Logo MADA

Secara keseluruhanya kesan grafik yang jelas adalah
pemaparan huruf "M" yang dihubung terus kepada MADA.
Huruf "M" itu juga di bentuk oleh dua
butir buah padi yang menggambarkan kegiatan utama MADA di dalam
perusahaan penanaman padi.
Huruf "M" juga mempunyai rekabentuk
yang menjulang menggambarkan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan
dalam serba bidang. Huruf berkenaan mempunyai dua kemuncak yang
melambangkan dua matlamat utama MADA, iaitu untuk memajukan kesejahteraan
hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk
keperluan negara.
* warna-warna kuning,
hijau dan biru adalah gabungan warna- warna Negeri Kedah dan Negeri
Perlis
Kuning : Melambangkan Kemakmuran.
Hijau : Melambangkan Pertanian.
Biru : Melambangkan Pengurusan Pengairan.
|