PADI ANGIN
Pengenalan
Padi angin merupakan padi yang bersifat mudah relai dan masak lebih awal di antara 10 - 25 hari daripada padi yang ditanam atau ditabur. Ciri-ciri padi angin adalah sejenis padi yang mudah relai apabila disentuh atau ditiup angin dan padi angin kelihatan lebih tinggi dari padi yang ditanam secara biasa. Dalam mengatasi masalah padi angin ini perkara yang harus dititikberatkan bagi mengelak kehadiran padi anginadalah dengan memastikan para petani menggunakan biji benih yang disahkan bebas dari pencemaran benih padiangin, varieti yang terpilih, penyediaan tanah yang rapi dan pengurusan air yang sistematik. Kawalan padi angin hendaklah bermula sebaik sahaja selepas menuai.
 |  |  |
Padi angin mudah relai | Padi angin | Kerja Penakaian |
Kawalan Padi Angin
Langkah 1 - Menebas Jerami
Jerami hendaklah ditebas rapat ke permukaan tanah menggunakan rator slasher danpastikan hamparan jerami selepas dipotong seragam.
Langkah 2 - Membakar jerami
Kerja-kerja membakar jerami dijalankan 2-5 hari selepas menebas jerami iaitu setelahjerami kering. Jerami hendaklah dibakar melawan arah angin supaya biji benihterdedah lebih lama kepada haba. Pastikan pembakaran adalah seragam dan selepas dibakar, biar 7-14 hari.
Langkah 3 - Putaran Pertama
Putaran pertama dibuat 7-14 hari selepas jerami dibakar dengan kedalaman putaran 10cm (4 inci) untuk memelihara struktur tanah. Selepas putaran, biarkan 7-14 hari untuk padi angin/ padi batat dan rumpai tumbuh.
Langkah 4 - Meracun Pertama
Padi angin yang tumbuh disembur dengan menggunakan racun glyphosate untuk memusnahkannya. Biarkan racun bertindak dalam masa seminggu sebelum air dimasukkan.
Langkah 5 - Putaran Kedua & Meracun Kedua
Putaran kedua dijalankan dalam keadaan berair (5-10cm). Selepas putaran, sembur racun pretilachlor (500ml/relong) dan takung air selama 10 hari.
Langkah 6 - Membadai dan Membuat Lorong
Membadai dan membuat lorong dijalankan 10 hari selepas meracun pretilachlor, air dikeluarkan dan kerja putaran ketiga/ membadai dibuat.
Langkah 7 - Menabur Biji Benih
Menabur biji benih pra-cambah selepas perataan tanah dan gunakan biji benih bermutu serta bebas dari benih padi angin.
Langkah 8 - Menakai
Pokok padi angin yang kelihatan hendaklah ditakai (memotong tangkai)