MADA.

Selepas 25 tahun iaitu diakhiri 1992 keahlian telah meningkat ke 44,306 orang yang mencarum RM6.413 Juta modal saham. Sebanyak RM46.675 Juta nilai harta telah dapat dikumpulkan. Keuntungan bersih mencapai RM3.603 Juta melalui isipadu perniagaan sebanyak RM34.134 Juta.

Sehingga kini, sebanyak 45,500 orang peladang telah menjadi ahli PPK dengan modal saham sebanyak RM 13.206 Juta, isipadu perniagaan sejumlah RM 91.231 Juta dan keuntungan bersih mencapai RM 7.973 Juta.

OBJEKTIF PENUBUHAN PPK (PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN)

• Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli
• menambahkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli
• meningkatkan hasil dan pendapatan ahli
• membaiki cara hidup ahli
• mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan bersatupadu

12

3

KEAHLIAN DAN SAHAM SEHINGGA 31 DISEMBER 2012

4

AKTIVITI PERNIAGAAN PPK
Dalam usaha mencapai matlamat MADA untuk memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan meningkatkan hasil untuk keperluan Negara, PPK teah bergiat aktif dalam beberapa usaha termasuk aktiviti pertanian, kebajikan dan social serta aktiviti perniagaan.

5

PRESTASI KEWANGAN (BERAUDIT) PPK (2009 – 2011)
KEDUDUKAN ASET TETAP PPK

6

KEDUDUKAN ISIPADU PERNIAGAAN

7

KEDUDUKAN KEUNTUNGAN BERSIH PPK

8

Accessibility
Close