close
qrcode
Latar Belakang: Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang Asal Saiz Tulisan: Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks Skema Warna Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang Capaian Pengguna Kurang Upaya Teks Suara Teks Suara
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
image image image image
Kandungan Jurnal
image

ESTET PADI

Pada tahun 2007, PSSP telah dinaiktaraf dan dikenali sebagai Estet Padi MADA selaras dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran padi bersesuaian dengan dasar baru kerajaan yang mensasarkan tahap sara diri (SSL) beras negara daripada 73% (tahun 2006) kepada 90% menjelang tahun 2010.

Penyataan Media

 

4 Estet Padi Baru di Kedah, Perlis Tingkat Pengeluaran

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mewujudkan empat estet padi baru membabitkan kawasan seluas 380 hektar di Kedah dan Perlis dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran padi di negeri itu. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata empat estet baru itu diwujudkan di setiap wilayah MADA iaitu di Kampung Bohor Rotan Pahit di Perlis (63 hektar) dan Kampung Masjid Kuala Sungai (79 hektar), Kampung Jelai (153 hektar) dan Kampung Batu 14 (85 hektar) di negeri ini.

Muat Turun...

DEFINISI ESTET PADI MADA

Estet Padi didefinisikan sebagai satu projek perniagaan yang diuruskan secara berpusat, sistematik dan efisen yang merangkumi kawasan sawah sekurang-kurangnya 40 hektar, di mana pulangan diagihkan kepada pemegang saham atau peserta projek.

 

OBJEKTIF ESTET PADI

Menerapkan amalan pertanian baik bagi meningkatkan hasil purata pengeluaran padi kepada 7.5 tan / hektar bagi menyumbang pencapaian 90% tahap sara diri negara menjelang tahun 2010.
Menjadikan tanaman padi sebagai satu industri perniagaan yang dapat meningkatkan pendapatan keluarga tani sekurang-kurangnya RM 24,000.00 setahun menjelang tahun 2010.
Meningkatkan kecekapan pengurusan ladang supaya menjadi satu industri yang mapan.
Memodenkan industri tanaman padi melalui penggunaan teknologi terkini.
Menjadikan projek ini sebagai projek teras kepada perkembangan aktiviti ekonomi PPK seperti perniagaan tani, kejenteraan ladang, pengangkutan dan pemasaran.

 

POLISI ESTET PADI

Semua projek Estet Padi di bawah naungan PPK.
Penubuhan Estet Padi perlu mendapatkan kelulusan daripada Jemaah Pengarah PPK berkenaan.
PPK perlu menyediakan bajet pelaksanaan Estet Padi dalam Pelan Perkhidmatan PPK.
Pengambilan pekerja oleh PPK hendaklah mengikut Panduan Pengurusan Pekerja Lantikan Peladang.
Perkhidmatan kredit hendaklah mengikut Panduan Kredit Pengeluaran Ladang.
Keluasan minimum Estet Padi adalah 40ha/projek.

 

Tabung Estet Padi diwujudkan bagi tujuan membiayai aktiviti-aktiviti projek dan kebajikan peserta seperti:

Membiayai premium Skim Insuran Berkelompok.
Memajukan Estet Padi bersama PPK.
Peratus pembahagian komisyen Estet Padi adalah 40% PPK, 40% AJK Projek, 20% Tabung Estet Padi.
Peserta perlu mematuhi segala peraturan persawahan Estet Padi yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan PPK.
Kos operasi ladang akan didahulukan oleh PPK dan pembayaran balik adalah melalui hasil jualan padi peserta.

 

KRITERIA ESTET PADI MADA

Peserta projek hendaklah menjadi ahli PPK.
Peserta projek perlu mendaftar keluasan sawah dengan PPK.
Semua aktiviti persawahan peserta akan diselaras oleh PPK.

 

Kemudahan kredit kepada peserta akan disediakan oleh PPK seperti berikut:

Kredit pengeluaran ladang.
Kredit barang-barang pengguna.
Kredit wang tunai.
PPK akan menguruskan pemasaran padi peserta. Pembayaran jualan padi dan subsidi harga padi kepada peserta akan dibayar melaui PPK.
Peserta projek bersetuju membenarkan PPK menguruskan potongan pembayaran kredit yang diambil oleh peserta dan pendapatan bersih akan dibayar terus kepada peserta.
Setiap peserta digalakkan menyimpan dengan kadar minimum RM50 semusim di PPK untuk kegunaan peserta dan projek di masa hadapan.
Status pemilikan tanah tidak berubah dan tiada penyingkiran penyewa. Pemilik atau penyewa sedia ada boleh ditawarkan pekerjaan di Estet Padi oleh PPK.
Pihak PPK akan menguruskan pengeluaran zakat padi peserta.

 

PELAN PERLAKSANAAN ESTET PADI MADA

Pelaksanaan Estet Padi telah dimulakan pada tahun 2007 melibatkan kawasan seluas 2,044 hektar. MADA mensasarkan peningkatan keluasan sebanyak 7,982 hektar pada tahun 2008 dan 20,000 hektar menjelang tahun 2010.

Tahun

Bilangan Estet

Keluasan (ha)

Sasaran Hasil
(tan/ha)

2007

37

2,044

6.6

2008

196

7,982

6.9

2009

320

13,600

7.2

2010

450

20,000

7.5

 

FAEDAH-FAEDAH ESTET PADI MADA

Peserta Estet Padi

Berpotensi memperolehi hasil yang lebih tinggi kerana kerja-kerja persawahan adalah mengikut amalan pertanian yang baik.
Memperolehi bekalan input pertanian dan perkhidmatan traktor, jentuai dan lori dengan harga yang berpatutan.
Dilindungi dengan Skim Khairat Kematian.

 

Pertubuhan Peladang Kawasan

Meningkatkan keahlian PPK, modal saham dan menambah keyakinan peladang menyertai Estet Padi.
Memberi keuntungan kepada PPK melalui bekalan dan perkhidmatan yang disediakan.

 

Pembekal Perkhidmatan

Mendapat jaminan perkhidmatan (traktor, jentuai, lori) dan pembayaran melalui PPK.
Mengendali perkhidmatan kejenteraan dengan lebih efisien dan optimum.
Pengilang padi akan mendapat bekalan yang mencukupi dan terjamin.

 

Lain-Lain Agensi Kerajaan

PPK membantu Bank Pertanian Malaysia mendapatkan bayaran balik kredit yang dikeluarkan.
PPK dapat menyalurkan maklumat yang tepat mengenai bencana alam supaya kredit-kredit dapat disusun semula.
PPK dapat membantu Pejabat Zakat bagi mendapatkan kutipan zakat padi pada kadar maksimum.

 

TANGGUNGJAWAB PPK TERHADAP ESTET PADI MADA

Lain-Lain Agensi Kerajaan

Mengadakan penerangan kepada Ahli Jemaah Pengarah, Ketua Unit, Jawatankuasa-Jawatankuasa yang dibentuk dan bakal peserta Estet Padi.
Menyediakan modal secukupnya bagi keperluan persawahan dan pendahuluan tunai kepada peserta Estet Padi sebelum padi dituai.
Melantik Penyelia, Ketua Projek, Kerani dan Buruh Ladang.
Menguruskan semua aktiviti persawahan dan pemasaran hasil padi.
Membuat pembayaran kepada peserta Estet Padi selepas ditolak semua kos operasi dan lain-lain perbelanjaan yang didahulukan oleh PPK.

 

STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANAAN PROJEK ESTET PADI MADA

Dalam melaksanakan Estet Padi, pendekatan yang bersepadu antara setiap bahagian dan juga agensi-agensi yang terlibat perlulah diberikan penekanan. Setiap bahagian dalam pengurusan MADA mempunyai fungsi masing-masing dalam memastikan penubuhan Estet Padi.

Pembentukan Jawatankuasa di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Kawasan akan dapat memastikan perancangan, penubuhan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian terhadap keberkesanan Estet Padi melalui program-program yang telah ditetapkan. Segala aspek-aspek yang berkaitan dengan polisi, dasar, kewangan, ekonomi, operasi dan penyelenggaraan prasarana serta pembangunan sumber manusia akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui penubuhan jawatankuasa ini.

 

 

STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANAAN PROJEK ESTET PADI MADA

 

 

 

 

 
Bookmark and Share
  • image
  • image
  • image
  • image