| 1. |
Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBKP) |
| |
Menyimpan dan memproses data berkaitan tuntutan baja padi seperti nama dan alamat petani, status hakmilik, no. geran, no. syit kadestral, keluasan sawah, luas usaha dan sebagainya. |
| |
| 2. |
Sistem Pengurusan Air (SPA) |
| |
Sistem ini dibangunkan untuk menyimpan, memproses dan membahagikan bekalan air ke blok-blok pengairan secara efektif dan berkesan mengikut aktiviti tanaman di kawasan Muda dalam tempoh tanaman dua kali (2x) setahun yang dipraktikan di MADA. Sistem ini diintegrasikan melalui punca-punca air yang terdiri daripada air hujan yang turun terus di bendang, air yang mengalir tanpa kawal dari sungai-sungai semulajadi dan air yang ditakung di kolam-kolam takungan Muda dan Pedu. |
| |
| 3. |
Sistem Maklumat Gaji Sambilan |
| |
Merekod dan memproses transaksi berkaitan urusan pengiraan dan pembayaran gaji bagi pekerja-pekerja sambilan. |
| |
| 4. |
Sistem Maklumat Pertanian (SMP) & SMP 10Tan |
| |
Sistem ini dibangunkan bagi membantu pihak pengurusan dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan untuk menjayakan usaha-usaha peningkatan pengeluaran hasil tanaman padi yang menjadi core-business MADA. Sistem ini merekodkan keluasan serangan daripada berbagai jenis penyakit, rumpai, padi angin, serangan musuh padi seperti tikus, siput gondang emas, bencana alam dan lain-lain yang kerap berlaku di 27 lokaliti di kawasan Muda. |
| |
| 5. |
Projek 10tan |
| |
Sistem ini menyimpan, memproses dan melapor keluasan aktiviti Tanaman Padi (Rice Check) seperti penyediaan kawasan, pengurusan tanaman, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian mengikut lokasi projek di PPK. Pemantauan, pemerhatian dan penyimpanan data/rekod diperlukan untuk pengurusan semusim oleh pihak pengurusan sebagai panduan untuk mempertingkatkan hasil tanaman padi di MADA. |
| |
| 6. |
Cukai Pendapatan |
| |
Membuat pengiraan penggajian yang diterima setiap anggota sepanjang tahun taksiran cukai dan mengeluarkan borang EC. |
| |
| 7. |
Anggaran Belanjawan (Belanja Mengurus) |
| |
Membuat pengiraan anggaran belanjawan bagi peruntukan Belanja Mengurus MADA dalam tempoh 2 tahun. |
| |
| 8. |
Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP)/ Pelan Tindakan Untuk Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara |
| |
Menyimpan dan memproses data berkaitan pemberian baja tambahan, pembajakan dan kos racun kepada petani berdasarkan luas usaha bendang yang berkelayakan. |
| |
| 9. |
Sistem Pengurusan Dokumen (GOE-EGDMS) |
| |
GOE-EGDMS membolehkan para pengguna melaksanakan perkara-perkara berikut:-
• Menyedia dan menyimpan dokumen dengan lebih efisien
• Membuat carian dan capaian dokumen dengan lebih cepat dan tepat
• Mengguna dan berkongsi maklumat dengan lebih efektif dan produktif
• Membuat capaian dokumen dengan lebih selamat dan mudah
• Berkomunikasi antara satu sama lain |
| |
| 10. |
Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP) |
| |
SPPP adalah sistem berintegrasi yang dibangunkan khusus untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PPK. |
| |
| 11. |
Knowledge Bank |
| |
Data berpusat Profil Peladang bertujuan mengumpul maklumat asas peladang. |
| |