Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.
Tugas-Tugas MADA
Di bawah akta tersebut, MADA telah diamanahkan untuk mendukung tugas-tugas seperti yang digariskan iaitu:-
Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda.
Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.
Matlamat MADA
MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.
Fungsi-Fungsi MADA
Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif iaitu:
Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.
Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.
Struktur Organisasi MADA
Keluasan Penanaman Padi
Negeri Kedah dan Perlis merupakan dua buah negeri yang terlibat dalam Rancangan Pengairan Muda dengan keluasan masing-masing iaitu 105,851 hektar (Kedah) dan 20,304 hektar (Perlis). Jumlah keseluruhan Kawasan Muda yang merangkumi kedua-dua negeri ini ialah seluas 126,155 hektar.
Bagi aktiviti penanaman padi, keluasan tanaman padi MADA adalah 96,558 hektar di mana seluas 77,882 hektar bersamaan 80.66% terletak di Negeri Kedah manakala bakinya seluas 18,676 hektar bersamaan 19.34% terletak di Negeri Perlis.
Bagi melicinkan urusan pentadbiran MADA, empat buah pejabat wilayah telah ditubuhkan iaitu Wilayah I (Kangar, Perlis), Wilayah II (Jitra, Kedah), Wilayah III (Pendang, Kedah) dan Wilayah IV (Kota Sarang Semut, Kedah)
Sumber Air
Sejajar dengan fungsi MADA untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi mengairi penanaman padi, MADA sentiasa berusaha mencari kaedah dan teknologi yang boleh diadaptasi supaya bekalan air sentiasa berada di tahap optimum. Pada ketika ini, sumber pengairan MADA adalah seperti yang tertera pada carta pai ini.
Carta 1 : Sumber Pengairan
MADA diberi tanggungjawab untuk mengendalikan 3 buah empangan iaitu Empangan Pedu dengan kapasiti takungan sebanyak 1,073 juta meter padu, Empangan Muda dengan kapasiti takungan sebanyak 160 juta meter padu dan Empangan Ahning dengan kapasiti takungan air sebanyak 275 juta meter padu.
Musim-Musim Padi
Padi ditanam di kawasan jelapang padi tradisional utara Semenanjung Malaysia sekali setahun sejak berabad lamanya. Menerusi penubuhan MADA, padi telah berjaya ditanam sebanyak dua kali setahun. Musim Pertama ataupun Luar Musim bermula pada bulan Mac hingga bulan Ogos tahun semasa. Musim kedua ataupun Musim Utama bermula pada bulan Sept tahun semasa hingga bulan Februari tahun berikutnya.
Demografi Peladang Di Kawasan Muda
Kajian yang telah dijalankan oleh MADA menunjukkan terdapat seramai 48,500 orang peladang mengusahakan tanaman padi dalam Kawasan Muda. Didapati kategori peladang yang mengusahakan tanah milik sendiri dan pemilik dan dalam masa yang sama adalah penyewa berada dalam kategori yang terbesar. Jumlah kedua-dua kategori ini ialah 72.3%. purata saiz ladang yang diusahakan oleh setiap peladang dalam Kawasan Muda ialah lebih kurang 2.12 hektar.
Jadual 1: Bilangan Dan Taraf Pemegangan Tanah Sawah
Jumlah Peladang
Milik Sendiri
Penyewa / Pemilik
Penyewa
Lain-Lain
Purata Saiz Ladang
48,500 keluarga
38.0%
34.3%
25.1%
2.6%
2.12 ha
Sumber: Laporan Kajian Sosial Dan Pembangunan Petani Di Kawasan Muda,2003
Berdasarkan analisa taburan saiz umur peladang, purata umur peladang di dalam Kawasan Muda adalah 57.7 tahun. Gambaran terperinci adalah seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Taburan Umur Dan Peratus Peladang Kawasan Muda
Taburan Umur
Peratus (%)
< 35 tahun
5.0
35-44 tahun
15.6
45-54 tahun
24.7
55-65 tahun
26.8
> 65 tahun
27.9
Jumlah
100
Sumber: Laporan Kajian Sosial Dan Pembangunan Petani Di Kawasan Muda,2003
Prestasi Hasil
Keluasan Tanaman , Tuaian Dan Pengeluaran Padi Di Kawasan Muda
Musim
Hasil masa Menuai
Hasil Bersih
Keluasan (Hektar)
Jumlah Pengeluaran (Tan)
(kg/hektar)
Ditanam
Dituai
Masa Tuai
Bersih
1965
3,370
95,855
95,855
316,992
-
1966
3,282
95,855
95,855
314,596
-
1967
3,333
95,855
958,555
319,485
-
1968
3,188
95,855
95,855
305,586
-
1969
3,257
95,855
95,855
312,200
-
1/70
3,766
30,565
30,565
115,108
-
2/70
3,680
95,855
95,855
352,746
-
1/71
3,941
42,350
42,350
166,901
-
2/71
3,890
95,855
95,855
372,876
-
1/72
3,992
62,604
62,604
249,915
-
2/72
3,853
95,855
95,855
369,329
-
1/73
4,016
78,807
78,807
316,489
-
2/73
3,895
95,855
95,855
373,355
-
1/74
4,140
85,436
85,436
353,705
-
2/74
4,054
95,855
95,855
388,596
-
1/75
4,180
-
88,624
88,624
370,448
-
2/75
3,684
-
95,855
95,855
353,130
-
1/76
4,713
-
88,624
88,624
417,685
-
2/76
3,848
-
95,855
95,855
368,850
-
1/77
4,016
-
88,624
88,624
355,914
-
2/77
3,684
-
95,855
95,855
353,130
-
1/78
Di batal
kerana
kemarau
2/78
4,274
3,595
95,855
95,855
409,684
344,599
1/79
4,676
4,387
88,624
88,624
414,406
388,793
2/79
4,801
4,080
95,855
95,855
460,200
391,088
1/80
4,538
3,982
89,463
89,463
405,983
356,242
2/80
4,663
4,009
95,855
95,855
446,972
384,283
1/81
4,401
3,758
90,204
90,162
396,988
338,987
2/81
4,702
4,097
95,303
93,239
448,115
390,456
1/82
3,267
2,937
89,524
89,237
292,475
262,932
2/82
4,250
3,721
95,193
95,193
404,570
354,213
1/83
3,123
2,689
89,228
89,228
278,659
239,934
2/83
3,156
2,714
75,549
75,549
238,433
205,040
1/84
3,246
2,954
83,102
83,058
269,749
245,483
2/84
4,612
4,197
95,471
95,471
440,312
400,692
1/85
4,018
3,566
90,686
90,686
364,376
323,386
2/85
4,311
3,995
95,981
95,629
413,774
383,444
1/86
3,783
3,506
90,966
90,966
344,124
318,927
2/86
4,396
4,203
95,994
95,994
421,990
403,463
1/87
2,663
2,289
88,956
88,956
236,890
203,620
2/87
4,363
4,031
96,121
96,121
419,376
387,464
1/88
3,182
2,862
92,220
92,220
293,444
263,934
2/88
4,177
3,830
97,022
97,022
405,261
371,594
1/89
3,767
3,253
92,447
92,447
348,248
300,730
2/89
4,730
4,039
97,105
97,105
459,307
392,207
Samb..
Musim
Hasil masa Menuai
Hasil Bersih
Keluasan (Hektar)
Jumlah Pengeluaran (Tan)
(kg/hektar)
Ditanam
Dituai
Masa Tuai
Bersih
1/90
4,133
3,593
92,590
92,590
382,674
332,676
2/90
5,192
4,423
97,119
97,119
504,242
429,557
1/91
3,864
3,493
92,528
91,623
357,528
323,200
2/91
5,372
4,878
97,197
97,197
522,142
474,127
1/92
3,761
3,140
92,294
92,294
347,118
289,803
2/92
5,080
4,375
97,200
96,603
493,776
422,638
1/93
4,284
3,942
92,719
92,719
397,208
365,498
2/93
5,207
4,728
97,140
97,140
505,808
459,278
1/94
4,486
3,997
96,799
96,799
434,240
386,906
2/94
5,327
4,959
96,734
96,734
515,302
479,704
1/95
4,575
3,939
97,078
97,078
444,132
382,390
2/95
5,387
4,622
96,764
96,764
521,268
447,243
1/96
4,769
4,034
96,459
96,459
460,013
389,116
2/96
4,813
4,037
96,405
96,405
463,997
389,187
1/97
4,407
3,747
96,427
96,266
424,954
361,312
2/97
4,880
4,304
96,355
96,355
470,212
414,712
1/98
4,455
3,764
96,307
96,307
429,048
362,500
2/98
4,855
4,064
96,320
96,320
467,634
391,444
1/99
5,010
4,193
96,307
96,307
482,498
403,815
2/99
4,584
3,916
96,159
96,159
440,793
376,559
1/00
4,936
3,992
96,291
96,291
475,292
384,369
2/00
4,675
3,862
96,299
96,299
450,005
371,522
1/01
5,215
4,282
96,282
96,282
502,111
412,280
2/01
4,845
3,886
96,144
96,144
465,818
373,616
1/02
5,585
4,636
96,350
96,350
538,115
446,679
2/02
5,259
4,316
96,338
96,338
506,642
415,795
1/03
5,690
4,491
96,386
96,386
548,436
432,870
2/03
5,220
4,265
96,370
96,370
503,051
411,018
1/04
5,730
4,469
96,406
96,406
552,406
430,838
2/04
5,440
4,308
96,377
96,377
524,291
415,192
1/05
6,084
4,825
96,410
96,410
586,558
465,178
2/05 *
3,936
3,017
96,410
89,151
350,898
268,969
1/06
5,982
4,768
96,410
96,410
576,725
459,683
2/06
5,463
4,403
96,410
96,410
526,288
424,493
1/07
5,849
4,661
96,558
96,558
564,768
450,057
2/07
1/08*
5,420
5,971
4,453
4,734
96,558
96,547
96,558
96,547
523,344
576,482
429,973
457,053
* Anggaran Awal
Nota : * Purata Hasil Padi Musim 2/05 rendah disebabkan kejadian banjir. Keluasan terlibat banjir adalah seluas 18,246 hektar (18.90%). Bilangan petani terlibat dengan banjir seramai 10,575 orang.
Sumber: Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat
Sumber Kewangan
Bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti, sumber kewangan adalah diperolehi daripada Agensi Pusat bagi Keperluan Belanja Pembangunan dan Keperluan Belanja Mengurus.