Perhimpunan Bulanan Mada - 11 Februari 2008

Ucapan Pengurus Besar:
Ucap salam dan terima kasih kepada semua anggota MADA yang hadir.
Ucap takziah kepada keluarga Allahyarham En. Ismail Bin Ahmad ,Pembantu Teknik J29 dari Wilayah III ,yang telah kembali kerahmatullah.
Minta semua anggota MADA menjaga kesihatan yang baik,walau di mana berada sekalipun.
Merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua anggota MADA yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perjumpaan Pengerusi MADA Bersama Peladang-Peladang MADA.
MADA dipilih sebagai agensi pembimbing dalam memacukan lagi Industri Padi di sini.
Lagu Cemerlang ,Gemilang dan Terbilang ,semua anggota MADA perlu menghayatinya
Modal Insan – Perlulah menjadi contoh dalam urusan kerja seharian,agar menjadi pekerja yang cemerlang ,gemilang dan terbilang.
Le Tour De Langkawi – MADA terlibat sebagai urusetia ,ucapan terima kasih kepada anggota MADA yang terlibat sebagai dalam pasukan angkat.
Di Peringkat Kementerian – Kajian Separuh Penggal (MidYear Review) RMK9,matlamat dan objektif setiap projek-projek yang telah dijalankan akan dikaji semula samada ianya bersesuaian atau mencapai matlamat yang disasarkan.
Majlis Pelancaran Jalan Ladang MADA SCRBD6 di Sedaka, Yan, Kedah.
Lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Negeri Kedah – Melawat Sek.Men.Bt.17 Pengistiharan jalan ladang MADA kepada jalan Kampung ,iaitu di Kampung Dulang.
Peti Cadangan MADA – akan disediakan untuk kemudahan kepada anggota-anggota MADA yang akan membuat apa-apa cadangan.
Akhir sekali ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada semua anggota MADA yang banyak memberi komitmen dan sokongan dalam menjayakan setiap program yang dijalankan sepanjang tahun 2007.

 

 




 
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.