YPPPM


YAYASAN PELAJARAN PERTUBUHAN PELADANG MADA (YPPPM)

1. SEJARAH PENUBUHAN.

Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1982 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 1972 – Perintah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA) 1982.

YPPPM  telah dirasmikan penubuhannya pada  7 Jun  1983 oleh YB. Menteri Pertanian Malaysia bertempat di Negeri Perlis Indera Kayangan dan mula beroperasi pada tahun 1983.

2. TUJUAN DAN OBJEKTIF.

Tujuan dan objektif YPPPM adalah seperti berikut :-

a) Menggalak,  mendidik,  memaju  dan  membantu  dalam  kemajuan  pelajaran  ahli  dan  anak  ahli.

b) Menubuhkan  dan  menyenggara  biasiswa,  dermasiswa,  pinjaman  dan  bantuan  kewangan  lain  kepada  ahli  atau  anak  ahli  bagi  maksud  membolehkan  mereka  melanjutkan  pelajaran.

c) Menjalankan  segala  kegiatan  yang  difikirkan  patut  dan  sesuai  untuk  menambah  peluang  pelajaran  kepada  ahli  dan  anak  ahli PPK MADA.

YAYASAN-PELAJARAN-PERTUBUHAN-PELADANG-MADA

alamat-1

Carta-Organisasi-Lembaga-Pengarah-YPPPM

Carta-Organisasi-Yayasan-Pelajaran-Pertubuhan-Peladang-MADA

Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM) Tahun 2017

BIL
JAWATAN
NAMA
1 Pengerusi Tuan Haji Ahmad bin Haji Shafiee
(Pengerusi PPK I-II, Kuala Sungai, Kedah)
2 Timbalan Pengerusi YBhg. Dato’ Fouzi bin Ali
(Pengurus Besar MADA)
3 Wakil MADA – Kosong
4 Wakil Kementerian Pendidikan (Kedah) YBhg. Datin Paduka Dato’ Hajah Azuyah binti Hassan
(Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman)
5 Wakil Kementerian Pendidikan
(Perlis)
Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail
(Pengarah Pendidikan Negeri Perlis)
6 Wakil Wilayah I MADA Tuan Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar
(Pengerusi PPK E- I, Simpang Empat, Perlis)
7 Wakil Wilayah II MADA Tuan Haji Saibon bin Omar
(Pengerusi PPK F- II, Jerlun, Kedah)
8 Wakil Wilayah III MADA Encik Mahmud bin Kadir
(Pengerusi PPK F- III, Pendang, Kedah)
8 Wakil Wilayah IV MADA Tuan Haji Yusof bin Bakar
(Pengerusi PPK A- IV, Batas Paip, Kedah)

 

Kakitangan Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA.

Pengurusan.

Setiausaha Mohamed Rosli bin Osman
Timbalan Pegawai Eksekutif Ahmad Sulaiman bin Md. Hashim
Penolong Pegawai Akaun Suhaila binti Kasa
Kerani Kewangan Rosanita binti Haji Shafie
Kerani Pentadbiran Zullekho binti Abd. Rahim
Kerani Am Mohd Syukur bin Saidin

3. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN.

Aktiviti:

a) Biasiswa Kecil.

b) Kelas Tambahan.

c) Sumbangan Ke IPTA.

d) Anugerah Pelajar Cemerlang.

e) Bantuan Pelajaran Anak Ahli Termiskin.

f) Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah.

g) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil  YPPPM.

h) Kursus Motivasi UPSR Kepada Anak Ahli PPK.

i) Kursus Intensif Anak Ahli Termiskin.

j) Kelas Bahasa.

k) Lawatan Sambil Belajar.

l) Aktiviti Pendidikan.

Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pendidikan yang bertujuan menggalak, mendidik, memaju dan membantu kemajuan anak-anak ahli PPK MADA dalam bidang pelajaran serta penambahbaikan dalam pengurusan biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan kepada ahli ataupun anak ahli bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.

TAHUN
MULA
DILAKSANAKAN

AKTIVITI

BILANGAN PENERIMA 
DARI 1984
SEHINGGA
31/12/2016
(ORANG)

PERBELANJAAN
DARI 1984
SEHINGGA
31/12/2016
(RM)

1984

a) Biasiswa Kecil

1,200

2,241,745.00

1985

b) Kelas Tambahan

304,868

547,953.00

1986

c) Bantuan Pakaian Seragam

15,075

655,750.00

1986

d) Sumbangan Ke IPTA

12,780

1,217,800.00

1989

e) Anugerah Pelajar Cemerlang

855

136,642.00

2004

f) Bantuan Pelajaran Anak Ahli Termiskin

535

765,720.00

1988

g) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM

2,168

644,139.00

1996

h) Kursus Motivasi UPSR

21,246

325,464.00

JUMLAH

358,727

6,535,213.00

 

a) Biasiswa Kecil.

Aktiviti ini mula dilaksanakan pada tahun 1984, pemberian biasiswa ini adalah bertujuan sebagai galakkan kepada anak ahli yang yang layak dan meringankan beban ahli yang kurang berkemampuan.

Pemberian Biasiswa  berdasarkan calon-calon yang dipilih daripada anak-anak ahli PPK MADA berdasarkan Peperiksaan UPSR.

b) Kelas Tambahan.

Aktiviti ini dimulakan pada tahun 1985 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah dalam kawasan MADA.

c) Bantuan Pakaian Seragam.

Aktiviti ini dimulakan pada tahun 1986 bertujuan meringankan bebanan ahli-ahli PPK MADA yang kurang berkemampuan.

d) Sumbangan Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Aktiviti ini dimulakan sejak  tahun 1986 bertujuan membantu dan memberi saguhati  kepada anak-anak ahli PPK MADA yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA (tempatan).

e) Anugerah Pelajar Cemerlang.

Pemberian Anugerah Pelajar Cemerlang telah dimulakan pada tahun 1989 sebagai pengiktirafan kecemerlangan yang dicapai oleh anak-anak ahli PPK MADA dalam peperiksaan PT3, SPM, STPM dan STAM.

f) Bantuan Pelajaran Anak Ahli Termiskin.

Bantuan ini mula diberikan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk meringankan bebanan ahli yang miskin dalam PPK tanpa mengira akademik. Pemilihan adalah ditetapkan oleh Jemaah Pengarah PPK.

g) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM.

Kursus ini diberikan kepada Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM yang akan menduduki peperiksaan iaitu tingkatan 3 dan 5.

h) Kursus Motivasi UPSR.

Kursus ini diberikan kepada anak-anak ahli PPK MADA yang akan menduduki Peperiksaan UPSR.

II.PERANCANGAN  AKTIVITI MASA DEPAN.

a) Kursus Intensif Anak Ahli Termiskin.

Kursus ini dalam perancangan untuk diadakan kepada anakanak ahli termiskin dalam kawasan MADA. YPPPM berharap kursus ini dapat memberikan manfaat kepada anak-anak ahli termiskin. Ianya juga dapat meringankan ahli-ahli yang kurang berkemampuan.

b) Kelas Bahasa.

Kelas Bahasa telah dilaksanakan mulai tahun 2008 dengan sumbangan dana daripada Kerajaan Negeri Kedah. Kelas ini berlangsung sehingga dana yang diberikan habis digunakan.

c) Lawatan Sambil Belajar.

Akan diadakan dan peserta akan dipilih daripada pemegang Biasiswa Kecil YPPPM, lawatan ini bertujuan menghilangkan stress pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

III. AKTIVITI PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG TELAH DILAKSANAKAN.

1. TAHUN 2015.

a) Karnival Kerjaya Belia Dengan Kerjasama JobsMalaysia.

Cadangan diadakan karnival ini adalah pada 8 Ogos 2015 (Sabtu) bertempat di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak ahli dan bukan ahli PPK MADA mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka dan taklimat kerjaya daripada JobsMalaysia serta taklimat latihan kemahiran daripada agensi berkaitan.

b) Seminar Kecemerlangan Ibu Bapa.

Cadangan diadakan seminar ini adalah pada 15 Ogos 2015 (Sabtu) dan 29 Ogos 2015 (Sabtu), ianya bertujuan untuk memberi motivasi dan galakan kepada ibu bapa agar mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka.

2. TAHUN 2016.

a) Seminar Kerjaya Lelepasan SPM.

Seminar ini telah diadakan pada 20 Mac 2016 (Ahad) dengan tujuan untuk memberi panduan kepada lepasan-lepasan SPM tentang halatuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM.

b) Seminar Halatuju Pasca PT3.

Seminar ini telah diadakan pada 30 Julai 2016 (Sabtu), ianya bertujuan memberi panduan dan halatuju bagi memilih matapelajaran semasa di Tingkatan 4 untuk persediaan SPM.

c) Seminar  Kecemerlangan SPM.

Seminar ini diadakan pada 1 Oktober 2016 (Sabtu), seminar ini diadakan untuk membantu pelajar-pelajar yang berada di Tingkatan 5 dengan memberi motivasi dan panduan serta persediaan bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

d) Program Bersama Dengan SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia-EPU).

Program ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Pihak SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia – EPU) dan MADA semasa HPPNK Negeri Kedah bertempat di Taman Jubli Emas pada 27 dan 28 Mei 2016.

Pada hari tersebut, pihak SL1M telah memanggil syarikat-syarikat GLC dan swasta yang memerlukan pekerja serta pusat-pusat pengajian (latihan kemahiran) yang ingin mengambil pelajar. Peluang-peluang pekerjaan dan pengajian ini dibuka kepada golongan pencari kerja di sekitar Alor Setar dan berdekatan.

3. TAHUN 2017.

a) Seminar Kecemerlangan Ibu Bapa Pelajar 2017 (Siri 1).

Seminar ini akan diadakan pada 25 Februari 2017 (Sabtu) di SMK. Jerlun, Ayer Hitam, Kedah bertujuan untuk memberi motivasi dan panduan kepada ibu bapa pelajar yang berada di Tingkatan 3 dan 5 di kawasan kendalian MADA berdekatan yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM untuk kecemerlangan anak-anak mereka.

b) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil Tahap I Tingkatan 3 & 5.

Kursus ini telah diadakan pada 20-22 Mac 2017 di Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Kedah.

c) Kursus Motivasi UPSR 2017 telah diadakan seperti berikut:

WILAYAH
TARIKH
TEMPAT
I 7.5.2017 SK Tambun Tulang, Simpang Empat, Perlis
II 6.5.2017 SMK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah
II 6.5.2017 SK Tunjang, Kubang Pasu, Kedah
III 29.4.2017 SK Pendang, Kedah
IV 22.4.2017 Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kedah
IV 13.5.2017 Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kedah

d) Program Kerjasama antara YPPPM dan SL1M

Program ini telah diadakan pada 5-6 Mei 2017 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

e) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil Tahap II Tingkatan 3 & 5

Kursus ini telah diadakan pada 11-13 Mei 2017 di Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Kedah.

f) Seminar Kecemerlangan & Motivasi Ibu Bapa (Siri 2)

Seminar ini telah diadakan pada 15 Julai 2017 (Sabtu) di SMK Ayer Hitam, Ayer Hitam, Kedah bertujuan untuk memberi motivasi dan panduan kepada ibu bapa pelajar yang berada di Tingkatan 3 dan 5 di kawasan kendalian MADA berdekatan yang akan menduduki peperiksaan  PT3 dan SPM untuk kecemerlangan anak-anak mereka.

g) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil Tahap III Tingkatan 3 & 5

Kursus ini telah diadakan pada 27-29 Ogos 2017 di Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Kedah.

h) Program Peningkatan Prestasi SPM

Program Peningkatan Prestasi SPM anjuran bersama YPPPM & Sekolah Tunku Abd Rahman (STAR) Mergong telah berlangsung pada 3-4 Oktober 2017 bertempat di Dewan Syed Nahar, HQ MADA.

i) Mesyuarat Wilayah

YPPPM telah mengadakan Mesyuarat Pre-Council bagi tahun 2017 seperti berikut :

Wilayah
Tarikh
Hari
I 09/10/2017 Isnin
II 10/10/2017 Selasa
III 11/10/2017 Rabu
IV 12/10/2017 Khamis

Semua Pengurus Wilayah, Pengurus Besar PPK dan Pengurusi PPK dalam kawasan MADA dijemput hadir ke mesyuarat ini mengikut  wilayah masing-masing.

j) Mesyuarat Tahunan, Majlis Penyampaian Sijil-sijil Tauliah dan Anugerah Pelajar Cemerlang MADA 2017

Majlis ini telah diadakan pada 26 November 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.

YBHG. TIMBALAN PENGURUS BESAR (PERTANIAN) MADA BERSAMA AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH YPPPM BESERTA PENGERUSI-PENGERUSI JEMAAH PENGARAH DAN PENGURUS-PENGURUS BESAR PPK DI MESYUARAT TAHUNAN YAYASAN PELAJARAN PERTUBUHAN PELADANG MADA 26 NOVEMBER 2017

Mesyuarat Tahunan

Dari kanan :
Yg. Berusaha Tuan Haji Marzuki bin Haji Daud
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Selaku Wakil Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

Yg. Berusaha Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail
Pengarah Pendidikan Negeri Perlis

Yg. Berusaha Puan Robiah binti Lazim
Timbalan Pengurus Besar MADA (Pertanian)

Yg. Berusaha Tuan Haji Ahmad bin Haji Shafiee
Pengerusi Lembaga Pengarah YPPPM

Yg. Berusaha Tuan Haji Mohd Musa bin Haji Kamis
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang MADA

Penerima Anugerah Khas Pengerusi MADA (STPM)

 

4. Tahun 2018 

AKTIVITI YPPPM 2018

  1. Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM Tahap I, Tingkatan 3 & 5 

Tarikh : 20-22 Mac 2018 (Selasa-Khamis)

Tempat : Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

  1. Program Motivasi & Kemahiran Belajar Kepada Waris Dan Pelajar 2018 

Tarikh : 24 Mac 2018 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, Alor Setar.

Tujuan : Memberi motivasi dan cara belajar yang betul kepada pelajar yang akan menduduki     peperiksaan PT3 dan SPM tahun 2018 dalam kawasan kendalian MADA.

Jumlah Kehadiran : 400 orang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar Tingkatan 3 dan 5

Penceramah : Terdiri daripada bekas-bekas Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM dan Pelajar  Cemerlang (anak bekas Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM)

  1. i) Tuan Haji Mohd Tuah bin Haji Ibrahim

-Penceramah Bebas

-Pengarah Urusan Jajaran Dinamik

-Ahli Majlis Tertinggi NGO Islam Kedah dan Malaysia

  1. ii) Puan Siti Hamidah binti Abdul Hamid

Pegawai Cemerlang SISC +, PPD Kuala Muda/Yan

iii) Faizatun Nur binti Mohd Tuah

Pelajar Cemerlang PT3 dan SPM (SMK Agama Yan, Kedah)

Pengerusi dan kakitangan YPPPM bersama para penceramah

Para peserta terdiri daripada ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 dan 5 dalam kawasan MADA

IV. AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DILAKSANAKAN.

YPPPM telah menjalankan usahasama dengan Syarikat Silicon Biotech Sdn. Bhd.  bagi mengusahakan projek kuari pasir di Kg. Empa, Mukim Derang, Daerah Pokok Sena. Projek ini mula diusahakan pada bulan Disember 2015. Hasil daripada projek ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan aktiviti YPPPM yang dilaksanakan.

V. PERANCANGAN PROGRAM MASA HADAPAN.

a) Kursus Latihan Kemahiran.

Kursus Latihan akan diadakan secara kerjasama dengan pusat kemahiran yang bertauliah, program ini ditujukan kepada golongan sasar terutamanya anak-anak peladang MADA dan golongan belia yang keciciran dalam pelajaran yang masih menganggur untuk diambil bekerja oleh syarikat-syarikat yang berkelayakan

Kursus-kursus yang akan ditawarkan adalah seperti berikut :

– Landskap

– Bakery

– Kulinari

– Pengurusan Pejabat.

b) Perniagaan.

Aktiviti yang melibatkan projek perniagaan yang berdaya maju bagi meningkatkan pendapatan YPPPM dan segala kegiatan yang difikirkan patut dan sesuai bagi tujuan menambah pendapatan.

i) Permohonan daripada MADA bagi mengendalikan Muda Resort.

ii) Permohonan ‘Bill Board’  daripada MADA untuk diuruskan oleh YPPPM.

iii) Memohon daripada MADA untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan Ibupejabat MADA (bahagian luar).

c) Pembangunan Modal Insan.

i) Karnival Kerjaya Belia.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak ahli dan bukan ahli PPK MADA mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka dan taklimat kerjaya daripada agensi yang terlibat serta taklimat latihan daripada agensi berkaitan.

ii) Seminar Kecemerlangan Ibu Bapa.

Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan galakan kepada ibu bapa agar mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka.

iii) Seminar Kerjaya Selepas SPM.

Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada lepasan-lepasan SPM tentang halatuju mereka selepas mendapat keputusan peperiksaan.

iv) Seminar Halatuju Pasca PT3.

Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada lepasan-lepasan PT3 untuk memilih aliran semasa di Tingkatan 4 seterusnya untuk SPM.

VI. PERANCANGAN MASA HADAPAN UNTUK ANAK-ANAK PELADANG MADA.

a. Pembangunan Modal Insan.

Aktiviti melibatkan pembangunan modal insan yang dituju khas kepada golongan sasar iaitu anak-anak ahli PPK MADA dan belia dalam kawasan kendalian MADA yang keciciran pelajaran agar mereka mempunyai kerjaya dan dapat membantu keluarga masing-masing.

b. Klinik UPSR.

Cadangan untuk mengadakan Klinik UPSR.

i) Tajuk                                                             : Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR

ii) Target Bilangan Peserta                              : 200 orang

iii) Cadangan Bilangan program                     : 2 kali

iv) Tempat                                                        : Wilayah I dan II- SMK. Ayer Hitam.

                                                                            Wilayah III dan IV- Pendang Lake Resort

v) Yuran                                                           : RM50.00/peserta

vi) Tempoh Program                                      : 1 hari (pagi hingga petang)

                                                                             Matapelajaran : Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Program 1 (Wilayah I dan II)

1) Pendapatan                                                   : RM50  X  200 orang

                                                                             =  RM10,000.00

2) Perbelanjaan                                                 : Elaun Guru (RM300 X 3) =  RM   900.00

                                                                              Makan & Minum                =  RM2,000.00

                                                                              Sewa Tempat                     =  RM   600.00

                                                                              Alat Tulis                            =  RM1,000.00

                                                                                                                            RM4,500.00

3) Pendapatan (RM10,000  –  RM4,500)      =  RM5,500.00

Program 2 (Wilayah III dan IV)

1) Pendapatan                                                  : RM50  X  200 orang=  RM10,000.00

2) Perbelanjaan                                                : Elaun Guru (RM300 X 3)=  RM   900.00

                                                                              Makan & Minum                =  RM2,000.00

                                                                              Sewa Tempat                     =  RM   600.00

                                                                              Alat Tulis                            =  RM1,000.00

                                                                                                                            RM4,500.00

3) Pendapatan (RM10,000  –  RM4,500) =  RM5,500.00

a) Motivasi SPM.

Cadangan mengadakan Motivasi Dan Halatuju selepas Peperiksaan SPM.

i) Tajuk                                                             : Motivasi dan Halatuju Selepas Peperiksaan SPM

ii) Target Bilangan Peserta                              : 200 orang

iii) Cadangan Bilangan program                     : 2 kali

iv) Tempat                                                        : Wilayah I dan II- SMK. Ayer Hitam.

                                                                            Wilayah III dan IV- Pendang Lake Resort

v) Tenaga Pengajar                                          : Jabatan Pendidikan Negeri

vi)  Yuran                                                           : RM50.00/peserta

vii) Tempoh Program                                      : Setengah  Hari (pagi hingga tengahari)

                                                                             Matapelajaran : Motivasi

Program 1 (Wilayah I dan II)

1) Pendapatan                                                   : RM50  X  200 orang =  RM10,000.00

2) Perbelanjaan                                                 : Elaun Guru (RM500 X 1) =  RM   500.00

                                                                              Makan & Minum                =  RM2,000.00

                                                                              Sewa Tempat                     =  RM   600.00

                                                                              Alat Tulis                            =  RM1,000.00

                                                                                                                             RM4,100.00

3) Pendapatan (RM10,000  –  RM4,100)      =  RM5,900.00

Program 2 (Wilayah III dan IV)

1) Pendapatan                                                  : RM50  X  200 orang=  RM10,000.00

2) Perbelanjaan                                                : Elaun Guru (RM500 X 1)=  RM   500.00

                                                                              Makan & Minum                =  RM2,000.00

                                                                              Sewa Tempat                     =  RM   600.00

                                                                              Alat Tulis                            =  RM1,000.00

                                                                                                                          RM4,100.00

3) Pendapatan (RM10,000  –  RM4,100) =  RM5,900.00

b) Teknik Menjawab Peperiksaan SPM.

Teknik menjawab peperiksaan SPM kepada peserta yang akan menduduki Peperiksaan SPM.

i) Tajuk                                                             : Teknik Menjawab SoalanSPM

ii) Target Bilangan Peserta                              : 200 orang

iii) Cadangan Bilangan program                     : 2 kali

iv) Tempat                                                        : Wilayah I dan II- SMK. Ayer Hitam.

                                                                            Wilayah III dan IV- Pendang Lake Resort

v) Tenaga Pengajar                                          : Jabatan Pendidikan Negeri

vi)  Yuran                                                           : RM50.00/peserta

vii) Tempoh Program                                      : 1  Hari (pagi hingga petang)

                                                                             Matapelajaran : B.Melayu, B. Inggeris dan Matematik.

Program 1 (Wilayah I dan II)

1) Pendapatan                                                   : RM50  X  200 orang =  RM10,000.00

2) Perbelanjaan                                                 : Elaun Guru (RM300 X 3) =  RM   900.00

                                                                              Makan & Minum                =  RM2,000.00

                                                                              Sewa Tempat                     =  RM   600.00

                                                                              Alat Tulis                            =  RM1,000.00

                                                                                                                             RM4,500.00

3) Pendapatan (RM10,000  –  RM4,500)      =  RM5,500.00

Program 2 (Wilayah III dan IV)

1) Pendapatan                                                  : RM50  X  200 orang=  RM10,000.00

2) Perbelanjaan                                                : Elaun Guru (RM300 X 3)=  RM   900.00

                                                                              Makan & Minum                =  RM2,000.00

                                                                              Sewa Tempat                     =  RM   600.00

                                                                              Alat Tulis                            =  RM1,000.00

                                                                                                                          RM4,500.00

3) Pendapatan (RM10,000  –  RM4,500) =  RM5,500.00

Tenaga pengajar untuk program-progran ini akan dikenalpasti dan diambil dari  kalangan bekas-bekas Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM  untuk memberikan sumbangan bakti kepada YPPPM.

VII. ANGGARAN PENDAPATAN PROGRAM ANJURAN YPPPM.

BIL. AKTIVITI (PERNIAGAAN) PENDAPATAN (RM)

1.

Klinik UPSR

a) Program 1 (Wilayah I & II)

b) Program 2 (Wilayah III & IV)

5,500.00

5,500.00

2.

Moivasi SPM

a) Program 1 (Wilayah I & II)

b) Program 2 (Wilayah III & IV)

5,900.00

5,900.00

3.

Teknik Menjawab Peperiksaaan SPM

a) Program 1 (Wilayah I & II)

b) Program 2 (Wilayah III & IV)

5,500.00

5,500.00

JUMLAH  33,800.00

4.

Kursus Latihan Kemahiran (Kerjasama dengan Pusat Kemahiran Bertauliah) 195,000.00

5.

Projek Pasir 262,000.00
JUMLAH  457,000.00
JUMLAH KESELURUHAN  490,800.00


VIII. TAKWIM AKTIVITI YPPPM BAGI TAHUN 2018

BULAN/
MINGGU
MINGGU
1
MINGGU
2
MINGGU
3
MINGGU
4
JANUARI 1. Penyediaan Borang Permohonan Biasiswa 2018.

2. Pengumpulan Keputusan PT3 daripada sekolah-sekolah terlibat.

3. Hubungi PPK untuk dapatkan bilangan ahli berdaftar.

Penyerahan Laporan Prestasi YPPPM kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. 1. Agihan Borang Permohonan Biasiswa Kecil ke PPK.

2. Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Pertama Tahun 2018
(28 /1/18 – Ahad)

3. Mesyuarat JPKA Suku ke Empat Tahun 2017.
(23 /1/18 – Selasa)

1. Bancian ibubapa untuk Seminar Kecemerlangan & Motivasi Ibubapa.

2. Perbincangan dengan Pengetua untuk persiapan kursus tersebut.

3. Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 1/2018.
(23 /1/18 – Selasa)

FEBRUARI 1. Pengedaran Borang Bancian anak ahli untuk Kursus Motivasi UPSR.

2. Persiapan tempat untuk Kursus Intensif Pemegang Biasiswa.

1. Menghantar Surat Pekeliling untuk Aktiviti Kelas Tambahan kepada PPK.

2. Keluarkan pekeliling kepada PPK untuk aktiviti Bantuan Pelajaran Anak Ahli Termiskin.

Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Kedua Tahun 2018.
(25 /1/ 18 – Ahad)
1. Persediaan Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM Tahap I.
(Tingkatan 3 & 5).

2. Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 2/2018.
(27 /2/18 – Selasa)MACMACPersiapan Borang-Borang Anugerah Pelajar Cemerlang untuk dihantar ke sekolah terlibat (70 sekolah dalam kawasan MADA).Mesyuarat Jawatankuasa Integriti YPPPM Bil. 1/2018.
 (15 /3/ 18 – Khamis)1. Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM     Tahap I,Tingkatan 3 & 5.
(20 – 22/3/2018 Selasa – Khamis)
KLM Alor Serdang.

2. Seminar Kecemerlangan & Motivasi  Ibubapa (Siri 1).
(SMS. Kubang Pasu
(24 /3/18 – Sabtu)1. Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Ketiga Tahun 2018.
(25 /3/ 18 – Ahad)

2. Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 3/2018.
(27 /3/ 18 – Selasa)APRIL1. Audit Kewangan YPPPM.
(Jabatan Audit Negara)

2. Proses borang untuk nama-nama anak ahli bagi Kursus Motivasi UPSR.

3. Minta Keputusan SPM daripada sekolah-sekolah terlibat.Seminar Kecemerlangan  &Motivasi Ibubapa (Siri 2).
(14 /4/18 – Sabtu)1. Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Keempat Tahun 2018
(22 /4/18 – Ahad)

2. Mesyuarat JPKA Suku Pertama Tahun 2018.
(19 /4/18 – Khamis)1. Kursus Motivasi UPSR Wilayah IV.
a) Sesi 1.
(21/4/18 – Sabtu)
b) Sesi 2.
(28/4/18 – Sabtu)(KLM, Alor Serdang).

2. Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 4/2018.
(26 /4/18 – Khamis)MEI1. Kursus Motivasi UPSR Wilayah II.
a) S.K. Tunjang
(05/5/18 – Sabtu)
b) S.M.K Alor Janggus
(05/5/18 – Sabtu)

2. Kursus Motivasi UPSR Wilayah I
a) SMK Syed Ahmad, Tambun Tulang
(06/5/18 – Ahad)1. Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil Tahap II.
Tingkatan 3 & 5.
(10 – 12/5/18
Khamis – Sabtu)
KLM, Alor Serdang.

2. Kursus Motivasi UPSR Wilayah III.
(12/5/18 – Sabtu)
SK. Pendang.

 

1. Seminar Kecemerlangan & Motivasi Ibubapa (Siri 3).
(SMK. Jerlun)
(19/5/18 – Sabtu)

2. Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Kelima Tahun 2018.
(20/5/18 – Ahad)

Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 5/2018.
(29/5/18 – Selasa)JUNSurat Pekeliling kepada PPK untuk aktiviti Sumbangan ke IPTA.

Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa Kecil YPPPM& Anugerah Pelajar Cemerlang.

(20/6/18 – Rabu)

Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Keenam Tahun 2018.(24/6/18 – Ahad)Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 6/2018.(26/6/18 – Selasa)JULAI

Mesyuarat Jawatankuasa Integriti YPPPM Bil. 2/2018.(5/7/18- Khamis)

 

Jamuan Hari Raya YPPPM
(8/7/18 – Ahad)1. Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 7/2018.
(19/7/18 – Khamis)

 

2. Mesyuarat JPKA Suku Kedua Tahun 2018.
(19/7/18- Khamis)1. Lawatan Lembaga Pengarah YPPPM.
(23– 26/7/2018)
Isnin – Khamis
Sabah

2. Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Ketujuh Tahun 2018
(29/7/18- Ahad)OGOSKarnival  ‘ JOM CARI KERJA’
(5 –6/8/18)
Ahad & IsninPenyediaan Buku Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Tahun 2017 untuk dihantar ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani MalaysiaKursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil Tahap III, Tingkatan 3 & 5.
(18 – 20/8/18).
Sabtu – Isnin
(rujuk cuti sekolah)*
(KLM, Alor Serdang).1. Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Kelapan Tahun 2018
(26/8/18- Ahad)

2. Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 8/2018.
(30/8/18 – Khamis)SEPTEMBER

1. Persediaan Bancian Pakaian Seragam Sekolah (497 unit).

2. Program Pecutan Terakhir SPM 2018.
(1 – 2/9/18)
Sabtu & Ahad
Dewan Syed Nahar

Persiapan Bancian Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah.Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Kesembilan Tahun 2018.
(23/9/18- Ahad)Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 9/2018
(25/9/18 – Selasa)OKTOBERPenyediaan Buku Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Tahun 2017 untuk dihantar ke Parlimen.
(28/10/18 – Ahad)

Mesyuarat   Pre-Council Peringkat Wilayah MADA.

a) Wilayah I
(08/10/18 – Isnin)
b) Wilayah II
(09/10/18 – Selasa)
c) Wilayah III
(10/10/18 – Rabu)
d) Wilayah IV
(11/10/18 – Khamis)

Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Kesepuluh Tahun 2018.1. Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 10/2018.
(30/10/18 – Selasa)

 

2. Mesyuarat JPKA Suku Ketiga Tahun 2018.
(30/10/18 – Selasa)NOVEMBER

 

 

Persiapan Mesyuarat Tahunan 2018.

 

 

Persiapan Mesyuarat Tahunan 2018.Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Kesebelas Tahun 2018
(18/11/18- Ahad)1. Mesyuarat Tahunan YPPPM Dan Program Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah
(25/11/18 – Ahad)

 

2. Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil 11/2018.
(27/11/18 – Selasa)DISEMBERHari Keluarga YPPPM
(7-8 Disember 18).
Jumaat & SabtuMesyuarat Jawatankuasa Integriti YPPPM Bil. 3/2018.(17/12/18- Isnin)Mesyuarat Lembaga Pengarah YPPPM Yang Keduabelas Tahun 2018.
(23/12/18- Ahad)Mesyuarat Pengurusan YPPPM Bil. 12/2018
(24/12/18- Isnin)


IX. PENUTUP.

YPPPM berharap segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bantuan dan sumbangan dana tambahan yang diberikan.

YPPPM akan memberikan tumpuan utama iaitu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak ahli peladang dalam kawasan MADA selaras dengan tujuan dan objektif penubuhan YPPPM.

Perancangan program ini juga akan dijadikan panduan dan tanda aras untuk setiap aktiviti yang dijalankan.

 

Accessibility
Close