MEMPELAM
Projek Tanaman Mempelam
Berdasarkan keadaan agro iklim Kawasan Muda yang mempunyai iklim panas dan hujan yang agak ketara sepanjang tahun, tanaman mempelam telah dikenalpasti sesuai untuk ditanam secara kecil-kecilan ataupun secara komersial. Keadaan ini memandangkan terdapat kawasan-kawasan tanah terbiar dan lapang sesuai dibangunkan di kawasan Muda. Dua program iaitu Projek Agihan Benih Mempelam klon Chokanan (MA 244) dan Projek Ladang Mempelam MoA Inc. telah dijalankan oleh MADA.
Program Agihan benih mempelam
Program ini selain daripada membaikpulih kawasan mempelam yang sedia ada serta membangunkan kawasan tanah terbiar, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan pendapatan peladang serta mengujudkan usahawan tanaman mempelam dengan kaedah pengurusan ladang secara komersial.
Program yang disediakan adalah seperti berikut:
| (i) | Khidmat nasihat tanaman mempelam |
| (ii) | Agihan input (benih dan baja) |
| (iii) | Bantuan peralatan dan infrastruktur |
| (iv) | Latihan secara sangkut di Ladang Mempelam Moa Inc. Tobiar. |
Dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMKe-8), sebanyak 67,058 pokok telah diedarkan, memberi manafaat kepada seramai 1,825 orang peladang di kawasan Muda. Dalam RMKe-9 (2006 – 2007) sebanyak 41,000 pokok telah diagihkan kepada seramai 316 orang peladang. Dari jumlah di atas, sehingga kini terdapat 62,508 pokok dengan bilangan peladang seramai 977 orang yang aktif mengusahakan tanaman ini secara komersial. Ini menyumbang keluasan secara purata 150 hekter (CAE).
Projek Ladang MOA Inc. Tobiar, Pendang
Selain daripada program pengagihan mempelam kepada peladang-peladang di kawasan Muda, MADA juga telah mewujudkan satu Ladang yang terletak di kawasan padang ragut Tobiar Pendang, Kedah dengan keluasan 42 hektar
dan ditanam dengan kapasiti 18,059 pokok mempelam klon Chok Anan (MA 224). Ianya mula dilaksanakan pada tahun 2001 dan dikendalikan berdasarkan kepada konsep MoA. Inc. yang melibatkan jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), MARDI, FAMA, Bank Pertanian Malaysia & Jabatan Pertanian. Ladang ini akan menjadi nukleas kepada projek tanaman mempelam yang diusahakan oleh peladang – peladang individu dari segi pengumpulan buah dan aktiviti-aktiviti nilai tambah serta pemerosesan buah mempelam.

Ladang ini telah mula mengeluarkan hasil pada tahun 2004. Sebanyak 2 tan buah mempelam telah berjaya dituai.
Dibangunkan dalam empat fasa tanaman iaitu:
| Fasa I - 7,236 pokok (18 ha.) ditanam pada (Julai 2002 –sept 2002) |
| Fasa II - 8,403 pokok (18.7 ha) ditanam pada(Mac 2003–Ogos 2003) |
| Fasa III - 1,820 pokok (4.3 ha) ditanam pada(Ogos 2003– Okt. 2003) |
| Fasa IV - 600 pokok (1.0 ha) ditanam pada (Jan 2007 –Feb. 2007) |
Hasil mula dituai pada tahun 2004 (5.0 metrik tan), tahun 2005 (25 metrik tan), tahun 2006 (55 metrik tan) tahun 2007 (80.1 metrik tan).Anggaran tahun 2009 dan 2010 sebanyak 340 metrik tan setahun.
Pada tahun 2006 ladang ini telah dianugerahkan Sijil Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Pada tahun 2007 telah mendapat pengiktirafan Sijil Malaysia’s Best.
Perancangan dalam tahun 2008 melibatkan beberapa komponen seperti berikut:
 | Kilang pemprosesan puree |
 | Agroturism |
 | Pembangunan nuseri pokok mempelam |
 | Akuakultur |
 | Ternakan lembu fetlod |
 | Pemprosesan silaj |
Pada tahun 2008 tumpuan kepada pengeluaran puree. Dianggarkan sebanyak 5.6 metrik tan puree dapat dihasilkan ( 20% dari hasil buah) pada setiap musim.
Amalan Pengurusan ladang yang terkini telah diterapkan di ladang ini supaya kualiti buah mempelam yang dikeluarkan ini dapat memenuhi kehendak akreditasi seperti Sijil Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) untuk mencapai sasaran Malaysia’s Best dan akreditasi antarabangsa seperti GMP dan HACCP.

Program Pengagihan Benih Mempelam Kepada Peladang
Program ini adalah merupakan satu lagi program yang dilaksanakan untuk memastikan kesenambungan aktiviti tanaman mempelam di dalam kawasan Muda. Ianya melibatkan pemulihan dan pembangunan kawasan-kawasan mempelam tua dan tidak produktif dengan tanaman mempelam yang bernilai tinggi dari segi komersial dan mendapat pemintaan yang tinggi dalam pasaran. Klon tumpuan yang telah menepati kehendak ini ialah Chok Anan (MA 244). Untuk tahun 2006, sebanyak 15,000 anak benih mempelam Chok Anan akan diagihkan kepada peladang-peladang.