Perutusan Ketua Setiausaha

DATO' DR. ZULKIFLI BIN IDRIS
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia

Dewasa ini Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani menghadapi cabaran dan pemantapan kepada perubahan dan penambahbaikan dalam sektor pertanian negara. Dalam suasana yang penuh dengan cabaran dan persaingan, Kementerian ini bertanggungjawab menggubal beberapa strategi untuk dilaksanakan setanding dengan perubahan sosio-ekonomi negara.

Arus perubahan global yang pantas dan meluas dalam berbagai bidang dan dimensi khasnya dalam teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia serta perkembangan ekonomi memerlukan peningkatan dalam penguasaan teknologi-teknologi yang sistematik dan pantas. Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini, pembangunan ekonomi tidak lagi bergantung kepada kaedah tradisional, sebaliknya kejayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada kebolehannya membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Dengan itu penekanan kepada pemodenan teknologi dan penggunaan strategi komunikasi yang berkesan merupakan agenda Kementerian kini. Penguasaan teknologi terkini, bersifat inovatif dan kreatif bagi menghasilkan produk yang mempunyai kualiti dan kelebihan akan dapat menarik pelabur serta bersaing di pasaran tempatan maupun antarabangsa.

Kewujudan laman web ini diharap sebagai salah satu wacana untuk mendapatkan maklumat yang perlu dan mempercepatkan urusan komunikasi.

Saya berharap melalui penggunaan laman web ini usaha untuk mentransformasikan pertanian negara sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai penjana kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP-3) akan terlaksana. Sehubungan itu matlamat untuk memberikan perkhidmatan terbaik khususnya kepada golongan sasar iaitu petani, penternak dan nelayan akan tercapai.

Akhir kata selamat melayari laman Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Terima Kasih.

DATO' DR. ZULKIFLI BIN IDRIS
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.