BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANI DAN BUKAN PADI
LATAR BELAKANG
Bahagian ini diwujudkan untuk membangunkan usahawan asas tani di bidang agro-makanan (tanaman, ternakan dan akuakultur) dan usahawan pemprosesan makanan yang menekankan kepada peningkatan pengeluaran produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran global. Sehubungan dengan itu, aspek promosi, pemasaran serta penggunaan teknologi tinggi akan diberi tumpuan ke arah mencapai objektif bahagian ini.
Penekanan juga diberi kepada membangunkan industri pemprosesan dan produk nilai ditambah melalui Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani yang bersepadu ke arah meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat tani di Kawasan Muda.
Peranan bahagian ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi menjadikan industri asas tani sebagai satu industri yang berdaya saing seperti yang telah ditetapkan di dalam Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional seperti berikut:
 | Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar; |

| Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk; |

| Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global; |

| Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan |

| Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan. |
VISI
Menjadi peneraju pembangunan Industri Asas Tani dan Industri Bukan Padi yang kompetitif.
MISI
Merancang, melaksana, menyelaras, mengawal, memantau dan menilai program-program Industri Asas Tani dan Industri Bukan Padi MADA.
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
| Meningkatkan pendapatan peladang MADA melalui pelaksanaan aktiviti Industri Asas Tani dan Industri Bukan Padi. |
| Membantu penyediaan khidmatan sokongan yang melibatkan latihan, pemasaran, pembiayaan dan penggunaan teknologi. |
OBJEKTIF KHUSUS
| Mewujudkan 550 orang usahawan baru dalam bidang Asas Tani menjelang tahun 2010. |
| Mewujudkan 450 orang usahawan dalam bidang Industri Asas Tani menjelang tahun 2010. |
| Menaiktaraf 200 orang usahawan asas tani bagi mencapai pendapatan bersih RM2,000.00 sebulan menjelang tahun 2010. |
FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
| Merancang dan menyelaras program pembangunan usahawan tani |
| Merancang dan menyelaras pelaksanaan program meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti pembangunan pertanian bukan padi |
| Merancang dan menyelaras pelaksanaan aktiviti pemasaran produk-produk usahawan dan ppk MADA |
| Merancang dan melaksana projek-projek pembangunan rancangan Malaysia |
| Mengujudkan perhubungan dengan agensi kerajaan dan pihak swasta di dalam negeri dan antarabangsa bagi memajukan industri asas tani |
| Mengurus urusan pentadbiran am, kewangan, rekod dan fail |
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen kami di perkhidmatan Bahagian Industri Asas Tani & Bukan Padi, MADA ialah untuk:
| Memberi perkhidmatan yang cekap, bertanggungjawab dan berkesan bagi memenuhi keperluan “Stakeholder”. |
| Menyediakan pelbagai program pembangunan Industri Asas Tani dan Industri Bukan Padi bagi meningkatkan pendapatan petani-petani di kawasan MADA. |
| Menyediakan peluang ke arah melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya maju dalam Industri Asas Tani dan Industri Bukan Padi. |
| Memastikan projek-projek yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan dipantau dari semasa ke semasa. |