TEKNOLOGI - BUKAN PADI
Senarai Semakan Tanaman Mempelam (Mempelam Check)
Senarai semakan ini adalah panduan untuk menguruskan tanaman mempelam mengikut sasaran yang telah ditetapkan. Terdapat 17 check utama di mana setiap check utama perlu ditepati untuk mendapat pertumbuhan yang baik dan penghasilan yang tinggi. Pemantauan dan pemerhatian yang berterusan ke atas pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan pokok, pengurusan tanah dan air, pembajaan, serangan rumpai dan penyakit adalah penting untuk mengenal pasti masalah dan tindakan penyelesaian masalah.
Seterusnya>>
Sayur Fertigasi
Penanaman sayur-sayuran adalah merupakan aktiviti yang lazim dilaksanakan. Oleh peladang-peladang di kawasan Muda sebagai satu sumber pendapatan sampingan. Bagi merealisasikan program ini, konsep pelaksanaannya adalah dengan memperkenalkan teknologi penanaman sayuran bernilai tinggi di dalam rumah perlindungan hujan kepada peladang-peladang dan membaikpulih kawasan penanaman sayuran tradisi sediada melalui memperkenalkan teknik-teknik penanaman yang lebih produktif seperti penggunaan sistem pengairan fertigasi/titisan.
Seterusnya>>