close
qrcode
Latar Belakang: Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang Asal Saiz Tulisan: Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks Skema Warna Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang Capaian Pengguna Kurang Upaya Teks Suara Teks Suara
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
image image image image
Kandungan Jurnal
image

BAHAGIAN EMPANGAN DAN SUMBER AIR

LATAR BELAKANG

Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber air merupakan satu daripada 9 bahagian yang terdapat di dalam Organisasi MADA. Fungsi utama Bahagian ini ialah memberi perkhidmatan pengurusan empangan dan pembangunan sumber air.

Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air diwujudkan bertujuan untuk mengendali tiga (3) buah empangan iaitu Muda, Pedu dan Ahning yang diuruskan oleh pihak MADA dan juga untuk membangunkan sumber-sumber air baru dalam kawasan MADA. Ini adalah supaya penanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda dapat diteruskan.

Selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010), Bahagian ini juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan Kawasan Muda dapat pengairan yang mencukupi bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi untuk keperluan negara. Bahagian ini meliputi tiga cawangan iaitu:

Cawangan Pengurusan Empangan


a) Seksyen Pengendalian dan Penyenggaraan Empangan
Unit Empangan Pedu
Unit Empangan Muda
Unit Empangan Ahning

b) Seksyen Keselamatan Empangan / Tadahan / Kolam Takungan
Cawangan Pembangunan Sumber Air
Cawangan Perkhidmatan Sokongan

 

VISI

Peneraju kepada perkhidmatan teknikal dalam memastikan bekalan air pengairan kepada penanaman padi sempurna serta mencari sumber-sumber baru air untuk digunakan dalam kawasan Muda.

 

MISI

Mengekalkan kesinambungan penanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda.
Mengendali dan menyenggara infrastruktur empangan MADA kepada tahap prestasi yang tinggi.
Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur bagi membangunkan sumber-sumber air yang baru di Kawasan Muda.
Menjalankan kajian bagi mengenalpasti akan sumber-sumber air baru yang boleh digunakan di Kawasan Muda.

 

 

OBJEKTIF

Mengendali dan menyenggara kemudahan empangan untuk tanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda.
Merancang dan melaksanakan pembangunan sumber air baru di Kawasan Muda.
Mengenal pasti sumber air baru untuk pengairan serta bekalan air mentah untuk kegunaan domestik dan industri.

 

FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

Cawangan Pengurusan Empangan

Memastikan pelepasan air dari Empangan Pedu, Muda dan Ahning dikendalikan mengikut prosedur.
Memastikan infrastruktur dan empangan disenyenggara dengan baik.
Mengumpul, memproses dan menganalisa data-data hidrologi termasuk kualiti air yang berkaitan dengan empangan.
Melasksanakan kerja-kerja pemeriksaan pengesanan keselamatan (Dam Safety Inspection).

 

Cawangan Pembangunan Sumber Air

Mengkaji, merancang dan membangunkan sumber-sumber air baru di Kawasan Muda.

 

PIAGAM PELANGGAN

Melaksanakan kerja-kerja pengendalian, penyelenggaraan dan pengesanan keselamatan empangan secara professional bagi menjamin empangan-empangan sentiasa selamat dan berfungsi.
Membekalkan air untuk kegunaan pengairan dan domestik mengikut kuantiti yang diperlukan dan tepat pada masa yang ditetapkan serta menjamin kualiti air bersih dan selamat.
Merancang/mengkaji cadangan pembangunan sumber air untuk menambahkan bekalan air bagi memenuhi keperluan yang sentiasa meningkat di dalam kawasan Muda.
Membekalkan air mentah yang mencukupi untuk kegunaan domestik dan industri di Kedah Utara, Perlis dan Pulau Langkawi.
Menyediakan baucer pembayaran dalam tempoh satu minggu setelah penerimaan penyata tuntutan bayaran.

 

Bookmark and Share
  • image
  • image
  • image
  • image