Kampung Jeruju adalah bersempena pokok-pokok Jeruju yang pada ketika dahulu digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Dalam tahun 1990, berlaku tragedi hakisan yang menenggelamkan kampung sepanjang pantai Jeruju. Akibat daripada kejadian tersebut penduduk-penduduk merasai kehidupan mereka terancam, akhirnya pada tahun 1992 kerajaan mengambil langkah mengadakan satu penempatan semula bagi membantu seramai 63 keluarga.
Pada tahun 1994, semua penduduk telah berpindah ke lot-lot tanah yang dinamakan penempatan semula Kampung Jeruju yang terletak dalam Daerah Kubang Pasu. Kampung Jeruju telah berkembang mengikut arus pembangunan negara yang terdiri daripada 63 buah rumah serta penduduk seramai 304 orang.
Di antara keistimewaan yang terdapat di Homestay Kampung Jeruju termasuk aktiviti adat istiadat perkahwinan, memproses kuih tradisional, persembahan kesenian dan permainan tradisional. Di samping itu, pihak kami juga menyediakan pakej lawatan ke tempat-tempat bersejarah di antaranya ialah Gunung Keriang, Kota Kuala Muda dan Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad. Pakej ini termasuk juga lawatan ke aktiviti-aktiviti pertanian. Pihak kami menyediakan pakej lawatan ke Muzium Tanaman Padi, projek ikan dalam sangkar dan pembenihan ikan, projek Lembu Fidlot dan penyediaan kompos, Pusat ICT PPK C-II, Kerpan dan Pusat Maklumat Pertanian.
Penyataan Media
Homestay Kampung Jeruju
Lazimnya pelancongan sama ada dalam dan luar negara lebih gemar memilih percutian berkonsepkan resort di tepi pantai, hotel bertaraf lima bintang atau deruan air terjun. Tempat tersebut biasanya jauh daripada suasana hangar bingar kota dan sesuai untuk beristirehat serta meluangkan masa bersama keluarga selepas penat dengan hiruk-pikuk kota.
- oleh Kamelia Othman, Sinar Harian
Pakej Penginapan
Pakej Sehari
Minum pagi
Taklimat
Makan Tengahari
Lawatan seminar kampung
5 - 10 orang = RM45 / orang
11 - 30 orang = RM 35 / orang
31 - keatas = RM 30 / orang
Pakej 1 Hari 1 Malam
Minum pagi
Taklimat
Makan Tengahari
Lawatan Sekitar Kampung
Minum Petang
Makan Malam
Penginapan
Minum Pagi
5 - 10 orang = RM 110 / orang
11 - 30 orang = RM 90 / orang
21 - 30 orang = RM 80 / orang
31 - keatas = RM 80 / orang
Pakej 3 Hari 2 Malam
Minum pagi
Taklimat
Makan Tengahari
Lawatan
Minum Petang
Makan Malam
Penginapan
Minum Pagi
Taklimat dan Lawatan Sekitar
Makan Tengahari
Lawatan ke Tempat Bersejarah
Minum Petang
5 - 10 orang = RM 140 / orang
11 - 20 orang = RM 120 / orang
21 - 30 orang = RM 110 / orang
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Rusli Ahmad : 013-4600 720 Mohd Othani Othman : 012-5696 445