Latar Belakang: Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang Asal Saiz Tulisan: Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks Skema Warna Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang Capaian Pengguna Kurang Upaya Teks Suara Teks Suara
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
image image image image
Kandungan Jurnal
image

Muda Resort

Kemudahan Yang Disediakan

Muda Resort merupakan hak milik penuh MADA yang terletak 75 km dari Bandaraya Alor Star. Ia dibina di dalam kawasan seluas 80 ekar yang dikelilingi oleh kehijauan hutan dan pokok buah-buahan. Jaraknya dari Empangan Muda ialah 2 km.

Sebelum kewujudan Muda Resort, kawasan ini merupakan Pejabat Jurutera Ampangan Muda dan Pusat Latihan MADA. Bangunan-bangunan yang sedia ada merupakan peninggalan pihak yang menjalankan kerja-kerja pembinaan Ampangan Muda. Kebanyakan bangunan yang ada telah usang dan uzur. Memandangkan kerangka bangunan masih kukuh dan unik, timbul idea supaya bangunan berkenaan diubahsuai untuk dijadikan resort. Kerja-kerja pembinaan dibuat secara berperingkat-peringkat. Kawasan sekitarnya ditanam dengan pokok hiasan dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.

Setelah beroperasi dan mencapai kejayaan, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia telah memberi peruntukan membina kompleks bangunan mengandungi Dewan Besar, Surau, Cafeteria, Bilik urusetia dan pejabat serta 2 buah dormitori. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan ialah Mini Market, Sudut Selera, Pusat Penerangan, Taman Burung dan Taman Rusa.

Dengan wujudnya Muda Resort telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping membantu secara tidak langsung pihak berkuasa kerajaan negeri mempromosikan kawasan pendalaman Negeri Kedah sebagai pusat tarikan pelancong. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutamanya pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu dan musim buah-buahan.

Kemudahan Penginapan

   

Jenis Bilik
Bilangan Bilik /
Katil
Kadar Sewa Sehari
Rumah Rehat
(2 katil bujang)
14 Bilik
(berhawa dingin)
RM 60.00 sebilik
Chalet
(2 katil bujang)
8 Bilik
(berhawa dingin)
RM 70.00 sebilik
Dormitori
(50 katil / seorang)
50 Katil
(tempahan minima:
25 katil)
RM 10.00 sekatil /
Seorang 1/2
harga untuk pelajar

 

Kemudahan Dewan

Jenis Dewan
Bilangan Peserta
Kadar Sewa Sehari
Dewan Konferen
(Termasuk Bilik Pensyarah & Urusetia / Peralatan APD Disediakan Percuma)
200 Peserta
RM 200.00
Dewan Mesyuarat
40 Peserta
RM 50.00

 

Kemudahan Makan

Boleh diuruskan dengan pembekal tempatan yang disediakan.

 

Kemudahan Lain Yang Disediakan Percuma

Kolam renang, gelangang tenis, taman permainan, surau.

Kembara

Latihan bercorak kembara dalam hutan atau ekspedisi dalam Tasik MUDA boleh diatur dengan Pusat Latihan MADA. Kadar berpatutan akan dikenakan berdasarkan bentuk latihan yanar berpatutan akan dikenakan berdasarkan bentuk latihan yang dipilih.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi

Alamat:
Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
05900 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Tel:
04 - 7728255
Fax: 04 - 7722667

 

 

Bookmark and Share
  • image
  • image
  • image
  • image