TEKNOLOGI - TERNAKAN
Ternakan air
Projek akuakultur di Kawasan Muda dilaksanakan seawal tahun 1980an lagi tetapi diberi tumpuan sepenuhnya pada tahun 2000. Objektif utama projek akuakultur di kawasan Muda ialah mempelbagai sumber pendapatan peladang melalui ternakan ikan dalam taliair dan kolam tanah serta meningkatkan pengeluaran hasil ikan dan sumber makanan bagi mengurangkan impot dalam negara.
Terdapat tiga program utama projek akuakultur di dalam kawasan Muda iaitu projek ternakan ikan tilapia dalam sangkar, projek ternakan ikan tradisional dalam kolam dan projek pusat pengeluaran benih ikan tilapia (Usahasama MADA/Jabatan Perikanan).
Seterusnya>>
Ternakan Itik
Program ternakan itik penelur (Khaki Campbell) secara komersial mula diperkenalkan kepada peladang-peladang MADA pada tahun 2003. Perlaksanaan projek ternakan itik di kawasan Muda adalah untuk mewujudkan lebih ramai usahawantani, mempelbagaikan sumber pendapatan peladang melalui ternakan itik penelur secara komersial dan meningkatkan pengeluaran telur itik di kawasan Muda serta mempergiatkan industri hiliran berasaskan telur itik.
Seterusnya>>